Thursday, August 11, 2005

roti kaya teh susu #1

knock knock knock.

knock knock knock.

Aku berpaling ke arah bunyi mengetuk tu.
"Irfan, awak nak keluar kelas ke?"
Oh shit, Puan Jaspal la gile! Sekarang waktu ape ni doe. Adeh.
"I'm asking you, which part of human heart has the thickest wall to withstand pressure?"
Er, alamak, waktu science la pulak. Dah la minah ni macam singa betina. Entah asal la bebudak sekolah aku sangap kat perempuan ni. Tak nampak apa benda yang menarik pun.
"Irfan!"
"Oh, Left ventricle, kan?"
"..."
"So..?"
"Duduk."
Fuhhhhh. Serta merta si Fadley mencuit bahu kanan aku
"Pergh, gile lah kau fan!"
"Kau bukan nak tegor aku la shial!"
"Aku takmo kacau kau, layan blues, usha padang kat luar tu je"
"Camni member? Pft"

Dan aku mengalihkan pandangan aku ke luar tingkap sekali lagi. Puan Jaspal mengusha lagi ke arah aku, menggeleng kepala. Aku perasan, melalui ekor mata aku. Lalu aku kembali mengusha buku nota science aku.

Tanpa mengalihkan tumpuan aku ke arah lain, ke arah luar tingkap. Walau ke mana saja pandangan aku, bukan dalam kelas. Bukan sini.


roti kaya teh susu #2

Aku masih mengharungi hari-hari biasa di Sekolah Seri Melur ni. As lame ass the name is, aku masih student sekolah ni. Nama kelas aku pun lame ass jugak, Kasturi. Seriously, Kasturi? Whatever.

"Apebende tu weh?" Tegur Fadley

"Oh, breakfast aku"

"Gile bende kau awal-awal pagi minum teh susu"

"Asal, pelik sangat ke teh susu"

"Tak lah, orang minum le 100 Plus ke, baru bertenaga siket"

"Ape kes kau awal-awal pagi minum 100 Plus, kau tau kenapa dia masuk lam kategori minuman isotonik? Awal-awal pagi bukan kita berpeluh pun! "

"Alah, tak muda remaja lah minum teh susu!"

"Sukahati aku lah weh. Bwek!"

"Macam budak-budak"

"Kelas, harini saya ada berita gembira untuk awak semua" Dengan penuh hematnya guru kelas aku mulakan tutur bicara. Bak kata lain dengan skemanya lah. Hah! Biasalah, kelas #1, memang le skema. Student dia nampak je skem, tapi bukan main masalah lagi.

"Hah, masuk le Shira"

Satu kelas terlopong tengok perempuan kat depan tu. Tinggi jugak lah, rambut paras bahu. Budak-budak lelaki dah happy dah. Melayu jelah. Iye lah, kelas ktorang ni gabung pelbagai bangsa, sudah2 confirm banyak non Malays dekat kelas aku ni. Nak nak peratusan perempuan Melayu dekat kelas aku ni 15% je dari keseluruhan kelas aku.

"Hai, saya Shahira. Panggil saya Shira ye?" Peh, bersorak sakan budak sekelas aku. Terutama Halim, aku siyes taktau sampai sekarang, camne die leh masuk kelas aku ni.

"Hah kelas, ada apa-apa soalan nak tanya?"

"Dari mana cik Syira ni?" Tanya Kar Seng. Peh, ber cik cik pulak. Ngade.

"Dari Sekolah Sri Cempaka" Hingar bingar jap kelas aku. Aku tertanya-tanya, biar betik. Asal ke sekolah aku ni pulak?

"Boleh saya tanya, kenapa?" Aku angkat tangan, terus mengajukan soalan

"Boleh." Dia tersenyum

"Saya mengikut ibu berpindah je." Oh, tak menjawab. Tapi aku senyum je. Boleh mende nye, nampak sangat kau nak simpan rahsia tu.

"Er, nama penuh cik, maksud saya, binti apa.. tarikh lahir, no tele-" Halim dah menggatal dahhh.

"Halim! Behave!" Tegur Puan Halimah kat depan. Padan muke kau.

"Takpe, it's okay."
"My name is Shahira McKenzie, and yes, I'm a mix. I hope that answers your question, Halim"

"Peh die speaking dengan aku lah, die syok kat aku lah tu" Halim berbisik dekat aku. Hahaha, ape-ape lah Halim oii.

roti kaya teh susu #3

Lepas habis budak-budak ni mengerumun perempuan baru tu, diorang bawak budak tu pergi kantin, rehat. Aku lak macam biasa, lepak dalam kelas. Tunggu pengawas kacau aku punya halusinasi pasal dunia lain aku, dan sambung belajar; mengelamun. Lega sikit kelas dah sunyi.

Tengah aku usha lalang-lalang dekat padang bola tu melambai-lambai ke arah aku, tiba-tiba imaginasi aku mati, bila,

"Hey, can I see your tumbler?"
"Ha, tengok le." Tanpa aku usha, si punya suara.
"Hm, wangi"
"Hah?" Seraya aku paling kepala aku dekat si punya suara.
"This. Can I have some?"
"Hah? Well, sila lah if you don't mind"
Dengan selamba dia meneguk air aku. Telan air liur jela aku tengok, rasa kering pulak tekak ni.
"Well, it's okay. I can do much better than this."
Perhh. Gila lansi sial minah ni.
"Oh you can? I bet it's the first time you drink such drink"
"No, I'm not! I always drink this kind of drink!"
"Mana?"
"Er, on the way to Malaysia, in the airplane. I always ask the stewardess to get me some.."
"Are you kidding me? TEH SUSU dalam kapal terbang? HAHAHAHAHA"
"Whatever! But I bet I can make this much better than yours!"
"Yelah!" Aku mematikan bicara. Perempuan ni, ego tinggi melangit. Payah ni, kena jauhkan diri.

roti kaya teh susu #4

Aku menyinsing beg aku. Habis sekolah. Fuh, ape lagi aku nak buat dengan sekolah ni. Takpe, lagi 2 taon je. Sabaq naa. Nampak satu kelibat bersandar di tembok sekolah, di celah-celah orang ramai yang berduyun-duyun keluar masuk sekolah.

"Hey" Aku jalan je. Buat dono.

"HEY" Jalan, jalan, aku tak kenal minah tu. Orang gile gamaknye

"HEEEYYYYYYYY!!!!!!" Aku berheti, terpacak. Aduh, ape lagi

"Er, me?"

"Yeah, you! Sape lagi yang I kenal here?" Perh la perempuan ni. Depan orang lain bukan main lagi berbudi bahasa siap bagai.

"Nak ape?"

"Come"

"What the?" Dia menggengam tangan aku, mengheret aku, literally.

"Jap, jap! At least let me take my bike first, jeez."

"Okay, hurry up, don't let me wait fer too looooong" Hek eleh, gedik gile shial.

Lalu aku mengayuh basikal aku, sampai kat sebelah dia.

"Asal?" Selamba dia masukkan beg dia dalam raga dekat basikal aku, lalu duduk mengiring dekat carrier belakang basikal aku.

"Okay, go!"

wtf.

roti kaya teh susu #5

Kriuk, kriuk, kriuk.
Kriuk, kriuk.
Huffffhhhh. Aku kesat air peluh dekat dahi aku, guna lengan aku. Peh panas lah. Panas habis. Tengah hari macam ni, fuh. Mencabar kesabaran. Panas lah.

Tambah pulak dengan beban belakang aku ni. Seberat lori aku rase, memang azab. Ape kes perempuan ni, baru sehari je kot masuk, dah buat hal dah dengan aku. Gile, gileeee. Nasib memang prinsip aku, aku susah nak bangkang perempuan.

Perempuan ni, menyusahkan.

"Eh, don't you have any driver or what? You're an ex Sri Cempaka student, you should be filthy rich lah!"
"Well right now, I don't have any.. But I think I already have one.." Sambil jerking her brows.

WTH.

Serentak aku turun dari basikal tu. Gile. Gile! Apa dia anggap aku ni macam apa? Kuli batak dia? Oh, mentang-mentang dia lawa, pandai, kaya, dia boleh pijak kepala orang sesuka hati? Orang lain, takpe. Aku? You must be out of your fucking mind!

"Kenapa stop ni, cepat lah jalan"
"No way. Turun. I want to go back to my house."
"But, but"
"Apa lagi, you pampered spoiled brat!" Serta merta aku melepaskan arus kemarahan. Muka dia mula kemerahan.
"Fine! Pergi lah!"

Aku dengan selamba badak mengayuh basikal. Dasar perempuan kaya. BRAT!

roti kaya teh susu #6

"Hari ni bik masak apa?" Masuk-masuk je rumah aku mula menyoal pasal lauk. Lapar. Dan exhausted. Macam-macam benda pelik jadi harini. Ah, kena pergi tusyen pulak.

"Masak feverat bapaknya," sambung bibik. Aku tak tau lah, apa nama dia. Dengar-dengar, namanya Chi. Pelik shial.

"Simpan lah, rasa macam dia makan kat luar malam ni."

"Nanti balik jugak bapaknya dik.."

"Yelah. Bik, saya nak pergi tusyen ni. Jaga rumah ya"

Lalu aku mengayuh basikal. Tiba di persimpangan Fasa 2, aku ternampak ada orang duduk di bawah pokok. Isk, buat ape pulak tu, tak takut kena kidnap ke budak ni. Tunggu boypren ke, ponteng sekolah petang?

Lalu aku sambung mengayuh basikal. Baru aku tersedar, uniform dia lain! Shit, uniform tu bukan uniform sekolah menengah. Jangan-jangan..

"What are you doing here?"

"You?"

"Huh?" Dia ni, lupa ingatan ape. Oh, mane nak kenal, x sampai sehari je kat sini.

"Go away! Leave me alone!"

"I'm asking, what are you doing here"

"I, I-- "

"C'mon, I have tuition to attend to.."

"I, don't know to get back to my house.."

Adeh. Boleh pulak macam ni. Aduih la, perempuan ni. Macam macam.

"Hey McKenzie, how come you don't remember your own house? Then how will you get back home?"

"I wrote the address already, but that's all, I slept all the way to school earlier.."

Secara harfiahnya, aku facepalm, bedepap bunyi. Adeh.

"No 163, Jalan Desa 6/13, Country Homes. Peh, ni bukit tinggi ni."

"Yeke? " Ya Allah, dia sendiri tak tau? Seriyesly...

"Meh la, I take you home."

"Thanks.."

So aku kayuh pelan pelan. Ish, seb baik aku bertolak awal dari rumah. Kalau tak memang masalah. Memang bertentangan habis ah jalan nak gi rumah perempuan ni, dengan tusyen center aku.

"So that's why.."

"Huh?"

"That's why you asked me to follow you?"

"Well that's one thing.."

"There's something else?"

"Yeah, I wanted to show you that I can make one helluva Teh Susu!"

"...So you ARE serious about that"

"what do you mean BY THATTT???"

"I meant exactly what you think"

"You meanie!"

Dan tengah hari tu, takde lah panas sangat aku rasa, sebenarnye.

roti kaya teh susu #7

"Shira"
"Hm?"
"McKenzie"
"Yeah..?"
"No, just wondering. But again, nevermind."
"Huhhhh. Bagitau laa. I hate it when people talk halfway, just like you did. If you have something to say, just say it out!"
"Nah, I'll pass."
"What, where's your balls gone huh?"
"What the--"
"I'was saying, where the hell have your testicles gone too?"
"Hey McKenzie, I'm trying to be nice here!"
"HEY PEOPLE OF THE FREE COUNTRYYYY" What the fuck perempuan ni dah merewang dah, gile, gile. Apesal aku ade kene mengene dengan perempuan niiii. Aduh, masalah, tak payah la jerit-jerit macam gile meroyan nii, segan la shial.

Shira masih menunggu respon. Tak ada. Kesal, sekali lagi dia;

"HEY, IRFAN HAS LOST HIS TESTICLES!" Serta merta aku facepalm.
"Nak tau sangat ke?"
"Hell yeah!"
"What is your weight?"
"www--wwwha---whaaattt??"
"Can't you hear me, I sed, what is your weight, your heavy."
"That's not a nice thing to say to a girl!"
"You forced me, and I din have much choice, since you questioning not only my guts, but my balls also."
"I did not."
"What the hell, yes you did!"
"Tak lah!"
"Iyeee"
"Oh, ohhh, kita dah terlepas rumah. Tadi yang warna biru ha."
"Oh yeke, jap jap"

Cis, tukaq topik la tu. takpa, hang terlepas. Satgi hang kena balik hang tau la.

