Sebab tu la bila dah habis selesai upacara melantak kek-kek cawan yang dibuat oleh Kak Jah pembantu rumah cik Elainey kita tadi, aku dah mula gelisah, duduk macam cacing kepanasan, walaupun aircond dalam rumah ni boleh tahan sejuk memadamkan panas cuaca di Malaysia ni.
Aku buat satu keputusan yang waktu tu nampak cerdik, tetapi sebenarnya bangang, untuk ke tandas sebentar (tandas ke? dah macam bilik tidur bibik aku dah tandas dia.) tadi, bukan untuk melunaskan kewajipan hakiki seorang manusia, tapi hanya untuk melihat muka sendiri dekat cermin tandas tu sambil mengaru-garu kepala yang ternyata dan diyakini, tak ada kutu, tak gatal. Bila aku perasan jam yang ada dalam bilik air ni (seriyes.. power tak power?) baru aku tau matahari dah mula nak pergi berehat. Aku makin gelabah.
Ah tak boleh jadi ni. Aku kena balik cepat.
Tapi malangya, aku terlepas satu peluang keemasan setelah aku mengambil masa yang agak lama untuk berhenti melihat muka cuak gelabah dog, kemudian basah dibilas air, apabila Elainey memilih untuk menyegarkan badan dia dengan pancuran air suam dan sabun yang wangi sewaktu aku membusykan diri dalam tandas tadi.
Macam biasa, perempuan mesti mandi lama punya lah.
Dan aku cuma mampu terduduk atas sofa kulit Lorenzo yang empuk. Nak mengeluh pun tak mampu, selesa sangat.
"Hey, Irfan"
"Yea?"
"You.." Lama dia panjangkan harakat you tu.
"..What?"
"You takde ape bende nak tanya ke?" Oh..
"Nope, nothing really."
"Wait you takde apa nak tanya?"
"Ha'ah" Ringkas. Padu.
"Whaattt?" Eh? Apehal? Takkan la tak paham yang aku cakap aku takde ape benda nak tanya?
"I'm asking you, you taknak tanya apa-apa ke?"
"And I think I have already answer your question Shahira McKenzie."
"But whyyy?" Dia berdiri. Amboi.
"Just because.."
"No, tell me!"
"Tell you what?" Aku dah makin celaru. Apehal minah ni?
"Tell me why you didn't bother to ask me questions?!" Suara Syira makin tinggi, setinggi anxiety aku, bila dia menekan dua-dua belah bahu aku dengan tangan dia. Makin takut aku.
"Well buat apa I need to ask you questions? If you wanted to tell me something then just say it already"
"Fine! You tak risau langsung dekat I!"
Wait, what?
"Hey you yang tiba-tiba lari masuk kereta your mom and don't bother to even look back at me and then terus hilang macam tu je!"
"You should've stop me!"
"I could if I knew what happened!"
"Then ask me something!"
"Buat apa? Curiosity kills the cat kan?"
"Well if the cat's curiosity is not that high pun I boleh cekik cekik je kucing tu!" Sambil bibir merah jambu dia tu diketap rapat, geram sangat lah tu.
"Look," Tegas aku mulakan balik defense aku,
"If you din bother to tell me things that you regard as important, meaning you don't trust me" Aku perlahankan suara aku,
"and if you don't trust me enough to tell me whatever happens, meaning I don't deserve to know about it" dan aku kembali normalkan suara aku.
Dia diam, aku diam. Entah, aku pun tak faham, dia nak apa sebenarnya?
Lama dia terdiam, tertunduk. Rambut paras bahu dia tu menutup pandangan kiri kanan aku, aku cuma boleh dengar nafas Syira naik turun, tahan geram? Apesal dia nak marah sangat?
"So now you're saying it's my fault lah.."
Eh? Shit
"No no no, it's not yo-"
"You said it just now" Selamba dia potong.
"What did I said?"
"You don't remember what you've just said to me??" Eh perempuan ni. Sengaja cari pasal ape.
"I remember tapi celah mana I put the blame on you?"
"Is.. everything alright?" Serta merta terlerai ikatan yang membelengu bahu aku. Rasa sengal sebab tak boleh gerak, kena pressure macam tu punya lama. Jadi aku gerakkan bahu aku ke atas ke bawah, macam dalam senaman memanaskan badan. Baru aku teringat punca kenapa bahu aku terlepas dari tekanan seekor singa betina tadi.
Terpacak dekat situ satu susuk yang.. well lawa. Whaddyu expect??? Dia memang lawa kot! Dengan rambut dia masih berkilat, lurus, berbaju kelawar bercorak biru muda, sekali lagi aku tertawan.
