Thursday, August 11, 2005

roti kaya teh susu #1

knock knock knock.

knock knock knock.

Aku berpaling ke arah bunyi mengetuk tu.
"Irfan, awak nak keluar kelas ke?"
Oh shit, Puan Jaspal la gile! Sekarang waktu ape ni doe. Adeh.
"I'm asking you, which part of human heart has the thickest wall to withstand pressure?"
Er, alamak, waktu science la pulak. Dah la minah ni macam singa betina. Entah asal la bebudak sekolah aku sangap kat perempuan ni. Tak nampak apa benda yang menarik pun.
"Irfan!"
"Oh, Left ventricle, kan?"
"..."
"So..?"
"Duduk."
Fuhhhhh. Serta merta si Fadley mencuit bahu kanan aku
"Pergh, gile lah kau fan!"
"Kau bukan nak tegor aku la shial!"
"Aku takmo kacau kau, layan blues, usha padang kat luar tu je"
"Camni member? Pft"

Dan aku mengalihkan pandangan aku ke luar tingkap sekali lagi. Puan Jaspal mengusha lagi ke arah aku, menggeleng kepala. Aku perasan, melalui ekor mata aku. Lalu aku kembali mengusha buku nota science aku.

Tanpa mengalihkan tumpuan aku ke arah lain, ke arah luar tingkap. Walau ke mana saja pandangan aku, bukan dalam kelas. Bukan sini.


roti kaya teh susu #2

Aku masih mengharungi hari-hari biasa di Sekolah Seri Melur ni. As lame ass the name is, aku masih student sekolah ni. Nama kelas aku pun lame ass jugak, Kasturi. Seriously, Kasturi? Whatever.

"Apebende tu weh?" Tegur Fadley

"Oh, breakfast aku"

"Gile bende kau awal-awal pagi minum teh susu"

"Asal, pelik sangat ke teh susu"

"Tak lah, orang minum le 100 Plus ke, baru bertenaga siket"

"Ape kes kau awal-awal pagi minum 100 Plus, kau tau kenapa dia masuk lam kategori minuman isotonik? Awal-awal pagi bukan kita berpeluh pun! "

"Alah, tak muda remaja lah minum teh susu!"

"Sukahati aku lah weh. Bwek!"

"Macam budak-budak"

"Kelas, harini saya ada berita gembira untuk awak semua" Dengan penuh hematnya guru kelas aku mulakan tutur bicara. Bak kata lain dengan skemanya lah. Hah! Biasalah, kelas #1, memang le skema. Student dia nampak je skem, tapi bukan main masalah lagi.

"Hah, masuk le Shira"

Satu kelas terlopong tengok perempuan kat depan tu. Tinggi jugak lah, rambut paras bahu. Budak-budak lelaki dah happy dah. Melayu jelah. Iye lah, kelas ktorang ni gabung pelbagai bangsa, sudah2 confirm banyak non Malays dekat kelas aku ni. Nak nak peratusan perempuan Melayu dekat kelas aku ni 15% je dari keseluruhan kelas aku.

"Hai, saya Shahira. Panggil saya Shira ye?" Peh, bersorak sakan budak sekelas aku. Terutama Halim, aku siyes taktau sampai sekarang, camne die leh masuk kelas aku ni.

"Hah kelas, ada apa-apa soalan nak tanya?"

"Dari mana cik Syira ni?" Tanya Kar Seng. Peh, ber cik cik pulak. Ngade.

"Dari Sekolah Sri Cempaka" Hingar bingar jap kelas aku. Aku tertanya-tanya, biar betik. Asal ke sekolah aku ni pulak?

"Boleh saya tanya, kenapa?" Aku angkat tangan, terus mengajukan soalan

"Boleh." Dia tersenyum

"Saya mengikut ibu berpindah je." Oh, tak menjawab. Tapi aku senyum je. Boleh mende nye, nampak sangat kau nak simpan rahsia tu.

"Er, nama penuh cik, maksud saya, binti apa.. tarikh lahir, no tele-" Halim dah menggatal dahhh.

"Halim! Behave!" Tegur Puan Halimah kat depan. Padan muke kau.

"Takpe, it's okay."
"My name is Shahira McKenzie, and yes, I'm a mix. I hope that answers your question, Halim"

"Peh die speaking dengan aku lah, die syok kat aku lah tu" Halim berbisik dekat aku. Hahaha, ape-ape lah Halim oii.

roti kaya teh susu #3

Lepas habis budak-budak ni mengerumun perempuan baru tu, diorang bawak budak tu pergi kantin, rehat. Aku lak macam biasa, lepak dalam kelas. Tunggu pengawas kacau aku punya halusinasi pasal dunia lain aku, dan sambung belajar; mengelamun. Lega sikit kelas dah sunyi.