Maka aku terpacak depan rumah tu, mengusha rumah tu. Bukan langsung macam aku imagine kan. Takdak langsung, tak sejibik pun! Aku bajet dia ni orang kaya, ada driver, rumah besaq nak mampoih, tapi idak. Rumah biasa-biasa je, ada kereta honda accord 94' warna silver, dengan rim stock semua. Ada lah kotak-kotak kat depan tu, and that's just it.

"So, here we are"
"Wait a bit, " Lalu dia berlari masuk ke dalam.
"Maa, I brought friend back at hoooommmeee"
"Sat naa, mama kat dapoq ni haa, ada tikuih kat belakang ni" Terdengar suara, bunyi macam from distance jugak la.
"Ha, ajak la kawan nu masuk. Dok biaq dia tepacak macam tiang kat luaq kenapa?"
"Nak ajak la ni, ha, come in Irfan!"

Huiihh, baguih. Bunyi macam orang utara.

"Come in, rumah auntie ni besepah lagi, biasa lah, we just moved in"
"It's okay, saya yang segan sebab menyemak lagi kat rumah ni"
"Eh, takpe takpe, I'm glad because Shira already make some friend here," sambil tengok arah Shira,
", and that was fast, bringing a boy to the house, lucky I'm still here Ira.."

Sudah. Aku dah belush dah. Boleh pulak macam tu.

"Mama, mana ada laa, ni Syira nak guna dapoq sat na" lalu dia berlalu ke dapur. Aku pulak masih dekat atas sofa hitam, simple, aku suka. Rumah ni memang kosong lagi. takde deco a bit pun.
"Ha guna la, mama nak naik atas sat, nak kemas bilik mama" Lalu dia berjalan ke arah aku,
"Irfan, auntie naik atas tau. Remember, you still young, don't do stupid things, okay? Safety first. " Lalu selamba langkah tangga naik ke atas, dengan haruman perfume ape tah.

Aku duduk kat situ lagi, terkesima. Speechless. Isk, muke aku ni muke kasanova hape?

slurpee #1

Dia termenung . Duduk di hadapan meja menelaah, menongkat dagu. Pandangannya ke luar jendela, ke pokok besar, betul betul hadapan jendela dia. Dahan besar yang cukup untuk tampung seekor gajah. Reranting yang sedikit, tapi besar, semua menunjukkan pohon itu sudah cukup veteran untuk berada di situ.

Angin meniup meliuk liuk tirai cream dia. Cuaca petang itu sangat tenang, dan damai. Suasana yang cukup aman. Dedaun hijau bergerak-gerak mengikut tolakan angin.

Dia masih lagi termenung. Mengharapkan teman rapat pulang menemani dia dikala suasana sunyi begini. Dia tahu, dia membenci suasana begini. Membuatkan dia rasa sunyi.

Sunyi yang amat.

Pulang lah, teman lah aku. Aku, sunyi. Tiada orang yang berani macam kau, yang kuat macam kau, yang boleh tolong aku macam kau.

Yang sudi teman aku.

Angin semakin kuat, rambut panjang mengurai itu ditiup angin, mematikan lamunan.

Dia cuma berharap, ada orang yang, boleh.

roti kaya teh susu #8

"So how wassit?"

Susuk depan aku ni mengusha je. Aku bau. Eh. Pelik lak. Nak tengok, tak boleh. Dia pakai mug hitam, mane nak nampak ade isi dalam apa, tapi yang aku confirm lah kan, fosho ni ada susu. Haha, seb baik dia tak confuse teh dengan teh susu!

"Careful, it's still hot"

"Yeah I know, stop nagging me."

Aku memang dapat rasa mug tu, panehh banget. Fuhhhh aku tiup. Fuuhhhhhh lagi. Wap wap berkepul kepul keluar. Sambil lihat wap tu, aku perasan dia tengok aku, dengan mata bulat dia, aku dah cuak. Eh minah ni, ape hal.

"I'll pass."

"Huhhhhh? Why?"

"Well I have to go back to my house with my bike.."

"So...?" Isk, tak paham lagi?

"So, nanti kalau I have stomach ache, macam mana? You nak hantar I balik? You tak tau jalan pun!"

"What! Eeee, minum jelah!"

"Ish, yelah yelah. I minum dulu."

Pelan - pelan aku hirup. srrppp. Pehhh panasss. Cat tongue sudah aku. Aku hembus lagi. Sekali lagi aku perasan dia usha aku dengan penuh minat. Gile, die buat aku bahan uji kaji ape? Cuak la gile! Sambil aku tiup, aku curi-curi tengok dia. Hm, not bad. Putih, muke tade cacat cela. Dahi licin, rambut pun okay okay. But aku ade preference pasal rambut ni, kene panjang. Aku tak suka rambut pendek, ala-ala boys cut. Dan dia pakai cekak, yang berkaler. Pelik, kelakar jugak la aku tengok dia.

"Bukak la dulu apron tu, letak la dulu sudu tu,"
"Oh sorry, my bad" Sampai sudu nak kacau air pun dia lupa nak bagi kat aku? Macam ni ke layan tetamu. Pft.

Dan aku hirup. Eh, air ni..

"So..?"

"....."

"Sedap?"

"Seda--"

"Seee!! I told cha! Sedap kan? HAHAHA! Woohoo! Nananana~"

"Sedap, tapi, ni bukan ke..
MILO?"

"Milo?"

"Milo."

"Er, Milo?"

Aku dah terkekeh kekeh dah gelak. Ape gile punye manusia la orang ni, boleh pulak, teh susu dengan milo pun tak reti beza! Memang la sedap Milo, tapi lain jenis kottt. Aduhaii, macam ni punya umat pun ade ke? Tsk tsk tsk.

Aku mula mula dah gelak sikit. Pastu tengok muka dia, tahan malu, aku dah tak tahan dah, lalu;

KAHKAHKAHKAHKAHHHHH!!!!!!! BUAHAHAHAHAHAHAHAHAH WTH SUSU TEH PUN TAK RETI BEZA WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA!!!! AHAHAHAHAHA cough cough HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA

sambil buat muka trollface aku, berair shial mata aku,

last last ekor mata aku nampak something.

Oh sh---

Dia ambil apron tu, di hempas nya ke lantai. Aku dah blank, isk, teruk sangat ke aku gelak tadi? Pastu dia lari gi dapur, tapi terlanggar meja kecik kat tepi pintu ke dapur, sikit lagi terjatuh, aku pun sikit lagi nak gelak, tahan jela.

Aduhhh, masalah lagii. Nak memujuk perempuan ni yang aku cukup fel ni. Tolong lah, sndri salah sndri tanggung la, ni la die, umat wanita ni, cukup over confident. Sekali salah, terus emosi tahap gaban. Lelaki jugak kene pujuk.

Dah le aku fel memujuk orang ni! Urghh.

"Nah," Dia duduk dekat pintu dapur tu. Merajuk la tu. Tch. Aku hulurkan cawan.

"Tak sedap kan? You letak lah, gelak lah puas puas!"

"Sedap je, have some. Nanti dah sejuk tak puas lak minum"

"Sedap ke?"

"Walaupun 3 in 1 punya, tapi boleh cakap pass lah"

"Camana you tahun 3 in 1 punya??"

"Hais, confirm lah tahu. Dah dah, minum, nanti sejuk. "

Dihirup nya air tu. Dah boleh tersengeh. Sengal. Tadi macam nak rak punya confident. Sekali fel tahap gaban. Perempuan ni, adeh la. Nak cakap sombong, princess, tak jugak. Tapi, ish.

Aku rasa hidup aku nanti jadi lagi macam celaka. Mintak di jauh kan lah bala.

roti kaya teh susu #9

Pagi pagi lagi aku dah keluar rumah. Mengayuh basikal. Ah, nothing beats the crap out of this. Pagi yang nyaman, mengayuh basikal ke sekolah. It's sucks, going to school, but this at least make me feel better. Rase lege sikit. Exercise lah kononnya. Until..

"Hey Irfan! Wait for meeeeeee" Oh noes. Aku kalih kepala aku kat belakang, ah, bala dah datang..

--

"Dalam sekolah, turun basikal" tegur si baju biru bertie biru gelap. Hish, leceh shial.

"Why?" Tanye lagi, dah peraturan. Ikut jele. Getus hati kecik aku ni. Haih.

"Rules, you must obey the rules."

"First time I heard such dumbass rule." Balas Shira, selambe badak. Ah sudah..

"Whaddyu say?" Si cermin mata pula menyampuk. Adeh, dah le derang ni senior aku. Nanti berkes-kes pulak aku ni.

"Er, akak-akak, dia ni, pelajar baru. Maafkan lah die eh?" Aku separa memujuk.

"Yelah, kali ni lepas. Next time, takde maaf bagi korang."

"Not even you!" Balas lagi sorang. Feh, ape ape jela

Selang 5 tapak dari tempat kejadian, dia sepak basikal aku

"Woi whats wrong with you?"

"What's wrong with you, Irfan!"

"Look, I'm saving your ass there"

"I don't need you to save my ass, it's part of my body!"

"You just transfered in, be a low profile, for god sake. Else"

"Else what? Look, I know you feel that's a dumbass rules, too! But you're just afraid to say it, you're just a hypocrite! At least I'm being honest."

"Honest? I'm being polite!"

"Polite my ass hole! Hipokrit! Buwekkk!"

PAM! Ditendang basikal aku, terus tergolek dekat situ. Terus dia lari dari aku. Gile! Patut la cepat je die taruk basikal tu, penat kita menunggu dia tengah jalan tadi, macam ni dia balas aku? Tak kenang budi punya manusia!

--

"Woi," Ada kuisan dari belah kiri bahu aku. Ah, Halim. Ingat si Shalini tadi, mintak pemadam ke ape.

"Aku ingat Shalini dah ade janggut tadi. Pesal?"

"Bende seat dah kosong, bawah kipas lak tu, biar ah aku nak duduk sini la sial"

"Hah, ape hal tetibe woi woi. Budak sekolah agama mana kau ni?" Haa, let me explain. Halim ni sebelum transfer sekolah aku dia dari satu sekolah agama dekat Perak.

"Heh heh, Assalamu'alaikum ya Irfan!"

"tak perlu le camtu sekali. Apesal ni, kau nak aku tanye kau 15 kali ke?"

"Tak, 20 kali je, cukup. Weh kau sial kan" Ah sudah. Datang woi woi, pastu cakap aku sial. Bende nye?

"Amende kau ni sial?

"Kau ah, bukan main rapat lagi ngan awek idaman gua, cibai la lu matt, kacau line wa laa"

"Oh.. itu, kalau kau nak tau.. ktorang ni sbnanye.."

"..Amende ni.. jangan cakap yang korang.." Sambil menunding-nunding jari

"Weh, baru shari masuk, siyes ah, cepat sial kau ni cibai" Dia dah buat assumption dah. Hehe, I laiiikkeee.

"Takde ah, ktorang member dari kecik kecik dulu, waktu die budak hingusan lagi"

"Siyes ahhh"

"Ha'ah, tak caye sudah, tak de nye nak kacau line member sndri. Tak hingin aku pompuan tu"

"Pergh, bertuah shial hidup kau!"

"Heh, biase ahh. Dah-dah, gi ngorat minah tu. Aku nak buat karangan ni, tak siap2 lagi. Malas seyh"

"Pe barang buat karangan la gile! Rilek luuu, PMR lambat lagii"

"Ye ah kau. Shuh shuh"

Macam ni la aku, malas nak explain, buat cerite je. Follow the flow. Hahahaha. Pastu confirm kecoh satu sekolah, macam macam masalah datang menimpa nimpa. Padan muke aku.

roti kaya teh susu #10

CLAP CLAP CLAP CLAP CLAP

"Shira, please,"

"Huh?"

Aku melihat. Lah, perempuan ni berkhayal ke ape? Tsk. Dia melihat aku, muka cuak. Pft, mintak tolong lah tu. Lalu aku mengangkat buku tu, seraya mengoncang-goncangkan, dan membuka muka surat itu, dan menulis sebesar2 alam muka surat yang diminta untuk dibaca.

Dia tertunduk2, tanda terima kasih. Tau pun.

"The Lake Isle of Innisfree, ohhh."

"Yes Shira, if you please."

"Yes, teacher."

"I will arise and go now, and go to Innisfree,
And a small cabin built there, of clay and wattlesmade;
Nine bean-rows will I have there, a hive for the honey bee,
And live alone in the bee-loud glade.

