Sejak 2 orang ni datang, rumah ni bernyawa. Ada orang bukak pintu pagar, ada orang keluar pagar, ada orang duduk lepak depan air terjun, ada orang sepak-sepak bola, ada minah evil datang ambil bola tu pastu campak keluar pagar, lepastu ada orang kena tinggal kat luar pagar sebab dia baling bola tu luar pagar. Ada yang tengah baca buku tepi kolam air terjun tu terkena bola yang ditendang oleh orang yang kena kurung kat luar pagar tu, sampai termasuk kolam. Ada terdengar suara-suara sumbang menyanyi dalam bilik air, lepastu ada pulak jeritan amukan orang yang dah tunggu 30 minit nak mandi tapi tak sudah-sudah lagi.
Ada yang curi-curi panjat bumbung pukul 2-3 pagi, dan ada yang mengikutnya.
Meriah, gila! Aku naik pening kepala melayan kerenah diorang. Tapi hari ahad tu, hari last cuti. Tak macam summer holiday dekat luaq negara, kita sekejap je cuti ni. Jadi Elainey kembali ke sekolah asal dia. Sugul je muka dia. Yolah, kawan baik dia ada kat sini.
"Nevermind, nanti cuti ada.. You datang la eh?" Shira cuba pujuk. Haha, such a rare sight. Serentak Elainey mengangguk, nampak macam semangat dah datang balik.
Gila cepat.
"Em! Tak lama pun, sekejap jeee dah start cuti kan?" Lebar senyuman dia. Dari belakang Shira, aku boleh nampak pandangan mata dia kadang-kadang ditujukan dekat aku. Lantas aku tersengih kembali.
"Yep. 2 months takde lah lama sangat" Eleh, japgi dia yang complain lama lah, ape lah. Aku boleh gerenti.
"Eh? Lama lah tu." Huhhh? Aku dengan Shira pelik.
"Friday evening nanti I datang la balik.. And later Sunday evening I'll go back again, I promise every weekend I'll come to sleep here," ..Waw. Gila lah minah ni. Sanggup ke?
"That is, kalau Irfan bagi la.." Sambil senyum arah aku. Shira secara otomatis memusingkan badan ke arah aku lalu mengenggam leher baju aku.
"Say yes."
YES. Takde bantahan. Woi kalau kau tak paksa pun aku tak halang lah. Lagi aku nak adalah. Elainey tersenyum, tapi nampak pahit senyum dia tu. Tapi, apa boleh buat. Aku bukannya boleh tolong extendkan cuti ni. Ahhhhh, nyesal aku mintak cuti ni habis cepat! Aku tak pernah terfikir aku akan cakap camni, tapi takpe, at least Shira still ada. Brat camne pun dia, aku tau deeeeeeeeeep inside her heart dia baik. Dan dia jujur. Cuma dia brat.
**
Senja tu, lepas Elainey pulang ke rumah besau dia, aku lepak kat luar. Atas buaian. Sambil-sambil tu aku baring. Tak selesa, duduk balik. Terdengar handphone sape tah bunyi. Sape lagi, Shira le. Sape je lagi kat rumah ni, dah Elainey dah balik.
"But, but--"
Kemudian diikuti bunyi tapak kaki berlari menaiki tangga. Aku hairan. Yelah, ape pasal? Gedegang! Whuish. Marah beno minah ni. Apesal. Tapi pintu rumah aku jugak jadi mangsa.
"Eh rosaklah pintu bilik-bilik rumah ni!" Selamba aku sound dia bila dia bukak pintu depan. Sambil melangkah laju, seiring dengan laju pintu pagar terbuka.
"Eh you dengar tak ni?!" Makin tinggi suara aku. Pantang betul aku cakap orang buat dono. Aku tunggu reaksi Shira. Dia punya explaination. Dia punya denial. Apa-apa saje.
Sraaak. Beg galas yang dipegang sebentar tadi dilepaskannya. Oh shit, aku marah sangat ke tadi? Aku patut kontrol marah aku! Mampus aku, dari gaya dia ni, moody sikit ni, kene sound ke ape ke, paling selamat aku boleh gerenti kene lempang je, paling teruk ni.. lunyai aku kena belasah dengan perempuan ni.
Dia berlari anak mendekati aku. Ah mampos.
Dan to my surprise;
"Sorry.." dia peluk aku. Erat, erat sangat. Aku tergamam. Badan dia bergetar. Dia kemudiannya teresak-esak. Aku tanya, dan tanya, dan tanya, dan setiap pertanyaan aku hanya disambut dengan suara tangisan Shira.
Kedengaran bunyi hon kereta Volvo yang aku pernah nampak. Ah, aunty dalam tu. Tersenyum pahit tengok kami. Aku makin hairan. Apa ni? Apa yang tengah terjadi ni.
Aku terus terpaku selepas Shira melangkah perlahan lalu mengambil beg galasnya. Walaupun hati aku menjerit, memekik mekik menyuruh aku pergi tanya, pergi halang, pergi buat sesuatu, tapi aku tak buat. Tanpa menoleh ke arah aku, dia tutup pintu, dan kereta Volvo itu memacu hilang dari pandangan mata aku.
And I don't see them coming back ever again.
1 comment:
WHAT HAPPENED TO SHIRAAA? .______.
pe jadik orz next chappie cepat. orz
Post a Comment