Sandal bewarna biru gelap itu ditanggalkan perlahan. Strap dia perlahan di tarik. Sambil tertunduk aku curi-curi pandang ke hadapan. Sepasang kaki terpacak menunggu, disaluti kain skirt panjang bewarna peach cerah tu, aku tersenyum, lalu kembali tertunduk membuka sandal sebelah lagi. Ahh, tak pernah rasa puas lihat perempuan ni. Kena, skirt panjang tu dengan dia. Lawa sangat. Tak boleh jadi ni. Perlahan dia mengangkat kepala, kembali mencuri peluang. Yik? Seluar hitam? Bingkas kepala serta merta terangkat ke hadapan, tak sempat bersuara,
"Hai, lambat betul bukak sandal tu eh." Suara garau tu kena dengan pandangan kejamnya melihat aku. Mak datukkkk, ape kes pakcik ni?
"Err, ha- tadi- tu- haha- hahahaha- hahahahahahaha" Memang aku tak tau nak cakap apa. Serius.
"Ape yang lawak sangat ni ha?" Tepat ke arah aku. Bulat bijik mata dia, hitam ke-hijauan. Ahhh, sudah. Mampos aku!
"Er, eh Elainey mana pakcik?"
Serta-merta dia kilaskan kepala dia ke kiri kanan, mencari. Pergh mamat ni robot ke apa? Dah macam terminator ni. Aku pusing ke kiri, kanan jugak, mencari. Tadi, ada je depan aku ni. Pastu mamat ni ntah mane datang tetibe hilang Elainey ni. Kacau daun betul la. Ape isu mamat ni? Sapa dia? Hmh.
"Nah!" Huh? Suara dari dalam. Well of course lah dia kat dalam.. Aduhai.. Aku perasan ekspresi muka pakcik ni pun macam tu jugak. Apehal?
"Apa ni?"
"Slurpee. Bought it just now." Sambil tersenyum.
"Eh tapi cik jugak yang suruh saya beli tadi, cakap dahaga." Si figura tinggi tu bersuara.
"Hidang lah dekat tetamu, takkan taknak hidang kot.."
"Tapi cik, saya boleh suruh buatkan air je.. Cik simpan balik jela Slurpee tu.."
"Er takpe lah, lagipun saya tak lama ni.. sekejap je kot.. " Celah aku sambil tersengih. Isk rasa bersalah pulak. Datang tetiba, tak berkhabar apa, lepas tu menyusahkan pulak.
"Ha..? You.. taknak? And sekejap je?"
"Ha'ah.. Sorry for troubling you.."
"Hm, masuk la dulu kalau macam tu"
"Eh tak tak, nak cakap kejap je"
"No, I insist." Tegas dalam lembut suara dia.
"Eh tak, lagipun dah pukul 5.30 dah.. "
"Kenapa, you nak pergi somewhere ke lepas ni?" Errrr.
"Tak.. lagipun malam ni papa ada meet--" Whops.
"..."
"..." Awwwwwkwaarrdd.
"Pak Su, tutup gate tu."
NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.
*****
"Ni, Pak Su." Pak Su? As in Pak Usu? Jadi jaga dekat rumah ni?
"Pak Su ni driver rumah ni. Kakak Jah ada dekat dapur. Diorang pasangan suami isteri. Kalau nak tau, Pak Su ni dulu askaarrr." Oh, that explains.
"Erm, Elain-"
"Ah I forgot! Alang-alang you're here I have something to tell you." Hah? Ape ni? Saspen sasspeeenn.
"Datang my house pukul 6.30 petang, Friday, 3rd of June."
"Oh.. Ada birthday party ke?"
"Tak, datang jela nanti.." Senyum. Lagi. ARRGHH. Seksa aku macam ni.
"Tapi, I'm afraid I'll have tution later.. so I don't know lah. Hm.. 1st hari apa eh?"
"Jumaat kot.. "
"Tapi Jumaat minggu depan nanti ada eksperimen sain--- " Kata-kata ku termati. Something wrong. Harini berapa haribulan?
"..Cik, harini la 3 haribulan Enam.. "
Aku dengan Elainey tergamam. Perlahan mengalihkan kepala ke arah Pak Su.
"Ehhhh Betullaaaaa!" Serentak terjerit kami berdua. Pak Su dah geleng-geleng kepala dah. Aku dah bantai gelak. Sumpah bodoh. Ikutkan hati nak je aku guling-guling atas karpet mahal yang aku tengah pijak ni.
"Oh btw I want to ask you something.."
"Yea of course, sbb tu lah you datang kan?"
"Ha'ah." Riak muka kami berubah. Kini serious.
"Macam ni, last weekend, after you pergi balik, somethi---KRIINGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!
Bunyi bingit tu mematikan ayat aku. Bingkas perempuan tu bangkit, dan mengekornya dibelakang, Pak Su, setia.
No comments:
Post a Comment