And I shall have some peace there, for peace comesdropping slow,
Dropping from the veils of the morning to where the cricket sings;
There midnight's all a glimmer, and noon a purple glow,
And evening full of the linnet's wings.

I will arise and go now, for always night and day
I hear lake water lapping with low sounds by the shore;
While I stand on the roadway, or on the pavements grey,
I hear it in the deep heart's core."

"Wuahhhhh!!" Semua orang clapping their hand, in exclamation. Mane tak nye, perempuan idaman diorang reciting poem, dengan lenggok bahasa dia yang well, aku rasa memang native dia kot. Hey, takkan la sampai bagi standing ovation, melampau betul! Sorang, sorang, sorang. Aku je yang duduk? Sigh, biaq betoi.

"Wow, guess their choice is right, you are good!"

"Thanks teacher, but I think I'm not that good, really"

What the hell, merendah diri pulak. Cakap orang hipokrit, dia tu lagilah! Bermuka muka! Dengan aku bukan main sial kan, tapi dengan orang lain, lemah lembuuuutttt je. Pijak semut pun semut boleh sound dia balik, dia takkan marah. Dengan aku, huh! Siap tendang tendang lagi. Ape ni, kalau bukan diskriminasi, ini lah bukti hipokrasi bertaraf Oscar!

KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

Ah annoying! Dah la loceng betul2 sebelah kelas aku, memang annoying. Tanda habis sudah waktu kelas. Balik lah. Masa nak berehat. Harini takdak tusyen horay! Tapi, takleh lepak Mom's cafe lah macam ni. Rindu croissant dia lahh. Oh, dengan kek vanilla dia, superb!

Pelahan aku melangkah ke arah basikal aku,

"Hey, did you see, how AWESOME I was tadi? "

"Yelah, AWESSSOMMME lah sangat, kalau I never show you the book, the page, your image will be ruined!"

"Haih you ungkit like a girl, man up la sikit!"

"Hey, tadi siapa yang cakap pasal hipokrit, it was you!"

"Huh, biarlah. I'm not being hypocrite.. "

"Then what was it? Huh? Acting?"

"I dunno. I tend to make them believe that I'm like that. I was never like this before, especially in front of my friends. Only one of them knew what I was like.." Ohhh, dah ada boyfriend rupanya perempuan ni. Isk isk isk, sian kau Halimmm.

"So now you think that I'm weak, so that's why you're acting like this, showing your true colour huh? You think you can bully me la like this huhh?" Aku provoke sikit, even aku tau dia selesa dengan aku, tu pasal la dia macam tu.

"So what?! You look weak"

"PFT!"

"Oh, oh, do you know, what was the meaning behind that poem just now?"

"I know, of course. You can find it anywhere inside the rujukan. Stupid."

"Oh really? Then tell me what was it about"

"The author is homesick, he's from Northern Ireland or something, while he's writing that poem he's in London, so he wrote about his hometown la kiranya"

"Wow!" Haha, aku bangga jap. Tau pun, wey, aku ni well informed orangnya!

"That is not what I meant." Hahhh?

"Habis tu apa dia la?" Aku dah tertanya-tanya. Shit. Aku tak boleh doe macam ni. Curiosity aku sangaaatt tinggi. Kalau tak tau aku tak leh tido memalam. Naya weyh!

"Hah tu la, next time dengar dulu"

"Yeats, he desperately wanted to escape from the city London, yes it's true he's from Ireland, so even from the far, he can hear the sound of bee buzzing, and dripping sound and other nature sound, isn't that awesome?"

"Yeah, memang. " Apa bestnya, imagine benda yang tak dapat, yang bukan realiti pun? Tu macam angan-angan mat jenin je. Karut, baik fokus dekat benda yang nyata. Yang depan mata, yang betul. Instead of imagination.

"Okay okay, do you know yang actually it was really based on true experience?"

"I told you before"

"No you didn't. Anyway do you know that it was from an island yang nama dia Heather Island?"

"Oh really.."

"And do you know it was amazingly beautiful?"

"Oh, tak tau pulak.."

"Hey, it's interesting lah! Jangan buat tak layan pulak!"

"Yelah, yelah.."

"Hey, "

"I have a name lah dammit"

"Oh your name is dammit now huh?"

"WHAT THE FUCK, MY NAME IS IRFAN LA NGOK"

"Ooops, ada orang maraahh"

"You memang cari pasal kan? Besok you're going to school alone"

"Alalala, jangan majukkk. Macam budak budak! Pft"

".." Aku diam. Ah! Macam budak budak? Lagi? Bosan weh aku dengar ayat tu, dari dulu sampai sekarang!

"So anyway,"

"...."

"Irfan,"

"Yes?" serta merta aku jawab. Dia mencebikkan bibir dia. Aku hampir tergelak.

"Jom, teman me for a while sat lagi?"

"Huh, pergi mana?"

"Go pickup some item at my old house. Mama said that you'll be a gooooood help if you're there" Ish, ni yang aku lemah ni, orang tua mintak tolong aku, lagi lagi perempuan.

Terbayang muka aunty tu. Adeh, susah nak turned down ni, kesian. Haih, accept jela.

HABIS LAH MASA AKU TIDOR WEHHH

slurpee & sunset #1

Huhh. Dah lama aku tak berpeluh macam ni. Banyak jugak barang nak masuk, dalam Honda Accord ni. Nasib baik aku masih lagi fit, sentiasa mengayuh ke sana ke mari. Kalau tak half way aku dah givap dah.

Rumah ni, besar. Lawa, kaler memang lawa. Apesal lah pindah. Malas nak tanya. Hal rumah tangga orang lain, jangan masuk campur. Tapi dang, this place is nice!

Aku bersandar di pagar rumah tu. Penat, gile! Sementara aunty pegi setelkan pasal rumah ni, aku dengan Shira kena lepak dekat sini dulu. Speaking of Shira.. Where is she?

Aih, malas aku nak fikir. Nak masuk rumah lah. Ada kipas, eventhough tade furniture ape dah.

"Irfannn!" Aduh, ape lagi..

"Yeah, hereee." Jawab aku, malas.

"Come here a bit, hurry"

Ah, mana pulak perempuan ni, aku jenguk jenguk kepala aku luar pagar. Oh, tu dia, hujung jalan. Ape hal pulak ni

"Cepat la Irfann!"

"Datang la ni.." Semakin aku mendekati perempuan tu, aku perasan, dia tertunduk je. Ah amende lak ni. Cakap la die hilang purse die ke, nak suruh aku cari.

"I want you to help me.." Aduh, betul pulak sangkaan aku! Shit! Masin ke mulut aku ni? Aku patut mintak stret A PMR instead of mintak bukan bukan, macam this kind of crap!

"Ah yelah yelahh, mane?"

"Hehe, thanks! Sini ha, meh ikut" Sambil melangkah girang. Huh, apehal lah minah ni. Jap down, jap happy semacam. Pelik, pelik. Lalu aku ikut dia jalan, dan jalan. Sepanjang perjalanan tu ktorang diam je. Aku lagi suka tengok pokok-pokok rendang tepi jalan ni. Tua, dan besar. Dan ktorang terus jalan.. Sampai tetibe dia stop jalan.

"Here." Ringkas. Lalu aku tertunduk,

"Mana, longkang ke celah rumput rumput ni?"

"Ha?"

"Haaa?"

"Ish what are you thinking! Urghh, sini lahhh" Dia tarik lengan aku. Huh, salah ke? Haha, segan jap.

Kitorang terpacak depan sebuah rumah, yang cukup, cukup, cukup, er. Magnificent. Tak besar, grand. More like besar jugak lah, dan sangat simple, tapi sangat menunjukkan kekemasan yang sangat awesome. Aku susah nak explain, tapi tengok rumah ni boleh jaw dropped kot, especially dari aku yang miskin hina ni.

"I want you to pretend you're the delivery boy, and get the owner come out, and then we cabut lah, okay?" Hah? Sudah, prank ape pulak dia buat ni..

"Huh, kang keluar apek mana kang, this is not my neighborhood lah, gila ape?" Balas aku. Ini, memang kerja gila.

"Alah, if you do it, I'll treat you something, mkay?"

"Huh, anything?"

"ANYTHING. Now, go" Bagai kerbau dicucuk hidungnya, dia tarik, aku ikut. Dia suruh, aku buat. Aku.. dah macam kuli dia pulak. What the hell man..

Dengan hati yang berdup dap dup dap, aku tekan punat di pagar tu, sambil Shira berlari anak ke bawah pokok, berdekatan. Woi! Aku ingat dia nak teman aku, shit man!

Takde respon.. huh. Aku dah lega jap. Sekali,

"Awak nak apa" Huhhhhh gerun jap aku. Shiver satu badan aku! Garau seyh suara mamat ni! Gile aku cuak. Takpe takpe, chill saje dude. Buat muke rileks, tengok arah suara tu.. Tapi takde sape sape.

"Awak nak apa niiii." Suara tu berbunyi lagi. Oh! Dekat buzzer tu ade speaker, die connected ke dalam rupanya. Aduh, banggang jugak aku ni.

"Er ye, eh, saye, saye, sesat." DFqw;j;asjdf;kapk345!@#1dafdsfkld ape aku mencarut shial! Langsung tak ikut skrip!

"Sesat pegi balai polis lah, buat ape nak datang rumah ni"

"Sebab rumah ni nampak lawa" Pap! Aku dengar bunyi dekat pokok, nampak si Shira facepalm. Shit! Ape sial aku buat ni, asal aku gelabah sangat nii. Aduhhhh. Segan nak mampos, aku nampak Shira dah tertunduk tunduk dah tahan gelak.

Lepas tu diam. Takde bunyi ape pun. Sunyi. Haih, fail. Sedih gila. Baru aku nak pusing belakang, dengar bunyi pintu besar tu dibukak. Alamak, mampos akuuuu.

Kelihatan satu lembaga, rambut panjang. Ah, tu lah first trait dia yang aku perasan. Dia mendekati, serta merta pintu pagar besar tu dibukak. Automatic. Huah. Aku blank jap. Ape ni?

"Lawa ke?" Dia bersuara. Ah, makin jelas rupa dia. Berambut hitam, panjang sampai ke pinggang, berblouse, tapi berkaki ayam.

And my, what a beauty.

"Lawa, sangat." Sedar, tak sedar, aku terus jawab. Baru aku sedar, shit aku melalut. WTH.

"Kan? I chose the colour, and all the trees here, tapi di maintained dengan my gardener. " Sekali dia cakap pasal rumah dia. Bapak segan..

"Ha'ah, I like the trees, tak banyak tapi ada. " Lagi, ape aku ngarut nii

"Nanti byk byk nampak macam hutan pulak, macam Jumanji. Dum dum dumm *bunyi sound effect Jumanji* "

Aku dah blank jap.

"Aha-aha- AHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Aku bantai gelak sekuat kuat hati, siyesly, where did that come from? I totally din see it coming!

"Ape gelak ni?" Dia tanya aku, lol it was you lah I'm laughing about! Aku tak stop lagi. Gelak lagi. Ade lah dalam 20 saat aku gelak gelak,

"Ni, awak nak pergi mana ni." Oh shit, baru aku teringat! Aku kan 'sesat', nak tanya jalan.

"Er, er, " Mane aku nak tau alamat kawasan jalan ni. Adei. Aku dah fidget fidget. Shit shit shit ape aku nak kelentong ni. Asal otak aku blank, sumpah tetibe aku nerves.

"Elaineeeeee!!" Kedengaran suara Shira, dan kemudian di peluknya perempuan depan aku ni. Jangan jangan..

"Eh, Shira! oh my god I can't believe your here! " Banggang. Banggang. Aku kena prank hidup hidup dengan budak Shira ni. Hughhh, ni yang aku nak emo ni.

"Hey, meet my new friend, Irfan. Irfan, this is Nik Elainey, my bestest best friend" Perempuan ni tersenyum je tengok muka aku. Muka segan, muka baru kena kencing hidup hidup. Tak pernah, tak pernah ade orang buat aku sesegan sekarang ni! Sialan!

"Don't worry, she's always do that, dia memang teruk, kan?" Elainey mula bersuara. Aku sekadar mengganguk, tak boleh bersuara pun, segan yang amat!

"Dia ni ha Elaine, selalu sangat bully me, you should pity me instead! Serve him right, buat macam tu"

"Selalu? You guys dah lame kenal ke?"