Tengah aku usha lalang-lalang dekat padang bola tu melambai-lambai ke arah aku, tiba-tiba imaginasi aku mati, bila,

"Hey, can I see your tumbler?"
"Ha, tengok le." Tanpa aku usha, si punya suara.
"Hm, wangi"
"Hah?" Seraya aku paling kepala aku dekat si punya suara.
"This. Can I have some?"
"Hah? Well, sila lah if you don't mind"
Dengan selamba dia meneguk air aku. Telan air liur jela aku tengok, rasa kering pulak tekak ni.
"Well, it's okay. I can do much better than this."
Perhh. Gila lansi sial minah ni.
"Oh you can? I bet it's the first time you drink such drink"
"No, I'm not! I always drink this kind of drink!"
"Mana?"
"Er, on the way to Malaysia, in the airplane. I always ask the stewardess to get me some.."
"Are you kidding me? TEH SUSU dalam kapal terbang? HAHAHAHAHA"
"Whatever! But I bet I can make this much better than yours!"
"Yelah!" Aku mematikan bicara. Perempuan ni, ego tinggi melangit. Payah ni, kena jauhkan diri.

roti kaya teh susu #4

Aku menyinsing beg aku. Habis sekolah. Fuh, ape lagi aku nak buat dengan sekolah ni. Takpe, lagi 2 taon je. Sabaq naa. Nampak satu kelibat bersandar di tembok sekolah, di celah-celah orang ramai yang berduyun-duyun keluar masuk sekolah.

"Hey" Aku jalan je. Buat dono.

"HEY" Jalan, jalan, aku tak kenal minah tu. Orang gile gamaknye

"HEEEYYYYYYYY!!!!!!" Aku berheti, terpacak. Aduh, ape lagi

"Er, me?"

"Yeah, you! Sape lagi yang I kenal here?" Perh la perempuan ni. Depan orang lain bukan main lagi berbudi bahasa siap bagai.

"Nak ape?"

"Come"

"What the?" Dia menggengam tangan aku, mengheret aku, literally.

"Jap, jap! At least let me take my bike first, jeez."

"Okay, hurry up, don't let me wait fer too looooong" Hek eleh, gedik gile shial.

Lalu aku mengayuh basikal aku, sampai kat sebelah dia.

"Asal?" Selamba dia masukkan beg dia dalam raga dekat basikal aku, lalu duduk mengiring dekat carrier belakang basikal aku.

"Okay, go!"

wtf.

roti kaya teh susu #5

Kriuk, kriuk, kriuk.
Kriuk, kriuk.
Huffffhhhh. Aku kesat air peluh dekat dahi aku, guna lengan aku. Peh panas lah. Panas habis. Tengah hari macam ni, fuh. Mencabar kesabaran. Panas lah.

Tambah pulak dengan beban belakang aku ni. Seberat lori aku rase, memang azab. Ape kes perempuan ni, baru sehari je kot masuk, dah buat hal dah dengan aku. Gile, gileeee. Nasib memang prinsip aku, aku susah nak bangkang perempuan.

Perempuan ni, menyusahkan.

"Eh, don't you have any driver or what? You're an ex Sri Cempaka student, you should be filthy rich lah!"
"Well right now, I don't have any.. But I think I already have one.." Sambil jerking her brows.

WTH.

Serentak aku turun dari basikal tu. Gile. Gile! Apa dia anggap aku ni macam apa? Kuli batak dia? Oh, mentang-mentang dia lawa, pandai, kaya, dia boleh pijak kepala orang sesuka hati? Orang lain, takpe. Aku? You must be out of your fucking mind!

"Kenapa stop ni, cepat lah jalan"
"No way. Turun. I want to go back to my house."
"But, but"
"Apa lagi, you pampered spoiled brat!" Serta merta aku melepaskan arus kemarahan. Muka dia mula kemerahan.
"Fine! Pergi lah!"

Aku dengan selamba badak mengayuh basikal. Dasar perempuan kaya. BRAT!

roti kaya teh susu #6

"Hari ni bik masak apa?" Masuk-masuk je rumah aku mula menyoal pasal lauk. Lapar. Dan exhausted. Macam-macam benda pelik jadi harini. Ah, kena pergi tusyen pulak.

"Masak feverat bapaknya," sambung bibik. Aku tak tau lah, apa nama dia. Dengar-dengar, namanya Chi. Pelik shial.

"Simpan lah, rasa macam dia makan kat luar malam ni."

"Nanti balik jugak bapaknya dik.."

"Yelah. Bik, saya nak pergi tusyen ni. Jaga rumah ya"

Lalu aku mengayuh basikal. Tiba di persimpangan Fasa 2, aku ternampak ada orang duduk di bawah pokok. Isk, buat ape pulak tu, tak takut kena kidnap ke budak ni. Tunggu boypren ke, ponteng sekolah petang?

Lalu aku sambung mengayuh basikal. Baru aku tersedar, uniform dia lain! Shit, uniform tu bukan uniform sekolah menengah. Jangan-jangan..

"What are you doing here?"

"You?"

"Huh?" Dia ni, lupa ingatan ape. Oh, mane nak kenal, x sampai sehari je kat sini.

