Thursday, August 11, 2005

slurpee & sunset #5

Macam biasa, setiap malam Ahad, aku akan layan Rick Dees weekly top 40, rancangan Hitz FM setiap malam Ahad. Mesti aku tak miss. Aku tau, it's a bit mainstream, I admit, I'm more into mainstream guy back then, tapi itu tak bermaksud aku dengar teen stuff. In fact, aku benci lagu teenager-er sampai sekarang. Sebab tu sampai sekarang aku takleh accept pop artis. Well most of them. LOL tapi tu,

Tak penting pun.

Malam tu macam biasa, aku baring, dengan ada satu lampu atas meja kecil kat hujung bilik, dengan radio Sanyo hifi yang dah rosak, aku repair sendiri, sebab benda tu ada dalam stor.

Sebut pasal stor, macam mana aku jumpa radio tu, aku selalu lepak dalam stor. Aku tak berkeupayaan nak buat ranch house macam dalam TV2 late night movie yang aku anggap cool (even now) di mana diorang ada hide out sendiri, secret base, a la Mt. Rainer yang menyimpan UFOs, atau area 51, atau gua batman. Secret hideout, you know. So aku lepak sorang-sorang dalam stor gelap tu, pastu pasang torchlight sampai habis battery, tekan-tekan laptop mainan, and perkemaskan 'base' aku. Di situ ada radio.

And radio tu tak guna dah. So aku repair, apa yang rosakknya bagi aku, kepala plug dia. So dari 2-pin plug, aku tuka 3 pin terus. Hasil kerja aku darjah 6, right after cuti sekolah start.

It turns out yang rosaknya aerial dia je. Ceh. Rasa bodoh sengal je.

So sambil tunggu aku lelap, aku mendengar countdown radio, satu demi satu, dengan iklan2 radio aku dah hafal cue dia. "Rick dees and the weekly top fortaaaaaayyyyy-- yeah!" It as lame as it can be, but it's catchy enough to make me remember it till now.

Dan malam tu. aku perasan angin tiup sepoi-sepoi gitu. Dengan bintang berselerakkan, aku tak tau pukul berapa jam waktu tu. Yang aku tau, bulan tak ada. Jadi macam biasa, aku akan;

Keluar tingkap, panjat bumbung. Lepak atas tu sampai penat.

Tapi untuk ke bumbung yang aku nak, iaitu bumbung dekat bahagian belakang, aku kena panjat ikut tingkap sebelah tepi, sebab tingkap sebelah belakang tak boleh bukak, grill dia fixed. Yang belah tepi macam pintu, boleh bukak. Just in case. Tapi, there's a trick here. Bumbung tepi ni tak sambung dengan bumbung belakang.

Meaning; aku perlu pusing all the way, ikut depan, ke tepi, lalu ke belakang.

Aku dah biasa buat, dan selalunya, Papa akan tidur mati, penat kerja. Advantage aku. Haha. So anyway, aku biasalah, jalan terjengket jengket, dengan meminimumkan bunyi atap genting rumah aku. Sampai lah ke belakang rumah. Dan baring. Ada sedikit gerimis, but it's fine, bulan malam tu, cerah gila. Pelik gila aku, tadi tak nampak bulan. Takpe, menambah seri bintang malam tu. 

Dengan tingkap terbukak, aku terdengar lagu yang cukup sinonim zaman tu, zaman jahiliah aku, zaman muda aku; The Reason.

"I'm not a perfect person~ As many things I wish I didn't do"
"But I continue learning~ I never meant to do those things to you~"

Aku ingat-ingat lupa haha. Tapi macam tu lah, bet korang pernah dengar. So sambil aku baring (yep, aku baring atas genting kotor tu!) aku melihat, awan berarak, dengan limpahan cahaya bulan tepat ke muka aku, aku rasa selesa sangat.

"Hey."

Aku tergamam. Shit, apa ni? Sapa panggil aku, tengah tengah malam? Menoleh, aku lihat satu kepala terjojol keluar. Mengharapkan bulan, kena lindung dengan bumbung kepala tu, aduh, ngeri siak.

Telan liur aku, mengigil bibir mengucap ayat apa-apa sahaja yang aku ingat,

"Bbbbb-bis-mmikallah-- h-h-h-huma ahya-- wa ammut"

"Hey, tu doa tidur lah" Senyum sahaja.
"Oh, Elainey! Cehhhhhh" Lega. Ingat lembaga apa tadi, entah penanggal ke tadi. Mampos aku!
"What, are you doing?"
"Uh, um my wallet. It slipped from the window just now so I ..."
"Wait" Lalu dia ke dalam. Shit, jangan cakap nanti dia dapatkan papa! Kali ni, memang confirm aku lagi rela dengan penanggal tadi.
Kreeeeeeeek. Pintu tingkap dibukak. Kaki di hulur keluar, aku dah blank.
"Eh japjapjapjapjaaappppp"
"Takpe lah, lagi ramai cari lagi senang," Dia senyum lagi. Ah sudahhhhh. Kalau lagi sorang tu senang skeptikal, yang ni senang sangat percaya. Sigh.
"Mana, what colour? "
"Er, actually.. ---- Don't laugh"
"Hm?" Semacam dia menanti jawapan aku, smiling.
"Er, tak, takde pun.. No, bukan nak peeping or what not, was just for fun" Cuak aku, kang dia ingat aku nak ngitai apa pulak, ajal!
"Ohh, bulan ke?"
"No, it's actually the stars and the wind.." Aku senyum, tengok dia senyum. Faham?
"Yeah, I was tempted too, actually. For a long time jugak lah. But when I started to giving up, I heard footsteps, so I peeked, apa lah kan, takkan kucing" Oh kucing, aku patut guna alasan ni, lagi munasabah!
"I was surprised when I saw you! Seeing how enjoyable you lying there, I wanted to join you too." Gila kantoi aku tipu dia. Hemhh,

That's when I know that, she... figured me out. Somehow, I just get that feeling.

"Takpe ke, with the pyjamas..?" Aku tanya, sambil dia duduk, sandar dekat sebelah aku.
"Oh, takpe, I really, really, wanted to do things like this lagi pun.." Aku diam. A-w-k-w-a-a-a-a-a-a-r-d.
"Y'know, it happen since the day you came at my house. I just wanted to do things like this, this, random things, but I lacked courage, lagipun I'm a girl. Seeing you, how you're so brave, being a boy, panjat pokok tu, and, and, somehow I have this kinda courage to do that, to do what I wanted." Panjang lebar. Aku, tak mampu bagi reaksi. Langsung.
"And since then, I always looking forward meeting you, and having this opportunity to come here, I said yes without hesitation, eventhough kita pernah meet once je Irfan" Lagi terdiam aku. Rasa, gembira? Rasa, dihargai.

Aku tersengih, macam kerang busuk. Aku tengok dia, senyum. Lalu aku senyum. Dan di bawah limpahan cahaya bulan tu, senyuman paling menawan aku pernah lihat dalam hidup aku.

3 comments:

Nur said...

guess sebab tu ramai jugak suka irfan, now. /wink

and ohh, kata awal-awal tu tade bulan? PHAIL.

saiful aizat said...

bulan terlindung, and plus, dia keluar sebab bintang? and, he was surprised? kan? LOL

mE said...

Waah bestnye!

And yeah Irfan is just so likable x)