"Tak lah, tak kenal pun. Who are you again?" Sambil memuncungkan mulut ke arah Shira.

"Okay fine, you balik rumah by yourself, you don''t know me kan" Ah sudah, sial sial sial. Ape la malang nasib aku

"Eh eh-" Aku mula mencari akal. shit shit shit

"Eh takpe la, he can stay at my house.. You nak balik kan Shira?" Aku terbeliak mata. Eh, eh, ni reinforcement ni. Ini sudah kira baikkk dah ni

"Ha'ah, you balik la dulu kay Shira, while we will continue to chat, kan Elainey?" Aku mula mengikut flow permainan ni. Kahkahkah. Veto kau dah hilang, McKenzie!

"Elaine je, or Nik, or whatever" Dia tersenyum.

Pergh. Lemah lutut aku rasa.

"Waaaah ewah ewah, mana boleh you guys team up against me!"

"Well, we just did, kan Irfan?" Elainey mula mengatur strategy baru.

"Yeah, serve you right!"

"Eeee, lain yang I intent to do, lain yang jadi, mana boleh macam ni, Elaine, you come here, back me up!"

"Wah Elaine, that tree is damn big kan?" Aku mengubah topik. More like, macam nak invisible kan Shira. Kahkahkah

"Yeap, besarrrr kan? Hahahahaha" Success! Padan muka kau Shira!

Dan aku dengan Elainey terus gelak, master plan Shira untuk kenakan both me and Elainey, dah backfired balik!

slurpee & sunset #2

Aku cukup suka dengan idea, yang lepas ni, aku dah susah untuk kena buli dah. Sebab aku, benci gila babi kena buli dengan perempuan ni. Kalau member laki aku takpe, oke siket. Ini dengan perempuan ni, adeh, payah. Tapi, aku takkan kena buli lagi, if Elainey was there. I mean, here. or whatever.

Aunty called, she will be a bit late, sebab dia nak jumpa somebody lagi. So I called papa, explained the situation, I mean, aku tak sempat nak explain pun, "Ya, okay. Nanti dah nak balik habaq na. Papa nak pi outstation ni" cluck, dah letak. Aku cuma sempat sigh je lah. Nak buat macam mana.

Papa lagi berminat untuk mencari duit untuk menyara hidup kami, dari minat untuk mengganti kerja mama.

Mama. Aih.

Mama dah lama tinggalkan aku. Menyahut seruan ilahi, akibat serangan penyakit. Sejak hari tu, hidup aku seorang, dengan Papa. Dengan bibik. Bibik di upah, sebab tak ada orang yang boleh jaga rumah. Aku budak lagi, Papa sebuk kerja. Jadi camtu lah lebih kurang aku punya situasi sekarang.

Jadi petang tu, sementara budak-budak tu bergosip, aku mengusha satu pokok ni. Kat tepi rumah ni, pokok yang sangat, sangat sugoi. Dia nampak sangat tua, tapi masih kuat, kukuh untuk di, panjat!

Tapi, ni rumah orang ni. gile tak tau malu kalau aku tetibe panjat. Sigh. Eh, apa tu? Layang layang? Hehe. Boleh buat tu jadi alasan, untuk panjat pokok ni.

"Issit okay that we hangout here a bit long?" Shira risau.

"Yep, totally fine. Besides my parents diorang pergi candle light dinner, so their not bringing me skali." jelas Elainey

"But if they knew that Irfan is here too.."

"No, they knew. They say it's okay, just have fun" Elainey tersenyum.

"WOOOOOOHOOOOOOOOOOOO!" Shira tersentak. Bulat mata Elainey. Apa tu? Serentak Shira bangun dari kerusi, berlari ke arah bunyi tersebut. Elainey menuruti, tapi berlari anak anak.

Aku melihat dari atas. Wow! This is fucking amazing! Lawa la sial! The orange sky, the birds, the wind, everything!

"Irfan!! What are you doing there! Turun lah, you're embarrassing me!" Teriak Shira. Oh shit!

"Er, I just wanted to pick this up, " sambil menunjukkan layang layang lusuh berwarna merah biru hijau kuning tu.

"Hm, funny, I don't remember having a kite.." Terang Elainey. Erk, yeke? Habis ni sapa punya je?

"But, if I look closer, than I just, might be able too--" Sambung Elainey, sambil meletakkan kaki di batang pokok tu. Aku dah, WTF. Siyesly?

"No no no no, I'll go down okay, it's too dangerous" Aku deny. Bahaya la shial! Mati anak orang kang, aku tanak masuk jail la! Nanti kena saman, lagi lah!

Elainey tak hiraukan aku, masih terus memanjat. Nasib pokok ni, tak menegak ke atas. Dia dah condong. Senang la dia nak panjat. Eh jap,

"Elaine, you wear a blouse kan?"

"Yeah, why?"

"..." Aku tak tau nak cakap camne. Perempuan ni, blur sangat ke, lampi ke ape

"Oh!" Oh? Oh? Oh, my ass! Takkan la baru perasan!

"Uh nevermind, nobody to peek at me lagipun.. kan? You were up there, who would then?" Eh, betul jugak an? Lol. Aku yang selo. Ha, tu la, judge orang lagi. Sendiri yang segan.

"Elaineeee, get down, it's dangerous lah!" Jerit Shira lagi

"No, I wont. Instead jom lah naik!"

"Er. Errr. Takpe lah, I'll wait dekat bawah je. Kalau you jumped at least I can catch.." Aku dah gelak gelak dah. Jangan cakap dia takut tinggi.

Dan Elainey sampai ke dahan aku, dan duduk.

"Here, tengok lah"

"Hm, yeah. It's not mine. But mehh. We can make it ours kan? " Dia tersenyum lagi. Peh. Ni buat aku berdebar debar ni. Siyes. Bertambah lagi dengan suasana macam ni, perh, dup dap dup dap. Ah, apa niiii. Aku tak suka perasaan ni, menambah kan nervous aku, tapi..

"Shira was right, it's dangerous up here,"

"I know, but I've wanted to climb up here since ages!"

"Kenapa tak panjat je? "

"Scared. Selalu tengok kucing panjat, but I can't panjat. I was afraid!"

"You should be! Haih."

"Irfaaaannnn! Elainnneeee!" Kitorang menjenguk ke bawah. Shira, dengan tali dekat keliling bahu kanan dia. "Wait for meeee!!!!" Aduh, sengal. Tambah lagi sorang budak gila. Lalu dicampaknya tali itu, aku menyambut, lalu mengikat di dahan ni. Ketat-ketat, kejap-kejap.

Lalu dia menarik tali tu, dan memanjat batang pokok ni.

"Ha, I bukak eh tali ni"

"Eh, eh, jangan laa! Eee"

Elainey ketawa. Ah, gila. Aku sumpah, terpikat. Cara dia gelak. Mampos. By this time I'm pretty sure that I'm hooked with this girl. Shit.

roti kaya teh susu #11

Betul lah orang cakap, tak semua yang kita rancang, menjadi. Kuasa di atas sentiasa menentukan yang terbaik buat kita, yang ni, aku setuju sangat.

Perit macam mana pun, kau kena admit broh, Dia maha mengetahui.

Cerita ni sampai sekarang buat aku konfius, especially ending die; apa jadi lepas ni.

Aku tak sempat pun berjumpa dengan parents Elainey ni, sebab kitorang bertolak balik awal pagi, aunty datang amek ktorang. Baguslah;

Sebab aku segan. Aku bab bab jumpa parents orang ni fail. Contoh, macam haritu. Siap di bahan bahan lagi. Padahal aku lah paling suka membahan waktu dekat sekolah. Ha, sekarang, tuhan maha adil, padan muka aku.

Trauma hari tu ada lagi. Tapi aku still pelik, takkan la sampai advance camtu sekali aunty ni punya anggapan dekat aku...?

Shira; dia tinggi jugak lah. Aku bajet dalam 170 cm. Mungkin boleh jadi model; dekat Malaysia jelah. Muka mix sikit, of course sebab parents dia. Plus, mak dia ni pun ada keturunan Cina sikit. Mata dia, tak lah bulat besau. dia macam ahmoi jugak, versi sepet yang agak besau.

Part body dia tu yang tak tahan tu. Jadi igauan seluruh umat sekolah aku. Aku tak reti la nak describe in detail, figure dia berapa. tapi aku tau lah, dia ada hour-glass shape, etc etc. Kalau kau tgk, kadang-kadang tertipu jugak lah, dia ni macam dah habis sekolah dah, punya badan.

Tapi perangai, isk. sedih nyah. Depan orang lain, bukan main goody goody lagi. Macam orang cakap, pijak semut tu tak mati pun. Tapi kalau kau tau perangai sebenar dia, isk. Sedih. Dia brat, bajet, hyper, dan bising, kuat gelak, bajet dia hebat sangat (aku dah cakap ke? takpe) dan bagai bagai lagi perangai yang kau boleh insert.

Well aku admit lah, yang dia ni boleh jadi banyak peminat lah. Tengok jela kat sekolah aku. Tu baru sekolah. Lepas ni? Sebelum ni? Tempat lain? Pen pall ke.

Okay enough about Shira.

Kira-kira seminggu lepas hari tu, cuti awal sem start; bulan Mac. Cuti lah benda yang paling menggembirakan pelajar-pelajar sekolah. Yelah, boring seyh bangun awal pagi, pergi sekolah, kena bebel dengan cikgu, pastu ganti cikgu lain, kena bebel lagi, buat kerja sekolah, pergi kantin sesak, makan, yada yada.

It's no fun!

At least untuk mereka yang "tahu" sekolah ni tak cukup fun; bagi diorang, banyak lagi tempat yang fun. Sedar tak diorang yang cuti ni actually MEMBOSANKAN?

Duduk dekat rumah, bukak kipas, tengah hari, baca buku, ensaikopedia, baca komik, tengok tv jap, makan...

...

Apa lagi yang boleh di buat? Kat sekolah macam macam ragam kau dapat. At least, setengah, dari satu hari tu dah habis dekat sekolah, which is why I don't understand is, kenapa banyak orang ponteng sekolah? Sure, kalau kau 100% datang pun, kau dapat sebatang pen. But still, apesal ponteng merupakan perkara wajib bagi student ha?

Okay kembali kepada cuti.

Aku masih ingat lagi, petang tu Papa balik awal. Ada lah dalam pukul 7 petang. Wait, dah malam ka? Ape-ape jelah. Aku agak terkejut, sebab aku tengah telan cekodok, tetiba dengar pintu gate terbukak. Awal balik.

"Fan, homework dah buat?" Soalan tipikal seorang bapa.

"First day cuti dah siap buat kerja, pa." Jawapan pelik seorang student.

"Cuti? Cuti apa?" Isk bapak aku ni. Cuti sekolah dah start pun tak perasan?

"Cuti sem mac. Awal papa balik?"

"Oh, ha, jom keluaq makan kat luaq. Pi siap." Out of the blue ajak aku makan. Fuh, ni yang aku suka ni.

"Right away!"

Haritu kitorang pergi ke arah Pusat Bandar Damansara. Ada Pizza Hut dekat situ. Aku apa lagi, order lah feveret aku, Pepperoni Delight! Dengan kepingan hirisan daging atas berlayer keju, dengan olive yang peh, banyak.. Memang terlioq beb!

"Fan, " Papa bersuara tepat-tepat waiter tu letak pizza tu atas meja. Isk ada khutbah dulu ke baru leh makan ni, gua dah kebuloq!

"Papa, nak introduce kawan papa" Huh? Kawan lagi, japgi depa nak sembang pasal kerja la tu.

"Oh, hai" Aku wave tanpa melihat arah member ayah aku tu. Pizza tu lagi menggoda, or so I thought.

"Fan?" Satu suara yang aku rasa familiar gila babi memanggil aku. Aku menoleh ke atas,

"Shira?" Kitorang berpandangan. What is this?

"Aunty?" Aunty tu senyum je dekat aku. Ape ini neraka? Adakah ini coincident, di mana Shira and her mom pegi makan dekat luaq dan tiba-tiba aku ada sekali? Ye, of course, ini lah explanation paling aku rasa masuk akal.

"Irfan what are you doing here?" Shira tanya soalan paling tak masuk akal.

"Erm, eating pizza?"

"What!? Be serious, Irfan!"

"Betul lah, tengok la pizza ni" Apehal perempuan ni, tetibe tinggi suara,

"Hey Shira, depan makanan lah." Sambung aku lagi. Dia membulatkan mata dia. Okay, now things are getting scarier by every passing seconds!

