Thursday, August 11, 2005

bullet through a flock of doves #1

4 -5 hari ni aku rasa gembira sangat. Ye.. Finally aku boleh accept the fact that I actually enjoy this, having this much fun around me, rumah bising, aku tak bosan duduk rumah ni. Aku tak pernah impikan benda macam ni, sebab aku takde reason, tak pernah terfikir yang rumah aku ni kosong.

Sejak 2 orang ni datang, rumah ni bernyawa. Ada orang bukak pintu pagar, ada orang keluar pagar, ada orang duduk lepak depan air terjun, ada orang sepak-sepak bola, ada minah evil datang ambil bola tu pastu campak keluar pagar, lepastu ada orang kena tinggal kat luar pagar sebab dia baling bola tu luar pagar. Ada yang tengah baca buku tepi kolam air terjun tu terkena bola yang ditendang oleh orang yang kena kurung kat luar pagar tu, sampai termasuk kolam. Ada terdengar suara-suara sumbang menyanyi dalam bilik air, lepastu ada pulak jeritan amukan orang yang dah tunggu 30 minit nak mandi tapi tak sudah-sudah lagi.

Ada yang curi-curi panjat bumbung pukul 2-3 pagi, dan ada yang mengikutnya.

Meriah, gila! Aku naik pening kepala melayan kerenah diorang. Tapi hari ahad tu, hari last cuti. Tak macam summer holiday dekat luaq negara, kita sekejap je cuti ni. Jadi Elainey kembali ke sekolah asal dia. Sugul je muka dia. Yolah, kawan baik dia ada kat sini.

"Nevermind, nanti cuti ada.. You datang la eh?" Shira cuba pujuk. Haha, such a rare sight. Serentak Elainey mengangguk, nampak macam semangat dah datang balik.

Gila cepat.

"Em! Tak lama pun, sekejap jeee dah start cuti kan?" Lebar senyuman dia. Dari belakang Shira, aku boleh nampak pandangan mata dia kadang-kadang ditujukan dekat aku. Lantas aku tersengih kembali.

"Yep. 2 months takde lah lama sangat" Eleh, japgi dia yang complain lama lah, ape lah. Aku boleh gerenti.

"Eh? Lama lah tu." Huhhh? Aku dengan Shira pelik.

"Friday evening nanti I datang la balik.. And later Sunday evening I'll go back again, I promise every weekend I'll come to sleep here," ..Waw. Gila lah minah ni. Sanggup ke?

"That is, kalau Irfan bagi la.." Sambil senyum arah aku. Shira secara otomatis memusingkan badan ke arah aku lalu mengenggam leher baju aku.

"Say yes."

YES. Takde bantahan. Woi kalau kau tak paksa pun aku tak halang lah. Lagi aku nak adalah. Elainey tersenyum, tapi nampak pahit senyum dia tu. Tapi, apa boleh buat. Aku bukannya boleh tolong extendkan cuti ni. Ahhhhh, nyesal aku mintak cuti ni habis cepat! Aku tak pernah terfikir aku akan cakap camni, tapi takpe, at least Shira still ada. Brat camne pun dia, aku tau deeeeeeeeeep inside her heart dia baik. Dan dia jujur. Cuma dia brat.

**

Senja tu, lepas Elainey pulang ke rumah besau dia, aku lepak kat luar. Atas buaian. Sambil-sambil tu aku baring. Tak selesa, duduk balik. Terdengar handphone sape tah bunyi. Sape lagi, Shira le. Sape je lagi kat rumah ni, dah Elainey dah balik.

"But, but--"

Kemudian diikuti bunyi tapak kaki berlari menaiki tangga. Aku hairan. Yelah, ape pasal? Gedegang! Whuish. Marah beno minah ni. Apesal. Tapi pintu rumah aku jugak jadi mangsa.

"Eh rosaklah pintu bilik-bilik rumah ni!" Selamba aku sound dia bila dia bukak pintu depan. Sambil melangkah laju, seiring dengan laju pintu pagar terbuka.