Terpacak dekat situ satu susuk yang.. well lawa. Whaddyu expect??? Dia memang lawa kot! Dengan rambut dia masih berkilat, lurus, berbaju kelawar bercorak biru muda, sekali lagi aku tertawan.
"Er Elainey.." Itu je? Itu je respon kau Irfan??? Aku toleh ke arah Syira, dengan harapan dia dapat membantu, tapi..
"Gosh Syira kenapa awak menangis ni?" Oh. My. Lord. Mampos aku. I'm fucking dead right now. Macamana aku nak explain semua ni??
"Irfan, we need to talk." Ah, aku tak mampu angkat kepala aku pun nak tengok muka Elainey waktu ni. Tapi. Tapi aku tak bersalah dalam konteks ni!
"Sure.. " Of course, aku mengalah.
"Follow me," Laju dia berjalan melintasi tangga kayu, menuju ke ruang buku dan piano di sebelah tangga sebelah lagi. Aku hanya boleh jalan perlahan, sambil tengok si tuan punya rambut yang licin dan lawa ni. Mengharap dia akan menoleh tapi, tak pandang aku pun.
Mati aku.
Dan bila sampai di ruang buku tu, suasana bukan macam rumah dah, sunyi semacam. Bukan macam perpustakaan dah, tak sesuram sekarang. Macam, macam rumah mayat. Elainey duduk di kerusi tunggal di sebelah rak buku yang lebar memanjang, penuh dengan buku pelbagai saiz dan warna. Aku dah tak nampak buku apa, sebab aku dah makin kecut telur.
"Irfan look at me" Aku angkat kepala aku perlahan, sikit je, sebab dia tengah duduk menghadap aku, dan aku pulak tengah berdiri. Takut, muka cantik tu akan bertukar menjadi raksasa, macam Medusa. Tapi sangkaan aku meleset, walau tak sepenuhnya. Dia senyum, senyum macam.. takde ape-ape jadi. Tetapi aku pulak macam terkena sumpahan Medusa, membatu.
"Did you make her cry?" Soalan simple je. Lagi-lagi soalan macam ni dah lama bocor dah since 5 minutes ago bila dia nampak air mata Syira. Tapi jawapan dia tu ha. Ape aku nak jawab?
"In a way, yeah but I --"
"Did you feel sorry?"
"Of course I did.." Aku matikan perbualan aku kejap. Walaupun banyak aku nak cakap tapi aku tak tau nak start dari mana.
"Then jom, awak pujuk dia okay?"
"Huh?"
"Well mesti dia ask you something yang buat you agitated, and then you tried to defend yourself but unknowingly because you dah start rasa confuse you raised your voice macam dia and then she started change the topic when you tried to calm down the argument and start to analyze slowly and then things went haywire and stopped suddenly bila I tegur," Bulat mata aku.
"Kan?" Aku tergamam. Seriyes, speechless. Spot on. Gila. Nak mengangguk pun aku tak mampu beb!
"Dah, jom. Jangan panjang-panjangkan benda ni" Sambil dia tarik tangan aku, menuju ke ruang tamu.
"Syira, I'm sorry I've raised my voice.." Dia masih tertunduk. Lalu aku gerakkan biji mata aku ke arah Elainey. Dia bagi isyarat ibu jari. Good job? Siyesly?
"Uhm if anything nanti we can talk about it later.. okay?" Aku menyambung pujukan aku. Syira taknak mengalah. Dia masih membatu. Ish leceh. Sambil tu mata aku masih mencuri melihat Elainey. Dia mengangguk-angguk, dan menggerakkan mulutnya, GO. ON. dan kembali tersenyum.
"Urm.. well.. you owe me lots of story Syira.. nanti you kena cerita banyak so you makan cupcakes Elainey dulu eh.." Aku masih taknak putus asa.
"Even your portion?" Dia mengangkat mukanya, matanya masih bergenang.
"All yours." Aku senyum.
"You can even take mine!" Elainey mencelah, lalu melompat kecil ke arah Syira. Dia menyambut loncatan Elainey, dan kemudiannya mereka berpelukan. Aku masih tersenyum.
Tak sedar dah hampir pukul 10 malam, dan aku masih di sini, di rumah Elainey.
2 comments:
bab ni..best.
sangat terperinci.
dan elainey..makin kuat persona dia.
seolah-olah terperangkap antara dua.
moga moga yang baik saja untuk elainey dan syira.
dan irfan.
Bile Shira lower up her defense, mmg such a crybaby haha. But I guess that's what I kinda like about her. Sorta strong but softie inside haha
Irfan and E totally are compatible for one another! Tp E still mysterious hmm, ade hiding smth which I hope dpt reveal soon orz More like wonder what will happen to all three of them ugh. T_T
cepat publish next chappie D:
Post a Comment