"Oh, hangpa dah kenal ka?" Papa break the awkward silence. I need explanation fast, I mean, now!

"Next time Irfan, jangan panggil aunty, aunty. Panggil, Mama." Aunty mencelah.



Eh?



"WHAAATTTTT?" Aku bangun lalu membeliakkan mata aku.

"Irfan, depan makanan tu, tak baik lah" sambil mencebikkan bibir dia, Shira mengajuk aku.

slurpee #2

Dia termenung, lagi. Termenung ke arah luar tingkap, ke arah pokok besar tu. Ke arah dahan besar pokok tu, sesekali tersenyum bila nampak ada burung hinggap di situ, membersihkan sayap menggunakan paruh.

Kali ni berbeza. Dia rasa gembira, dia rasa aman, damai. Dia tak nak perasaan ni hilang, dia tak terfikir langsung mengenai apa apa, dia tak fikir mengenai masa hadapan, di dalam kepala dia, cuma rasa nyaman, rasa aman, rasa.. yang dia tak pernah rasa.

Dia tidak lagi merasa sunyi, entah mengapa. Sebaliknya, dia gembira.

Dia berasa teruja setiap kali melihat dahan pokok tu, dia dapat menggambarkan suasana, membayangkan atmosfera senja yang menyilaui, warna jingga yang memancar ke arah dia, ke arah, dia..

Serentak angin meniup rambut panjangnya, melintasi mukanya. Rambut hitam itu disisirnya kembali ke sisi telinga. Titik peluh perlahan mengalir di telinga, ke leher blouse yang di pakai. Kipas yang berpusing perlahan di siling tidak membantu, dia mengibas-ngibas blousenya.

Lalu menghempas badan di atas katil bersaiz queen itu. Angin menolak langsir biliknya, dan pandangannya masih di luar.

Tiba tiba terdengar bunyi nyalakan anjing, mematikan lamunan dia. Serentak dia teringat kembali mengenai fakta..

Tetapi, dia hanya tersenyum. Cuaca petang ni terlalu hebat untuk aku merasa sunyi, sedih dan takut.

Dan aku nak terus rasa begini. Rasa hati aku, aku teka.. Aku takkan rasa sedih, tak kira apa pun akan jadi. Dan aku akan terus begini.

roti kaya teh susu #12

Hurrrhhhh aku benci. Ape jadah gile, where did this come from! Aku dah patut expect benda macam ni dari awal lagi, yang Papa akan kahwin baru. Aku ingat, Papa akan stay duda forever, but no. Ah, sedih nyaa.

Nampak gayanya salah satu bilik aku kat atas tu kena sacrifice lah. Ganti dengan bilik minah tu. Either my study room, or my game room, where all my consoles lies inside there, ada couch lagi, semua kat dalam tu. Shit, this sucks. Dan paling aku tak suka, aku.. kongsi kasih sayang Papa aku dengan orang lain.

Dah lah tak pernah lebih pun sayang tu. Hmh.

"Irfan" Papa mula menutur bicara, sambil memasukkan gear.

"Ya Papa," Aku acuh tak acuh je jawab. Tension.

"We're going outside a bit, you show Shira around our house."

"Tapi--" Aku tak puas. Apesal lak? Malam ni jugak ke? Sial lah.

"No, tak ada tapi." Tapi dah la lewat dah, dah pukul 10 malam dah kot, and bibik takdak, dia balik rumah laki dia. Well, kuasa veto Papa memang unlimited. Aih, apesal la malang nasib aku.

Sampai rumah aku terus lari naik bilik aku. Menyakitkan hati. Bajet emo la tu, tunjuk sangat perangai buruk aku. Aku dah tak peduli. Aku sakit hati. Aku ingat, sayang Papa dekat Mama sampai.. mati. Aku.. kecewa.

"Shira, you take care okay? Biasalah, he's going to take sometimes to get used to this idea." Papa explain dekat dia.

"Yeah.." Selow je dia menjawab.

Aku terus baring atas katil queen size aku tu. Huh, gila lah. Perasaan sakit hati aku tak berkurangan langsung, in fact dia multiplies by each and every passing seconds!

Perlahan pintu aku dibuka, seraya aku dengar deruman kereta berlalu dari rumah aku.

"Irfan.." Lembut je, suara dia. Ape lagi perempuan ni.

"What?" Keras aku jawab. Padan muka.

"I.. don't know.. that you.. your dad.. Mama tak bagitau sapa pun.." Terputus putus dia, mencari perkataan betul nak pujuk aku, nak eksplain kat aku. Ah pegi mampos.

"So, now that you know, are you happy, yang you have a new dad?" Bentak aku.

"I- I--" Tercari cari perkataan nak explain dekat aku, tapi bila aku mula sakit hati, maka..

"Kau diam lah! Blah!" Terkejut dia.

"I'm sorry.." Perlahan dia tutup pintu, menghilangkan diri. Ah pegi mampos.

roti kaya teh susu #13

Suasana diam kejap. Yang berbunyi cuma air cond aku. Apa.. aku dah buat? Isk, rasa menyesal lah pulak. Jap, minah tu dah le pengecut. Penakut, pastu rumah ni takde orang. Dia nak tidoq celah mana? Dia, tak bersalah pun.

Aku despise perangai aku yang ni, orang lain punya salah aku pancarkan energi marah aku dekat hamba Allah yang lain. Aku benci, sebab aku selalu kena macam ni. Aku benci tapi.. Aku buat.

Fuck.

Perlahan aku bukak pintu, mengusha dia ada kat luar ke? Takde. Clear. Terjengket jengket aku jalan, menuruni anak tangga.

Satu,

satu,

Sampai bawah, mencari. Mata meliar, kalau ada orang dalam rumah ni tengok, sure terus call polis, memang sebijik cam penyamun. Dalam meliar tu, wujud rasa cuak gak. Minah ni tak sentap ke nanti huh. Ah, salah aku. Tapi, tu kalau dia sentap. Kalau dia tacing? Isk, parah. Aku ni, tak reti nak pujuk orang. Mampos.

Dari jauh aku ternampak dia teresak-esak atas couch kat ruang tamu. Nasib ruang tamu agak tersorok. Lalu aku terduduk, memikirkan, salah aku, buat dia macam tu. Aku, ada soft spot untuk perempuan ni. Kalau diorang menangis, memang aku rasa guilty gila.

Plus, memang salah aku.

---

"Bunyi apa tu?" Aku terdengar suara dia. Aku diam.

"Hello, is ... anybody at the kitchen?" Suara dia terketar - ketar.

Dia tutup kepala dia dengan bantal. Bunyi dekat dapur makin mendekati.. Dia dapat rasakan sesuatu, jantung makin laju, macam lepas marathon, adrenalin mula mengambil tempat, peluh sejuk mula mengalir di ubun rambut, terasa sesuatu makin mendekati..

HUARGH! Bantal dia di angkat, lalu

"HEEEELLLLLLLPPPP MEEEEEEEEE IRFAAAAANNNNNNNNNNNNNNNN"

"Woi, chill lah, it's me." Aku terkejut dia terpekik memanggil aku.

"Huh, huh?" Dia masih huru hara. Rambut dia yang dijaga macam anak sendiri tu berserabai, rasa macam nak snap gamba dia sekarang gak. Pastu upload friendster. Konfirm cool.

"Irfan, I'm so scareddddddd..." Eh, eh, menangis pulak, ish lain aku nak buat lain lak jadi nya. Nilah aku, memang fail. sigh.

"Lah, I'm the one at the kitchen lah just now, doing this, for you." Eksplain aku, dengan suara selow selow. Pft, dah buat salah, kau nak tinggi suara gak, memang kau cari nahas le. Nak pujuk, bukan nak gadoh.

"Here," Aku menghulur. Dia masih lagi teresak esak. Isk, aku rasa bersalah gile ni.

"..what is this..?" Sambil menenyeh nenyeh mata merah dia tu.

"Roti Kaya je, that's all I can do right now, itu je inti yang I have.

Dia terdiam. Aku usha je. Dia usha aku balik. Aku masih menunggu reaksi dia. Ni yang perit ni, wa dah buat ni takkan nak usha je. Ape aku nak buat la ni sial.

"..thanks, but I'm full." Huh! Jual mahal pulak! Roti je kot, ini makan tak luak le perut kau!

"Fine, then I makan jelah."

"Eh, eh eh!" Aku usha je, sambil aku dah nganga siap dah mulut aku, menunggu taim je nak masuk dalam.

"Asal?"
"No, nothing"
"Cool, then--"
"Wait!"
"What?"
"...well let me taste it."
"Tadi kenyang"
"Tadi."
"Now?"
"Lapar"
"Too late."
"IRFANNN" Kantoi sudah. hehehe. Padan muke kau. Jual mahal lagi ngan aku.
"Yelah, yelah, cakap jelah yang you wanted to eat"
"Wanted to eat your cooking is more like it," sambil dia grab dari tangan aku. Peh, boleh pulak macam tu!
"Ha, why?"
"Because that day, you laughed at me!"
"Butttttt, this is just roti kaya, everyone can make one!"
"...really?"

Sumpah, time tu aku dah facepalm. Banggang betul perempuan ni, ala ala bimbo. Wujud jugak perempuan jenis macam ni, aku ingat dalam manga dengan anime je.

"..mo make me mome mishes"
"Makan la bagi habis dulu, ish"
"..eleh, your roti kaya is normal jelah!"
"of course, it's just a bread."
"Prove to me yang --" sambil mengunyah satu lagi suap. Gile kebuloq ke pompuan ni??!
"miu man make me a mood mfood"
"Ha?"
*gulp* "Prove to me that--"
"Okay, okay, I geddit. Haih, susah lah perempuan."

Dengan langkah perlahan aku mengheret kaki ke dapur.

roti kaya teh susu #14

Apa yang aku boleh buat untuk minah tu ha? Yang senang, cepat dan tak nyusahkan aku. Tapi takmo simple sangat. Kang dia cakap aku tak reti masak pulak. Masak apa eh...

*bukak fridge* oh ada chicken breast. ini sudah baik ni. boleh bahagi dua, aku pun boleh ngap.

Hm, ayam. Lagi? Ayam..goreng. Er. Tanak simple sangat. Oh oh. Idea dah datang. Heheh.

...

"Irfan..?"
"Hm?"
"Oh.. Hm.."

Lama jugak dia dekat dapur tu. What is he doing? Is he really took my words seriously? Really? Everyone knows I like messing around with people, A LOT, so nobody really took me seriously.. But Irfan, what about him yang actually buat dia seriyes sangat ni? Lama betul.

Perlahan dia melangkah ke dapur, ternampak satu figure yang tercari-cari bahan di dalam kabinet.

"Irfan..?"
"Yeah, just tell me ape die"
"Oh, em, what are you doing?"
"Oh, tolong tengok dekat sana ada tak blueberry ke, cranberry ke, taknak strawberry kay?"
"Oh.. "

5 minit jugak mencari diorang mencari. Takde.

"Ah I gave up. Dah let's continue cooking." Shira mengusha je. Diam tak berkata kata.

Di lihat Irfan membuang sikit isi ayam tu, buat apa?

"Uh you buat apa Irfan?"
"..." No response. Focus eh? Takpe.
"Shira, passed me the cheese, and mixed up 1 egg with that cup of milk over there"
"Hah "
"Tak dengar ke?" Uih, why so serious?

Dikacaunye cawan susu tu dengan telur, lepas tu..

Lepas tu?

"Um.."
"Pass cheese tu" Huh! How dare he order me like that. Di letaknya cheese tu sebelah pinggan ayam tu. Irfan buat bodoh je, mengambil 2 keping cheese lalu disumbatkan dalam ayam, setiap satu. Di tuangkan sikit campuran tadi, kemudian digulungkan dan di ikat dengan pencungkil gigi.

"Ew!"
"Tak guna lagi lah. Hish. Pergi lah duduk depan dulu, baca buku ke apa. Bising lah." Huh! Selamba je. Fine! Kalau panggil jangan harap aku pergi.

Dia melangkah separuh jalan, berpaling ke belakang. Irfan sedang memasukkan ayam di dalam peti sejuk. Eh cakap nak masak. Ah biarlah. He forced me to go in front, lessee whether he really can cook or not.

*******

"Oi.."
"Oi......"
KTUNG KTANG KTUNG KTANG
"WHAT THE!!!" Terkejut beruk perempuan tu. Kah kah kah. Puas hati aku. Tido lene sangat. Kite susah payah buat makanan ntuk die. Die boleh lak lelap kat sini. Amboi amboi. Perlahan dia meletakkan kembali periuk belange tu kat dapur.