"Eh you dengar tak ni?!" Makin tinggi suara aku. Pantang betul aku cakap orang buat dono. Aku tunggu reaksi Shira. Dia punya explaination. Dia punya denial. Apa-apa saje.

Sraaak. Beg galas yang dipegang sebentar tadi dilepaskannya. Oh shit, aku marah sangat ke tadi? Aku patut kontrol marah aku! Mampus aku, dari gaya dia ni, moody sikit ni, kene sound ke ape ke, paling selamat aku boleh gerenti kene lempang je, paling teruk ni.. lunyai aku kena belasah dengan perempuan ni.

Dia berlari anak mendekati aku. Ah mampos.



Dan to my surprise;

"Sorry.." dia peluk aku. Erat, erat sangat. Aku tergamam. Badan dia bergetar. Dia kemudiannya teresak-esak. Aku tanya, dan tanya, dan tanya, dan setiap pertanyaan aku hanya disambut dengan suara tangisan Shira.

Kedengaran bunyi hon kereta Volvo yang aku pernah nampak. Ah, aunty dalam tu. Tersenyum pahit tengok kami. Aku makin hairan. Apa ni? Apa yang tengah terjadi ni.

Aku terus terpaku selepas Shira melangkah perlahan lalu mengambil beg galasnya. Walaupun hati aku menjerit, memekik mekik menyuruh aku pergi tanya, pergi halang, pergi buat sesuatu, tapi aku tak buat. Tanpa menoleh ke arah aku, dia tutup pintu, dan kereta Volvo itu memacu hilang dari pandangan mata aku.

And I don't see them coming back ever again.

bullet through a flock of doves #2

Aku pun tak tau, samada aku tengah tengok tv, atau tv tu tengah tgk aku. Fikiran aku melayang, hati aku panas. Jam menunjukkan pukul 12:30, dan aku masih terpinga-pinga. Bibik ade ke tak memang aku tak peduli dah. Masakan atas meja tu dah sejuk. Dalam kepala aku, satu je lagi penyelesaian yang ada.

Ahmad Saiful Ummar. Papa.

Dia sememangnya tahu. Dia sememangnya tahu ke? At least, dia perlu tahu. Perlu ke? Dia patut tahu. Papa patut tahu. Aku genggam tangan aku. Kertas yang aku pegang di tangan itu juga turut ronyok, macam hati aku. Papa lah the missing piece of the puzzle. Aku yakin betul yang Papa akan lengkapkan teka teki ni, samada dia akan membantu menyelesaikan semua, atau membantu aku sikit demi sedikit, atau.. Papa akan menyimpul lagi ikatan tali ni.. membuat semua makin rumit.

Kedengaran pintu pagar dibuka, disusuli bunyi kereta Alfa Romeo mula memasuki pekarangan rumah. Aku tersentak, seraya menyiapkan diri aku dengan seribu satu kemungkinan. Patut ke aku buat macam takde ape ape? Pergi sambut kat pintu? Adakah tu nampak macam takde ape? Atau tunggu je? Atau terus serang je? Terjah?

Aku buat keputusan untuk tunggu. Di depan pintu.

“Ha, Fan. Buat apa tercegat kat sini? Awat tak tidoq lagi?”
“Papa, apa yang dah jadi?” Straight je aku terus tanya. Dekat 6 jam aku peram dalam hati aku soalan tu. Aku nak tau, apa sebenarnya yang jadi.
“Mana depa?”
“Elainey dah balik rumah dia”
“Tau” Ha? Habis depa tu merujuk dekat sapa?
“Shira dah pegi.”
“Oh..”
“Ha? Shira pi mana Papa?” Aku tak berpuas hati dengan “Oh” je. Apesal “Oh” je? Mesti ada penjelasan yang adil, yang menjawab semua persoalan aku.
“Paseipa ni?” Dia mengerutkan dahi, tak faham dengan perangai anak lelakinya itu.
“Entah, ni yang Irfan nak tau sangat” Geram. Geram dengan tingkah laku Papa.
“Haih, Papa tak tau, Irfan. Papa lagi la tak tau..” Irfan terdiam. Buntu.
*****
Perlahan aku menghempaskan badan aku atas katil. Besok Isnin. Belum Isnin aku dah dapat Moday Blues. Makin aku cuba menghadam, makin aku cuba fahamkan apa yang tengah terjadi, makin pening aku. Makin complicated. Papa, riak muka papa menceritakan yang dia pun buntu, macam aku. Faham sangat aku dengan Papa. Faham yang teramat. Kalau dia tahu, dia takkan berselindung. Kalau dia faham, dia akan menerangkan. Serupa dengan keadaan Mama waktu dahulu. Walau aku kecil, tiada “Mama pergi jauh nak” atau “Mama akan sihat dan semua akan kembali menjadi macam dahulu”. Takde.

