Aku pun tak tau, samada aku tengah tengok tv, atau tv tu tengah tgk aku. Fikiran aku melayang, hati aku panas. Jam menunjukkan pukul 12:30, dan aku masih terpinga-pinga. Bibik ade ke tak memang aku tak peduli dah. Masakan atas meja tu dah sejuk. Dalam kepala aku, satu je lagi penyelesaian yang ada.
Ahmad Saiful Ummar. Papa.
Ahmad Saiful Ummar. Papa.
Dia sememangnya tahu. Dia sememangnya tahu ke? At least, dia perlu tahu. Perlu ke? Dia patut tahu. Papa patut tahu. Aku genggam tangan aku. Kertas yang aku pegang di tangan itu juga turut ronyok, macam hati aku. Papa lah the missing piece of the puzzle. Aku yakin betul yang Papa akan lengkapkan teka teki ni, samada dia akan membantu menyelesaikan semua, atau membantu aku sikit demi sedikit, atau.. Papa akan menyimpul lagi ikatan tali ni.. membuat semua makin rumit.
Kedengaran pintu pagar dibuka, disusuli bunyi kereta Alfa Romeo mula memasuki pekarangan rumah. Aku tersentak, seraya menyiapkan diri aku dengan seribu satu kemungkinan. Patut ke aku buat macam takde ape ape? Pergi sambut kat pintu? Adakah tu nampak macam takde ape? Atau tunggu je? Atau terus serang je? Terjah?
Aku buat keputusan untuk tunggu. Di depan pintu.
“Ha, Fan. Buat apa tercegat kat sini? Awat tak tidoq lagi?”
“Papa, apa yang dah jadi?” Straight je aku terus tanya. Dekat 6 jam aku peram dalam hati aku soalan tu. Aku nak tau, apa sebenarnya yang jadi.
“Mana depa?”
“Elainey dah balik rumah dia”
“Tau” Ha? Habis depa tu merujuk dekat sapa?
“Shira dah pegi.”
“Oh..”
“Ha? Shira pi mana Papa?” Aku tak berpuas hati dengan “Oh” je. Apesal “Oh” je? Mesti ada penjelasan yang adil, yang menjawab semua persoalan aku.
“Paseipa ni?” Dia mengerutkan dahi, tak faham dengan perangai anak lelakinya itu.
“Entah, ni yang Irfan nak tau sangat” Geram. Geram dengan tingkah laku Papa.
“Haih, Papa tak tau, Irfan. Papa lagi la tak tau..” Irfan terdiam. Buntu.
*****
Perlahan aku menghempaskan badan aku atas katil. Besok Isnin. Belum Isnin aku dah dapat Moday Blues. Makin aku cuba menghadam, makin aku cuba fahamkan apa yang tengah terjadi, makin pening aku. Makin complicated. Papa, riak muka papa menceritakan yang dia pun buntu, macam aku. Faham sangat aku dengan Papa. Faham yang teramat. Kalau dia tahu, dia takkan berselindung. Kalau dia faham, dia akan menerangkan. Serupa dengan keadaan Mama waktu dahulu. Walau aku kecil, tiada “Mama pergi jauh nak” atau “Mama akan sihat dan semua akan kembali menjadi macam dahulu”. Takde.
Yang ada cuma senyuman, dengan nada suara yang perlahan tetapi tegas, “Bersabarlah, Mama sudah meninggal dunia. Tabahlah Irfan.”
Kejam. Bagi tunas berusia setahun jagung, berumur 5 tahun, itu.. kejam. Dia perlukan kata-kata penyedap hati, penyedap halwa telinga, yang dia dapat cuma the hard truth of life, coldly, from his own dad.
Dengan mainan memori silam berputar, aku entah bila terlelap.
Yang ada cuma senyuman, dengan nada suara yang perlahan tetapi tegas, “Bersabarlah, Mama sudah meninggal dunia. Tabahlah Irfan.”
Kejam. Bagi tunas berusia setahun jagung, berumur 5 tahun, itu.. kejam. Dia perlukan kata-kata penyedap hati, penyedap halwa telinga, yang dia dapat cuma the hard truth of life, coldly, from his own dad.
Dengan mainan memori silam berputar, aku entah bila terlelap.
1 comment:
chappie yg x byk progress orz
Post a Comment