"Come lah, let's eat. " Dari jauh Irfan memanggil.
Uhhhh pukul berapa ni. Di lihat jam tangannya, waw, pukul 12.30! Hoh. Are you crazy? I need to control my diet dammit! Tapi.. perut ni dah berkriuk2 dah ni. Hee. Makan jela.

"Waw!" Terkejut Shira. Irfan senyum bangga. Yes, berjaya! Dia terpukau hasil kerja simple aku. I LAIKE.
"What is this, where did you buy this huh?" Tak percaya, macam dekat Hotel!

"'Scuse me, I cooked it. Hm it's a chicken with cheese innit, and with an Orange Sauce onnit. How cool was that?" Bangga. Perh, ni dah habis belasah dah aku guna ape je aku nampak. Ade orange juice je tadi dengan orange zest, of course ada lah sirap, tapi takkan nak guna sirap dengan orange zest?

"Come, duduk. Let's eat it. It's experimental by the way, eat at your own risk." Warning aku.
"I don't care, it looks delightful, I'd eat it even if it's poisonous" Shira replied.
"Woit don't curse my dish!" Gile, selamba dia cakap makanan aku ni beracun. Penat seyh buat ni

Dia duduk, aku pasang lampu dekat dining room. Warna kuning, lampu chandelier. Dah lama tak bukak lampu ni, yelah, dua dua tuan rumah enggan makan dekat sini. Papa makan dekat luar, aku makan depan tv, dalam bilik, bilik komputer, study.

Sekarang, ade teman. Rasa.. Lain. Dah lama tak macam ni.

"Oh.. My.. God, Sedap lah Irfannnn!"
"Kan? Makan lah" Aku senyum. Heh, selalu aku je yang merasa masakan sendiri, kali ni ada gak orang compliment aku. Bangga la gile!
"At first sos tu nampak weird gile on top of the chicken, but somehow dia buat this dish rasa unique and delicious! " Tak habis lagi. Excited melampau minah ni.

Dan aku duduk membelah ayam, cheese meleleh keluar, aku sendiri rasa gembira, ada teman untuk dinner, dalam rumah besar yang sunyi ni.

Padahal aku yang berat hati nak masak tadi!

slurpee #3

*brrrrrrrrrrrr* *brrrrrrrrrrrrr*

Handphone Samsung dia vibrate. Langsung tersedar dari lena pagi dia itu. Perlahan di slide handphone T709 hitam itu.

Shira!

"E!"
"Yes hun?"
"I, am, so happy!"
"Me too!"
"Waw really? "
"totally! so whatsup?"
"i'm doing okaaayyy. E, tell meeee. y are u so happy E?"
"U tell me 1st!"
"whyyyy?"
"cause I askd whatsup just now?"
"2 long 2 type."
"so u r THAT lazy huh."
"well of course, it's holiday! so tell me E!"
"i'm very happy that u msgd me"
"awwww. hey u really want to noe wht happnd?"
"of course! :'("
"then.."

*********

Dia tersenyum. Pagi tu miskipun dia baru sedar dari mimpi, dia rasa sungguh segar. Di tambah dengan idea Shira. Dia, bertambah gembira.

Senyum, dia mula mendail nombor telefon kedua ibu bapanya.

slurpee & sunset #3

knock knock.
knock knock.

knock, knock knock knock knock, knock knock! Berirama pulak. Apa bala ni.

DUM DAM DUM!

Urghhhh, amende bunyi bising bising ni. Aku pantang betul tido aku kene kacau. Lagi lagi waktu cuti. Ape lagi ya Allah! Bagilah aku tido puas puas, cuti lah time orang tido! Dah nama cuti, meaning time untuk bersuka ria, berehat sampai bosan! Ini tidak, awal-awal bagi kerja sekolah bertimbun timbun. Tak siap ngamok, kena denda berdiri atas kerusi, duduk luar kelas bagai.

That said, kerja aku dah siap first day lagi. Heh.

So, ini yang buat aku tensyen. Pepagi buta, dah bunyi bising. Aku ambik bantal yang memang best dengan air liur basi aku ni, tangkup atas kepala. Fedap.

Fuh, lega.

*brrrrr* *brrrrr*
"I'm the son of rage and love- The Jesus of Suburbia, from the bible of, none of the ab---"
*click*

"Heeelllloooorrghhhh."
"Ha Irfan, takkan tidoq lagi? Bangun! Kerja tidoq ja."
"Hah papa? Er Irfan dah bangun lahh. "
"Papa call rumah bibik cakap Shira cakap Irfan tengah tidoq lagi."
"Manada, er tengah buat kerja tadi, homework."
"Cakap homework dah siap! Dah, pi turun, tolong bawah sama. Papa ada meeting ni. Tengah hari rambang pun tidoq lagi" Er, kantoi.
"Ya, ya.."

..7 pagi tengah hari apa? Sial.

Ish, kacau betul lah Shira ni. Awal pulak bangun. Memang sepoil habis hari ni. Pagi pagi dah kena sound, habis semua rejeki aku. Tsk.

Turun turun je aku pegi dapur, confirm cari breakfast. Bibik ni buat apa lah pagi ni. Dengan berboxer dengan jersey futsal sekolah aku turun. Ah Shira ada pun takpe, biar. She's part of the family pun anyway.

Nampak ada newspaper. Hoh, baguih. Ada susu, dengan scramble egg. Ada 5 pinggan, satu je yang tak di sentuh lagi. Hm, Shira, Papa, Aunty. Sapa lagi sorang? Bibik?

"Bibikkkkk? Bibik dah makan??"
"Oh dikkk, makan la dulu, ni bibik mau siram pokoknya dulu" Terdengar suara dari porch, lalu aku cari mana bibik.

Terpandang satu lembaga duduk atas seti kayu dekat ruang tamu.

Gulp. Takkan lah. Aku tergamam, terkesima.

Satu lembaga yang memerhatikan gelagat aku dari tadi, membatukan diri.
Nik Elainey?

"Ahhh- Elainey???" Separuh menjerit jugak aku. Mane datang la sial dia ni, tak dengar apa pun!
"Er hai.. Sorry kacau pagi-pagi macam ni"
"Eh eh tak lah, cuma it's out of nowhere kan.."
"Plus, pagi apa, dah pkul 7 dah kan?" Aku cuba be nice. Manada orang tegur tetamu macam aku, macam sergah dia ada lah!
"Eleh, bangun awal lah konon, tengok lah you pakai apa" Terdengar suara dari belakang aku, suara Shira. Lalu aku menganalisa diri aku.

Shit.

"Err, er, bibik nanti ye saya makan, nak mandi kejap k bibik!!"
"Ye lah adik, nanti sudah habis makan bagitau ye"

Laju je aku meluru ke atas.

BAPAK SEGAN LA SIAL!!!



slurpee & sunset #4

"Weh Shira!"
"Ape?"
"Asal minah tu ade kat ruang tamu?"
"Oh, dia cuti. So I ask her to sleep here. I'm bored, I have no friend."
"What? Dekat sekolah tu bukan main ramai lagi member?"
"Friend, bukan kenalan. Moron." Sambil berlalu pergi.

Shit mang. Apahal ni? Let me recap what happened recently. 1st day of cuti, Jumaat tu, aku balik sekolah, rehat, siapkan semua, SEMUA kerja sekolah.

On Saturday night, went for dinner with papa, only to know that I (will) have another sibling and a new mom.

On Sunday morning, Elainey came at my house.

This, is, TOO FREAKING FAST. I can't believe the pace of this shits. Wait, why would she invite Elaine come at my house? It's MY HOUSE. Not hers! God, I can't believe that I felt agitated because of this. Why I'm behaving like this. Relaks Irfan. Chill. Take a deeeeeeeep breath.

Huhhhhhhhhhh.

"Ni, what are you doing, weirdo?"
"WHAT THE F!@#$@%!" Melatah aku, woit! Sialan! Aku baru lepas relaks.
"Nevermind, E, this is our room. It's a bit small compare to your house, but it's comfy. Letak lah beg tu"
"Eh kenapa cakap macam tu Shira! Tak baik lah. I'd prefer a smaller room anytime. My room is too big. I felt uncomfortable."

Gile. Bilik besar pun jadi masalah. Macam macam. Nampak dia beralih ke arah aku dan senyum. Aku pun, senyum la balik. Of course lah. Senyum-senyum macam orang bodoh, siyes. Bila Shira masuk, dia bisik dekat telinga aku,

"I'm sorry, menyemak dekat sini, I'll be going home this evening if this bother you"
"No no no nonononononononno no, noooo. It's fine, I'm fine, we're okayyy."
"And sorry, Shira memang macam tu, jangan ambil hati eh?"
"Tak lah, er Elaine,"
"E!" Shira panggil dari dalam.
"Yeah?"
"I'm sorry, we'll talk later mkay? Glad you're okay.." Bisik dia, sambil tersenyum. Bila berpaling, rambut lurus, panjang dia ikut sekali. Waw, gila terurus. Shit, if this goes on..

Oh, aku nak mandi tadi. LOL. Sial, terlupa lak.

*brrrrrr* *brrrrrrrr*
Mesej masuk. Huh sapa pulak. Jangan cakap Shira.. entah entah.. Elaine?

"Woi cibai!"
Sial. Dari Halim rupanya. SEPOIL. Isk.
"Asal cibai? Salam tak reti?"
"Ah kau jangan nak start ceramah lak."
"Aku lak ceramah? Hah nak apa babi?"
"Jom bola!"
"Peh, apehal tetibe ajak aku ni?"

Aku admit, aku tak reti sangat pun main bola. Aku tak leh dribble, seriyes ly. Aku perlukan ruang yang sangat luas, untuk control bola, dan distribute bola tu. Attribute yang selalu orang benci. Ya, cara permainan aku adalah antara Xabi Alonso, Carrick, Hargreaves, Nuri Sahin, Pirlo. Aku suka main kat tengah. Tapi selalu kena duduk tepi, right back atau left back, sebab aku boleh track back, atau deliver bola masuk kotak penalti.

Tapi, sekarang orang lebih hargai cara permainan ala Henry, atau Ronaldinho. Aku ni takde skill macam diorang. Harap vision aku je. Sebab tu aku peluang aku amat limited. Tapi takpe, member ajak main, nafsu aku untuk bola sentiasa ada. Takkan padam.

"Haikal suruh ajak, dia cakap bila lagi nak main reramai?"
"Hah yelah yelah. Kacau cuti aku jelah sial!"
"Ala rileks la brader, panjang lagi cuti la babi. "
"Yelah yelahhh. Nasib homework aku dah siap"
"Hah? Siap??"
"Ha'ah. Asal?"
"Kau.. Kena sampuk ape?"
"Woi aku siap salah, tak siap pun salah, cibai gile"
"Pegh macam skem lah ngkau skang!"
"Babi, apesal aku skem lak? Siap kerja boleh aku rehat sampai habis cuti, bukan ikut hasutan setan macam kau!"
"Babi aku lak kena setan! Kau je setan merah sejati!
"Dari kau, Asengal!"
"Ah kau ingat invisible tak lama dulu? Hahah! "
"Tunggu ah, lepas ni turn ktorang lak!"
"Dah dah, meh turun padang, now or neber! Ktorang kat padang dah ni"
*click*

"Bibikkkk saya keluar sekejap ehhhh! Nak main bola!"
"Hah ye ke? Adik mau siapkan airnya?"
"Takpe takpe, dah lambat. Saya nak cepat" Aku pakai sentap je baju Manchester United aku, season 2003 lepas. Walaupun besau, tapi takpe. Aku suka baju ni. Laju je aku ambik kasut bola Tiempo putih aku. Gile sexcited aku!
"Irfan, where are you going?" Ah, Shira.
"Halim ajak main bola ni ha. Okay pegi dulu!" Aku kayuh basikal selaju lajunye. Gile lah. Aku, kalau bola memang takleh missed.

"Irfan pegi mane Shira?"
"Oh, he went for football. Boys."
"Eh, best ke bola tu?"
"Hm I don't know. Sama macam tennis I guess."
"Should be lah kan? "
"Yelah, reaction dia macam I ajak you for a tennis match E."
"Oh really? Jom, tengok?"
"Hah?"

Lepas sepak mula bermula je, aksi bermula. Aku start. Heheh. Bangga jap. Ada lawan budak Kg Sungai Bakau. Diorang ni, budak kampung. Power power belake. Shit. Aku main right back. Ah risau. Asal mamat no 7 ni pecut je, aku kene kejar. Dia pecut, memang naya lah aku, unless kalau jarak jauh.