Yang ada cuma senyuman, dengan nada suara yang perlahan tetapi tegas, “Bersabarlah, Mama sudah meninggal dunia. Tabahlah Irfan.”

Kejam. Bagi tunas berusia setahun jagung, berumur 5 tahun, itu.. kejam. Dia perlukan kata-kata penyedap hati, penyedap halwa telinga, yang dia dapat cuma the hard truth of life, coldly, from his own dad.

Dengan mainan memori silam berputar, aku entah bila terlelap.

bullet through a flock of doves #3


Irfan,
I’m sorry, I’m very, very sorry. I know this is too sudden, but I have to go. I have soo many things I wanted to share with you, to talk to you about, but I don’t know that this will happen. I hope I can explain to you sometimes later. And can you please take care of Papa for me? Hope you’ll take care of him. Say sorry for me to him. I owe him a lot. He’s a great dad, you’re lucky to even have one. Appreciate him.

These few days, was the best ever thing happened to me. I really, really hope that this won’t end. I hope you, me, E can live like that, forever.

If we see each other again, I wanted to confess something to you.

One last thing, can you do me a favor?

Please remember me.


Love, Shahira McKenzie Binti Ahmad Saiful Ummar

bullet through a flock of doves #4

Irfan, mane Shira pergi?

“Entah.”

"Aku tak tau la weyh"

“Entah.”

"No idea"

"Ek eleh kau ingat aku bapak dia ke hape?"

"Sorry ah, nanti aku pass surat ni kat dia."

"Tak tau ah"

"Dia pegi mane pun aku tak tau, sori!"

Entah.
ENTAH.

Dah 3 hari tak datang kelas. Semua tertanya-tanya. Malah cikgu-cikgu pun. Dia kan anak emas kelas ni. Sejak masuk haritu, semua orang suka dia. Cikgu suka dia, budak perempuan suka dia, budak lelaki jangan cerita ah. Halim lagilah!

Tapi entah.

Itu je ape yang aku mampu jawab. Entah. Aku dah mula malas nak layan. Mula malas nak fikir. Panjang-panjang. Leceh. Bukan aku dapat jawab pun. Pegi mams lah apa-apa yang nak jadi. Aku dah bosan fikir.

Waktu rehat pagi tu, aku ternampak satu figure yang nampak familiar. Perempuan tu, eh takkan lah.

Takkan lah.

Hati aku berbisik. Tapi langkah aku mula terbuka. Kaki aku, badan aku, mula mengaturkan cara untuk mengejar. Semakin aku mendekati, semakin yakin aku. Kira-kira 20 kaki lagi,

Kaki aku terhenti. Langkah aku mati.

Aku terpaku.

Nanti. Dia cakap, dia nak bagitau macam-macam kat aku. Kalau dia betul-betul nak bagitau, kenapa tak datang cari aku?

Kenapa kena datang sembunyi-sembunyi? Kenapa tak datang cari aku?

*****

Pendek je nota aku tinggal atas meja. "Papa, Irfan pergi keluar rumah kawan jap." Harap-harap dia termakan lah umpan tu.

Aku dah plan baik punya.

Pukul 4 petang aku dah di Damansara. Berbekalkan semangat yang aku ada serta basikal yang aku pinjam ni, aku nak setelkan benda ni hari ni jugak. Ramai orang puji semangat berlebihan aku ni. Sentiasa buat benda yang aku rasa aku kena setelkan time tu jugak.