"Go away! Leave me alone!"

"I'm asking, what are you doing here"

"I, I-- "

"C'mon, I have tuition to attend to.."

"I, don't know to get back to my house.."

Adeh. Boleh pulak macam ni. Aduih la, perempuan ni. Macam macam.

"Hey McKenzie, how come you don't remember your own house? Then how will you get back home?"

"I wrote the address already, but that's all, I slept all the way to school earlier.."

Secara harfiahnya, aku facepalm, bedepap bunyi. Adeh.

"No 163, Jalan Desa 6/13, Country Homes. Peh, ni bukit tinggi ni."

"Yeke? " Ya Allah, dia sendiri tak tau? Seriyesly...

"Meh la, I take you home."

"Thanks.."

So aku kayuh pelan pelan. Ish, seb baik aku bertolak awal dari rumah. Kalau tak memang masalah. Memang bertentangan habis ah jalan nak gi rumah perempuan ni, dengan tusyen center aku.

"So that's why.."

"Huh?"

"That's why you asked me to follow you?"

"Well that's one thing.."

"There's something else?"

"Yeah, I wanted to show you that I can make one helluva Teh Susu!"

"...So you ARE serious about that"

"what do you mean BY THATTT???"

"I meant exactly what you think"

"You meanie!"

Dan tengah hari tu, takde lah panas sangat aku rasa, sebenarnye.

roti kaya teh susu #7

"Shira"
"Hm?"
"McKenzie"
"Yeah..?"
"No, just wondering. But again, nevermind."
"Huhhhh. Bagitau laa. I hate it when people talk halfway, just like you did. If you have something to say, just say it out!"
"Nah, I'll pass."
"What, where's your balls gone huh?"
"What the--"
"I'was saying, where the hell have your testicles gone too?"
"Hey McKenzie, I'm trying to be nice here!"
"HEY PEOPLE OF THE FREE COUNTRYYYY" What the fuck perempuan ni dah merewang dah, gile, gile. Apesal aku ade kene mengene dengan perempuan niiii. Aduh, masalah, tak payah la jerit-jerit macam gile meroyan nii, segan la shial.

Shira masih menunggu respon. Tak ada. Kesal, sekali lagi dia;

"HEY, IRFAN HAS LOST HIS TESTICLES!" Serta merta aku facepalm.
"Nak tau sangat ke?"
"Hell yeah!"
"What is your weight?"
"www--wwwha---whaaattt??"
"Can't you hear me, I sed, what is your weight, your heavy."
"That's not a nice thing to say to a girl!"
"You forced me, and I din have much choice, since you questioning not only my guts, but my balls also."
"I did not."
"What the hell, yes you did!"
"Tak lah!"
"Iyeee"
"Oh, ohhh, kita dah terlepas rumah. Tadi yang warna biru ha."
"Oh yeke, jap jap"

Cis, tukaq topik la tu. takpa, hang terlepas. Satgi hang kena balik hang tau la.

Maka aku terpacak depan rumah tu, mengusha rumah tu. Bukan langsung macam aku imagine kan. Takdak langsung, tak sejibik pun! Aku bajet dia ni orang kaya, ada driver, rumah besaq nak mampoih, tapi idak. Rumah biasa-biasa je, ada kereta honda accord 94' warna silver, dengan rim stock semua. Ada lah kotak-kotak kat depan tu, and that's just it.

"So, here we are"
"Wait a bit, " Lalu dia berlari masuk ke dalam.
"Maa, I brought friend back at hoooommmeee"
"Sat naa, mama kat dapoq ni haa, ada tikuih kat belakang ni" Terdengar suara, bunyi macam from distance jugak la.
"Ha, ajak la kawan nu masuk. Dok biaq dia tepacak macam tiang kat luaq kenapa?"
"Nak ajak la ni, ha, come in Irfan!"

Huiihh, baguih. Bunyi macam orang utara.

"Come in, rumah auntie ni besepah lagi, biasa lah, we just moved in"
"It's okay, saya yang segan sebab menyemak lagi kat rumah ni"
"Eh, takpe takpe, I'm glad because Shira already make some friend here," sambil tengok arah Shira,
", and that was fast, bringing a boy to the house, lucky I'm still here Ira.."

Sudah. Aku dah belush dah. Boleh pulak macam tu.

"Mama, mana ada laa, ni Syira nak guna dapoq sat na" lalu dia berlalu ke dapur. Aku pulak masih dekat atas sofa hitam, simple, aku suka. Rumah ni memang kosong lagi. takde deco a bit pun.
"Ha guna la, mama nak naik atas sat, nak kemas bilik mama" Lalu dia berjalan ke arah aku,
"Irfan, auntie naik atas tau. Remember, you still young, don't do stupid things, okay? Safety first. " Lalu selamba langkah tangga naik ke atas, dengan haruman perfume ape tah.

Aku duduk kat situ lagi, terkesima. Speechless. Isk, muke aku ni muke kasanova hape?