Aih, mamat ni dapat bola lagi. 1 on 1 dengan aku. Kiri? Kanan? Kanan! Shit, dia flick ke kiri pulak. Kena tipu! Bam! Nasib ada Zul, defender tengah yang aku sayangi. Selalu kaver aku. Heh.

"Fan, betul2 lah!"
"Sorry sorry" Kan kene sound! Sial. Halim ni memang celaka. Mengajak ni sbab nak bagi aku nampak teruk ek apa la sial. Dia, tinggi. Boleh lah. Main striker. Tapi sebab rokok, dia cepat pancit. Shahrul terlepas bola, no 6 pass dekat no 7, lawan aku. Sekali lagi, dia ke kiri, kanan.

"Masuk je!" Ada suara dari belakang. Aku, makin sure. Kali ni, aku sure.

Zraaaap! Aku slide tackle, memang aim kaki dia. Jahat, memang ni lah tugas defender. Jahat. Prap! Dapat bola. Dia tergolek atas aku. Kaki aku still dekat bola. Lalu aku bangun, lari bawak bola. Nice, rileks, rileks, cari orang. Nampak Halim angkat tangan. Boleh ke aku early cross ni. Sure, boleh. Rileks. Bagi curve sikit, senang mamat tu nak tanduk.

Pom! Bola tu melencong sikit. Ikut trajektori yang aku nak. Dari separuh padang, aku berjaya direct bola tu ke arah aku nak, Halim. Di dadanya bola tu, control, aku tersenyum. Confirm.

GOALLLL! Satu tumbukan udara oleh aku. Semua teammate aku lari arah Halim. Nice, volley yang cukup cambest. Aku tersengih sorang sorang. Half time, aku kena subbed. Sedih, tapi aku dah brape kali halang mamat India tu. Tinggi lampai, macam galah. Siyes! 4 kali dia try, 4 kali jugak lah dia hilang bola tu. Waktu aku dah makin ada confident, aku teringat member aku lain.

Diorang nak main gak. Aku pun volunteer, guna isyarat tangan, aku mintak tukar orang.

Padang tu, sebelah kiri dipenuhi dengan deretan rumah. Sebelah belakang tu bukit, sambung ke arah kanan padang. Jadi, tempat ni macam stadium natural. Tapi tak banyak orang kat sini, walaupun kat tepi jalan. Susah masuk padang. Takpe, aku nak keluar lagi pun.

Aku pelan pelan panjat bukit tu. Penat seyh. Kaki ni sakit lagi, kena pijak dengan kaki mamat #7 tadi. Nasib aku mintak sub. Lalu aku duduk. Sambil tengok view, dengan match tu.

"You really should thank E"
"Hah?" Aku pusing belakang. Shira? Elaine?
"Yeah, out of the blue dia jerit. Malu gile tau tak?" Oh, Elaine ke tadi. Waw.
"Thanks, sangat." Dia senyum je.

Dan aku duduk, diorang join. Penat lah. Tapi sejuk. Rasa angin tiup, lega. Pagi tu, aku plan nak rileks, bermalas-malasan. Tapi macam-macam dugaan, aku dekat sini. Rasa gembira pulak. Memang, tuhan tahu apa yang terbaik. Aku kalih, tengok dua orang, tetamu rumah aku. Shira masih dengan mp3 dia, aku lihat Elaine, senyum. Perlahan, aku senyum.

slurpee & sunset #5

Macam biasa, setiap malam Ahad, aku akan layan Rick Dees weekly top 40, rancangan Hitz FM setiap malam Ahad. Mesti aku tak miss. Aku tau, it's a bit mainstream, I admit, I'm more into mainstream guy back then, tapi itu tak bermaksud aku dengar teen stuff. In fact, aku benci lagu teenager-er sampai sekarang. Sebab tu sampai sekarang aku takleh accept pop artis. Well most of them. LOL tapi tu,

Tak penting pun.

Malam tu macam biasa, aku baring, dengan ada satu lampu atas meja kecil kat hujung bilik, dengan radio Sanyo hifi yang dah rosak, aku repair sendiri, sebab benda tu ada dalam stor.

Sebut pasal stor, macam mana aku jumpa radio tu, aku selalu lepak dalam stor. Aku tak berkeupayaan nak buat ranch house macam dalam TV2 late night movie yang aku anggap cool (even now) di mana diorang ada hide out sendiri, secret base, a la Mt. Rainer yang menyimpan UFOs, atau area 51, atau gua batman. Secret hideout, you know. So aku lepak sorang-sorang dalam stor gelap tu, pastu pasang torchlight sampai habis battery, tekan-tekan laptop mainan, and perkemaskan 'base' aku. Di situ ada radio.

And radio tu tak guna dah. So aku repair, apa yang rosakknya bagi aku, kepala plug dia. So dari 2-pin plug, aku tuka 3 pin terus. Hasil kerja aku darjah 6, right after cuti sekolah start.

It turns out yang rosaknya aerial dia je. Ceh. Rasa bodoh sengal je.

So sambil tunggu aku lelap, aku mendengar countdown radio, satu demi satu, dengan iklan2 radio aku dah hafal cue dia. "Rick dees and the weekly top fortaaaaaayyyyy-- yeah!" It as lame as it can be, but it's catchy enough to make me remember it till now.

Dan malam tu. aku perasan angin tiup sepoi-sepoi gitu. Dengan bintang berselerakkan, aku tak tau pukul berapa jam waktu tu. Yang aku tau, bulan tak ada. Jadi macam biasa, aku akan;

Keluar tingkap, panjat bumbung. Lepak atas tu sampai penat.

Tapi untuk ke bumbung yang aku nak, iaitu bumbung dekat bahagian belakang, aku kena panjat ikut tingkap sebelah tepi, sebab tingkap sebelah belakang tak boleh bukak, grill dia fixed. Yang belah tepi macam pintu, boleh bukak. Just in case. Tapi, there's a trick here. Bumbung tepi ni tak sambung dengan bumbung belakang.

Meaning; aku perlu pusing all the way, ikut depan, ke tepi, lalu ke belakang.

Aku dah biasa buat, dan selalunya, Papa akan tidur mati, penat kerja. Advantage aku. Haha. So anyway, aku biasalah, jalan terjengket jengket, dengan meminimumkan bunyi atap genting rumah aku. Sampai lah ke belakang rumah. Dan baring. Ada sedikit gerimis, but it's fine, bulan malam tu, cerah gila. Pelik gila aku, tadi tak nampak bulan. Takpe, menambah seri bintang malam tu. 

Dengan tingkap terbukak, aku terdengar lagu yang cukup sinonim zaman tu, zaman jahiliah aku, zaman muda aku; The Reason.

"I'm not a perfect person~ As many things I wish I didn't do"
"But I continue learning~ I never meant to do those things to you~"

Aku ingat-ingat lupa haha. Tapi macam tu lah, bet korang pernah dengar. So sambil aku baring (yep, aku baring atas genting kotor tu!) aku melihat, awan berarak, dengan limpahan cahaya bulan tepat ke muka aku, aku rasa selesa sangat.

"Hey."

Aku tergamam. Shit, apa ni? Sapa panggil aku, tengah tengah malam? Menoleh, aku lihat satu kepala terjojol keluar. Mengharapkan bulan, kena lindung dengan bumbung kepala tu, aduh, ngeri siak.

Telan liur aku, mengigil bibir mengucap ayat apa-apa sahaja yang aku ingat,

"Bbbbb-bis-mmikallah-- h-h-h-huma ahya-- wa ammut"

"Hey, tu doa tidur lah" Senyum sahaja.
"Oh, Elainey! Cehhhhhh" Lega. Ingat lembaga apa tadi, entah penanggal ke tadi. Mampos aku!
"What, are you doing?"
"Uh, um my wallet. It slipped from the window just now so I ..."
"Wait" Lalu dia ke dalam. Shit, jangan cakap nanti dia dapatkan papa! Kali ni, memang confirm aku lagi rela dengan penanggal tadi.
Kreeeeeeeek. Pintu tingkap dibukak. Kaki di hulur keluar, aku dah blank.
"Eh japjapjapjapjaaappppp"
"Takpe lah, lagi ramai cari lagi senang," Dia senyum lagi. Ah sudahhhhh. Kalau lagi sorang tu senang skeptikal, yang ni senang sangat percaya. Sigh.
"Mana, what colour? "
"Er, actually.. ---- Don't laugh"
"Hm?" Semacam dia menanti jawapan aku, smiling.
"Er, tak, takde pun.. No, bukan nak peeping or what not, was just for fun" Cuak aku, kang dia ingat aku nak ngitai apa pulak, ajal!
"Ohh, bulan ke?"
"No, it's actually the stars and the wind.." Aku senyum, tengok dia senyum. Faham?
"Yeah, I was tempted too, actually. For a long time jugak lah. But when I started to giving up, I heard footsteps, so I peeked, apa lah kan, takkan kucing" Oh kucing, aku patut guna alasan ni, lagi munasabah!
"I was surprised when I saw you! Seeing how enjoyable you lying there, I wanted to join you too." Gila kantoi aku tipu dia. Hemhh,

That's when I know that, she... figured me out. Somehow, I just get that feeling.

"Takpe ke, with the pyjamas..?" Aku tanya, sambil dia duduk, sandar dekat sebelah aku.
"Oh, takpe, I really, really, wanted to do things like this lagi pun.." Aku diam. A-w-k-w-a-a-a-a-a-a-r-d.
"Y'know, it happen since the day you came at my house. I just wanted to do things like this, this, random things, but I lacked courage, lagipun I'm a girl. Seeing you, how you're so brave, being a boy, panjat pokok tu, and, and, somehow I have this kinda courage to do that, to do what I wanted." Panjang lebar. Aku, tak mampu bagi reaksi. Langsung.
"And since then, I always looking forward meeting you, and having this opportunity to come here, I said yes without hesitation, eventhough kita pernah meet once je Irfan" Lagi terdiam aku. Rasa, gembira? Rasa, dihargai.

Aku tersengih, macam kerang busuk. Aku tengok dia, senyum. Lalu aku senyum. Dan di bawah limpahan cahaya bulan tu, senyuman paling menawan aku pernah lihat dalam hidup aku.

slurpee & sunset #6

Sekejap je aku dah lupa keadaan sekeliling aku. Dengan senang aku khayal ke mane ntah, even aku sendiri tak tau apa aku khayalkan. Bulat besar je bulan tu. Putih, cerah. Macam spotlight, menyinari aku waktu gelap, tapi tak pernah menyakitkan mata. Aku sentiasa tahu ada bulan, walau malam tu penuh dengan awan gelap, bulan memang ada. Dan waktu waktu macam ni lah aku menghargai bulan tu sepenuhnya, sepenuh perhatian yang dia tak putus berikan kepada aku.

Metafora yang aku pegang sampai hari ini.

Aku mendongak, memerhatikan bulan, dan sekeliling bulan tu. Awan berarak, perlahan, kekadang menutupi bulan, lalu berlalu, kemudian menyusul awan lain, mungkin lagi besar, ada yang lebih lut cahaya, kemudian berganti lagi, semua menandakan bumi berputar pada paksinya, semua ni buat aku asyik; cara aku habiskan malam malam aku.

"Irfan, you okay?"
"Huh? Aa-aa- Okay je. Apesal?"
"Takde lah, tersengeh je tengok bulan tu, kenapa?" Sambil tersenyum mengajukan soalan ice breaking. Dah lama gila dah diam seribu bahasa, kot.
"I'm .. Amazed.. ?"
"Kan? Terang sangat, yet lembut.."
Macam kau.. is what I want to say, but hell, gila aku takkan cakap. Potong #@$@^ pun aku takkan cakap!
"Kenapa?" Sambil senget sebelah kepala, senyum.

Ya Allah ya tuhan ku. Kenapa kau seksa hamba mu dengan nikmat sebegini rupa. Kalau ni berterusan, aku mati sbb ni pun tade hal punye lah. Rasa nak nanges je. Gile comel. Macam tak caya dia ada kat sebelah aku, bersembang, pulak dia yang cari topik nak cakap! Ergh aku tau aku gila sucks handling perempuan, tapi aku.. aku.. argh!

"Tak, tak de ape ape" Aku mengalih pandangan aku dekat angkasa balik. Gabra.

Diam lagi.