Petang yang belum lewat tu aku redah senang, sebab tak ramai orang menggunakan jalan itu lagi. Kalau petang sikit lagi,yelah, confirm-confirm jam. Heh. Takde hal punye lah. Aku dah plan siap-siap dah. Kereta memang sikit, jadi aku sampai ke Bukit Damansara lebih kurang pukul 4.50 petang.

Kalau dah dia sendiri tak datang cari aku, kalau Papa pun tak tau apa-apa, kalau sekolah pun tak tahu menahu pasal dia, at least ini lah satu-satunya kunci yang tinggal.

Ding Dong!

Pintu rumah di kuak.

Dam!

Ditutup kembali. What the.

Ding Dong!

SKREEEKK.

"Sorry but we're not Malaysian, so we don't know how to help you mister"

"Hey open up!"

"Wir sprechen kein Englisch." Interkom tu berbunyi lagi.

..Melampau.

"Elaineeeeeeyyyyyy"

"Ooooh Irfan!" Aku terdengar suara dari interkom tu.

"Eih tepi, jahat la, that, is Irfan,jangan halau dia!" Uhh.

Kriukk. Nampak kepala Elainey. Dia tersenyum. Di belakang ada seorang pakcik terpacak. Mata dia tepat ke arah aku. Mata yang mengancam.

bullet through a flock of doves #5

Sandal bewarna biru gelap itu ditanggalkan perlahan. Strap dia perlahan di tarik. Sambil tertunduk aku curi-curi pandang ke hadapan. Sepasang kaki terpacak menunggu, disaluti kain skirt panjang bewarna peach cerah tu, aku tersenyum, lalu kembali tertunduk membuka sandal sebelah lagi. Ahh, tak pernah rasa puas lihat perempuan ni. Kena, skirt panjang tu dengan dia. Lawa sangat. Tak boleh jadi ni. Perlahan dia mengangkat kepala, kembali mencuri peluang. Yik? Seluar hitam? Bingkas kepala serta merta terangkat ke hadapan, tak sempat bersuara,

"Hai, lambat betul bukak sandal tu eh." Suara garau tu kena dengan pandangan kejamnya melihat aku. Mak datukkkk, ape kes pakcik ni?

"Err, ha- tadi- tu- haha- hahahaha- hahahahahahaha" Memang aku tak tau nak cakap apa. Serius.

"Ape yang lawak sangat ni ha?" Tepat ke arah aku. Bulat bijik mata dia, hitam ke-hijauan. Ahhh, sudah. Mampos aku!

"Er, eh Elainey mana pakcik?"

Serta-merta dia kilaskan kepala dia ke kiri kanan, mencari. Pergh mamat ni robot ke apa? Dah macam terminator ni. Aku pusing ke kiri, kanan jugak, mencari. Tadi, ada je depan aku ni. Pastu mamat ni ntah mane datang tetibe hilang Elainey ni. Kacau daun betul la. Ape isu mamat ni? Sapa dia? Hmh.

"Nah!" Huh? Suara dari dalam. Well of course lah dia kat dalam.. Aduhai.. Aku perasan ekspresi muka pakcik ni pun macam tu jugak. Apehal?

"Apa ni?"

"Slurpee. Bought it just now." Sambil tersenyum.

"Eh tapi cik jugak yang suruh saya beli tadi, cakap dahaga." Si figura tinggi tu bersuara.

"Hidang lah dekat tetamu, takkan taknak hidang kot.."

"Tapi cik, saya boleh suruh buatkan air je.. Cik simpan balik jela Slurpee tu.."

"Er takpe lah, lagipun saya tak lama ni.. sekejap je kot.. " Celah aku sambil tersengih. Isk rasa bersalah pulak. Datang tetiba, tak berkhabar apa, lepas tu menyusahkan pulak.

"Ha..? You.. taknak? And sekejap je?"

"Ha'ah.. Sorry for troubling you.."

"Hm, masuk la dulu kalau macam tu"

"Eh tak tak, nak cakap kejap je"

"No, I insist." