Thursday, August 11, 2005

roti kaya teh susu #2

Aku masih mengharungi hari-hari biasa di Sekolah Seri Melur ni. As lame ass the name is, aku masih student sekolah ni. Nama kelas aku pun lame ass jugak, Kasturi. Seriously, Kasturi? Whatever.

"Apebende tu weh?" Tegur Fadley

"Oh, breakfast aku"

"Gile bende kau awal-awal pagi minum teh susu"

"Asal, pelik sangat ke teh susu"

"Tak lah, orang minum le 100 Plus ke, baru bertenaga siket"

"Ape kes kau awal-awal pagi minum 100 Plus, kau tau kenapa dia masuk lam kategori minuman isotonik? Awal-awal pagi bukan kita berpeluh pun! "

"Alah, tak muda remaja lah minum teh susu!"

"Sukahati aku lah weh. Bwek!"

"Macam budak-budak"

"Kelas, harini saya ada berita gembira untuk awak semua" Dengan penuh hematnya guru kelas aku mulakan tutur bicara. Bak kata lain dengan skemanya lah. Hah! Biasalah, kelas #1, memang le skema. Student dia nampak je skem, tapi bukan main masalah lagi.

"Hah, masuk le Shira"

Satu kelas terlopong tengok perempuan kat depan tu. Tinggi jugak lah, rambut paras bahu. Budak-budak lelaki dah happy dah. Melayu jelah. Iye lah, kelas ktorang ni gabung pelbagai bangsa, sudah2 confirm banyak non Malays dekat kelas aku ni. Nak nak peratusan perempuan Melayu dekat kelas aku ni 15% je dari keseluruhan kelas aku.

"Hai, saya Shahira. Panggil saya Shira ye?" Peh, bersorak sakan budak sekelas aku. Terutama Halim, aku siyes taktau sampai sekarang, camne die leh masuk kelas aku ni.

"Hah kelas, ada apa-apa soalan nak tanya?"

"Dari mana cik Syira ni?" Tanya Kar Seng. Peh, ber cik cik pulak. Ngade.

"Dari Sekolah Sri Cempaka" Hingar bingar jap kelas aku. Aku tertanya-tanya, biar betik. Asal ke sekolah aku ni pulak?

"Boleh saya tanya, kenapa?" Aku angkat tangan, terus mengajukan soalan

"Boleh." Dia tersenyum

"Saya mengikut ibu berpindah je." Oh, tak menjawab. Tapi aku senyum je. Boleh mende nye, nampak sangat kau nak simpan rahsia tu.

"Er, nama penuh cik, maksud saya, binti apa.. tarikh lahir, no tele-" Halim dah menggatal dahhh.

"Halim! Behave!" Tegur Puan Halimah kat depan. Padan muke kau.

"Takpe, it's okay."
"My name is Shahira McKenzie, and yes, I'm a mix. I hope that answers your question, Halim"

"Peh die speaking dengan aku lah, die syok kat aku lah tu" Halim berbisik dekat aku. Hahaha, ape-ape lah Halim oii.

1 comment:

mE said...

Dulu kt primary school ak, kelas Melur, x lame ass pon nama tu :(

"Sukahati aku lah weh. Bwek!" >> image cool Irfan lari lepas ak tgk Bwek ni T_T dude he is cool pstu ko jadikan die cute T_T