"Ohya Elainey-" Aku bukak tingkap bilik aku lagi luas. Dah la ketat pintu tingkap aku tu. Tak pernah sejak aku ingat aku duduk rumah ni aku taruk minyak dekat engsel tingkap tu, memang tak la, buat apa?

"Nak?" Aku menghulur mug merah yang aku pegang tu.
"Waw, what is this?" Katanya sambil mengambil mug tu lalu menghirup.
"Eh ja--" Tak sempat aku nak bagitau. Lantak kau lah
"Auch! Hothothothot!" Sambil menjelirkan lidah dia, lalu mengipas-ngipas lidah dia. Serentak terlepas genggaman tangan dia dekat mug tu. Mampos!

GRAB! Sempat aku tangkap guna dua-dua tangan aku. Nasib aku well aware apa akan jadi, kalau tak, bunyi kaca pecah tu akan buat jiran-jiran aku rasa curiga, manetau derang ingat aku ni pencuri ke, perompak ke, mau kene tangkap, naya je.

"Aww.." Panas. "Awak, okay?" Takut melecur lidah dia, mampos aku nak jawab dengan Shira. Paling tak pun kena baham dengan singa tu. Huh.

"Sorry.. I'm okay, tadi tak panas pun.." Sambil pusing kepala ke depan. Huh? Apa ni?
"Er, your tongue.. okay ke?"
"Eh okay je. Takde rase ape punnnn" Aih, nampak sangat kau tengah lingkarkan lidah kau dalam mulut kau tu.
"Yang you cakap hot tadi apa dia.."
"Eh manade lahh. Tade pun. Tade tade." Sambil geleng-geleng kepala.

Ah.. aku rasa nak nangis je. Kalau sekarang ni ada perompak tikam belakang badan aku, aku takkan rasa sakit pun.. Ah.. Kenapa dia comel? Atau dia berlakon je? Kenapa dia berlaku comel? Kenapa perempuan cantik kena berlaku comel? Kenapa aku rasa terseksa sangat ni? Sesungguhnya.. aku hanya lelaki yang lemah..

"Tapi.. teh ni sedap," Sambil menarik mug tu dari genggaman tangan aku. Lalu menghirup kembali, kali ni perlahan-lahan.

slurpee & sunset #7

Gdung gdung gdung gdung!

...

Dam dam dam dam!

...

Kriek. Pintu bilik air terbukak, lalu pintu bilik aku terbukak. Bunyi macam tapak kaki makin dekat, lalu bam! Terasa katil aku bergoyang kuat. Aduh kacau je. Bala apa ni?

"Irfan, wake up, wake up"
"Hmhgnghhfhfh" Kacau! ARRRHHHH
"Open your eyes dammit"

Perlahan aku membuka mata, membulat mata aku tengok mata dia bertentangan dengan mata aku, tak sampai 1 meter pun. Aku, tergamam.

Dalam situasi ni, aku ke patut jerit? Apesal aku kena jerit? Apesal Shira atas aku? Apa kes dia ni? Kenapa dia kena gerak aku? Kenapa bukan Elainey? Kenapa dia panjat katil aku? Kenapa dia masuk bilik aku? Kenapa dia bangun awal sangat? Kenapa aku belum bangun lagi waktu dia dah bangun? Kenapa dia atas katil aku? Kenapa dia atas badan aku? Kenapa dia betul-betul atas aku? Kenapa muka dia betul betul depan aku? Kenapa dia wangi? Shit apa aku fikir ni.

Dia diam, aku diam. Mata kitorang tak gerak gerak pun. #awkwardmoment betul lah. Eh jap aku ke kena react? Mestilah, kalau ada orang literally atas kita, kita kena react.. tak? Apa reaction aku? Aku sampai harini takleh accept apa reaction aku lepastu.

MAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

Tapi separa jerit je. Aku tengah mamai kot! Manaboleh kejut orang macam tu! Gile. Dia pulak berguling ke sebelah aku, tergelak gelak. Isk minah ni. Aku pang jugak kang. Apa pun tak dapat.

"Waw sejuk la your room Irfan," Lalu selamba yaya je tarik selimut aku. What? Masuk bilik aku, buat kecoh, complain, pastu nak tarik selimut aku? NO WAY. Lalu aku tarik balik.

"Sejukk laaa. Bagi la sikettt" Dia tolak aku guna kaki dia, supaya aku ketepi. Memang watefak betul. Pagi pagi bikin kecoh.

"Hey you buat apa dengan E ha semalam?" Oh shit. Ini yang aku paling susah ni. Apa je yang dia dah tau? Elainey dah bgtau dekat dia ke smlm?

"Oh.. did you too *chuu*" Sambil memuncungkan bibir dia.
"Woi! Manade la. Tak buat apa-apa pun lahhh." Ha ni confirm tak tau. Tapi selamba badak je tuduh aku bukan2, isk lah minah ni. Menguji ketahanan akal fikiran waras aku betul!

"Eleh yelah tu, baru sehari dah pandai ehhh you nii.. I underestimate you lah dude.." Di tenyeh-tenyeh nye hidung aku dengan jari dia. Wah wah wah, ni dah melampau minah ni. Underestimate pun, beragak la, ni skali dengan jari dia tekan tekan hidung aku, memang tak la weh! Aku genggam tangan dia, dan dia tengok aku. Aku tengok dia.

Dalam-dalam.

Lama gila. Pastu dia gelak. "Sakit la Irfan. You nak I jerit sakit kuat kuat ke, bagi satu rumah ni dengar, pastu--"
"Weyh weyh" Seraya aku melepaskan genggaman aku. "No don't do that"
"Then you better answer me properly"
"Yelah kalau you ask me properly I'll answer you properly lah. Ni tak, you pecah masuk bilik I, and you panjat katil I, and then you tanya soalan tak masuk akal, memang tak lah I nak jawab betul betul.." Lemme explain. Bilik aku ada dua pintu. Satu ke luar lah kan. Satu lagi ke bilik air. So kalau pintu bilik aku, aku kunci, senang je orang masuk ikut pintu bilik air tu.

"So you nak I jerit?"
"NO."
"Okay then answer me."
".yelah."
"You taruk ubat apa dalam air dia semalam?"
"Hah?" Alamak dia tau ke semalam? Er, kenapa dengan Elainey harini?
"I woke up pagi tadi, tengok dia tersengeh je tido. Gile suspicious. Selalu macam sleeping beauty, harini lain sikit. You buat apa dengan dia huhh?
"Eh mane la I nak tau! Kalau I pecah masuk bilik tu, you're the one who should notice kan? You yang jaga dia, and besides she sleep next to you, manaboleh you tak perasan apa pun?"
"Yea but"
"Atau you nak cakap you tido like a wooden log huh Shira?"
"Eh manade lah!"
"So?"
"Yelah, nasib you baik harini." Lalu dicampaknya bantal aku dekat muka aku. Ada-ada jelah dia ni!
"Sebab.. E tak pernah rapat macam ni dengan orang lain.."
Hah?
"First time I met her, she's acting like a princess, you know, elegant, beautiful, bla bla bla, sopan santun lah, apa lah.. And she never opened up dengan orang lain. Even banyak gila guys yang hot nak dengan E. Semua dia reject nicely. I don't even know what's on her mind. You know, dia dengan I je. Dengan everyone else, I mean, everyyyoonnee else, dia act biasa, macam takde apa. Macam tak rasa apa. Tapi, when she's here.. " Dia matikan ayat tu macam tu je.

Aku terdiam. Selama ni aku ingat dia ni peramah dengan semua orang, dia macam ni dengan semua orang. Aku rasa pelik jugak.

Pagi ni memang pelik. Dengan perangai Elainey malam tadi, kalau betul lah apa yang Shira cakap. Dengan perangai Shira pagi tadi, cara dia kejut aku.. Kelam kabut sudah hidup aku sekarang. Ah, satu satu masalah datang. Entah apa pulak yang akan jadi dekat aku kemudian hari.

Macam tsunami.

slurpee & sunset #8

Pagi semalam buat aku fikir baik punya, fikir dalam dalam, pasal apa yang tengah terjadi dalam hidup aku. Fikir, punya fikir, punya fikir, aku noticed something.

Pelik gila, bagi aku. dah 4 hari dah bebudak ni ada kat rumah aku. aku perasan, something wrong dengan diorang. erm, tak lah 'WRONG' as in salah, tapi lebih kepada, em, pelik. weird. first of all, mesti lah si Elainey. nama dia.. nik. biasa eh perempuan nama nik? kalau biasa takpe lah. aku je kot yang tak selalu dengar. Selalu parents bagi nama fancy-fancy, kalau tak tipikal melayu. Atikah ke, Sarah ke.. Agaknya dia mixed jugak kot? Macam Shira.

Okay tu first. Secondly, style dia. pelik. siyes tak tipu. pelik.

selalu, bebudak perempuan, budak sekolah, perempuan muda- ok ok, remaja perempuan akan prefer untuk pakai tudung. and honestly, aku sukeeee sangat tgk perempuan pakai tudung. tapi takpe lah, aku tanak diskriminasi. biaq pi kat dia la nak pakai ke tak. bagi aku hati budi lah, ayat cliche.

Elainey pilih untuk tidak membela rambut panjang. I like. Haha. Aku suka tengok rambut dia yang panjang mengurai, sampai ke bawah bahu. Lawa je dia sisir. Tak pernah aku nampak berserabut.

Adakiannya satu petang yang damai tu, aku tengah lepak dalam bilik aku atas katil, baca novel Agatha Christie, bila aku teringat majalah Utopia bulan tu aku tak baca lagi. puas lah aku mencari bawah katil, dalam lemari, dalam laci, bawah meja, dalam bag.. tak jumpa. baru teringat, si Shira pinjam, tak pulang-pulang lagi. lalu dengan bersopan santun budi perketi aku panggil lah minah tu,

annnnd as I expected;

"ntah. pegi la check dalam bilik." sambil kunyah Chachos dengan tengok channel V. aku dah panas hati dah. dah pinjam tu buat la baik sikit dengan tuan punya! pergi lah ambik bagi kat aku balik, ni buat dekkk je. siot.

selamba aku bukak pintu, rilek, rilek. tak guna bertekak dengan minah tu.. ikutkan hati, mau je aku mengaum macam singa.

tapi bila aku bukak pintu, aku ternampak Elainey atas kerusi, tengah baca buku atas meja dalam bilik tu. Dengan cermin mata dia, dengan rambut bersanggul, dengan blouse biru dia, dengan tingkap bilik tu ditembusi cahaya, dengan langsir meliuk-liuk menari di tiup angin.. aku tergamam, lagi.

lama tu baru dia sedar aku dekat daun pintu tu, "Eh, Shira dekat bawah la," sambil tersenyum.

...

CAIR AKU BEB. CAIR. Aku rasa macam nak lari keluar rumah, pegi dekat tengah jalan, melutut sambil dengan background guruh sabung-menyabung aku menjerit, KENAPAAA?????!!!

"Oh, er, ah, tau, tau" gila, tengok! Dah kelam kabut.

"Tau ape?" Sambil kepala dilentokkan sikit, dia tersenyum. URGH AKU MATI SEKARANG PUN TAKPE.

Apesal ah, bila aku nampak dia je, seluruh pemandangan jadi macam tu??! Dramatik gila nak mampus! Urgh. Tapi betul, kecantikkan dia, makin menyerlah bila dia berlatar belakangkan benda yang mendamaikan macam tu. Pergh gitu pun boleh eh. Kenapa dia bersanggul? "Gila makcik punya fesyen!" Is at first what i thought when i saw her first time buat hairstyle macam tu. sayang, rambut lawa, panjang mengurai, tapi ikat sanggul. rambut terkeluar tu biasa lah, aku ingat nak bahan je minah tu, tapi bila aku terpaku lama kat situ, aku.. fikir dia jadi lagi hot. shit. aura dia sangat.. mengagumkan.

Oh, dan fesyen dia pun, pelik-pelik. pakai blouse dengan short bawah lutut kaler light brown. Blouse tu pulak bunga banyak-banyak.

Takpun dia pakai baju kurung biasa, polka dot. kaler putih berdotkan purple. er. pink kot. entah. Baju lain? Jarang gila nampak! Semua lebih kurang fesyen ni je. T-shirt ke ape ke jarang gila nampak. Kalau ada pun aku tak ingat bila.

Oh ya, sebut pasal Shira, aku ada rasa something wrong. Macam.. dia ada sembunyi benda.

Ah, fikir bebanyak pun tak guna. Bukan selalu rumah ni meriah. Dan actually, I'm starting to enjoy this, a lot.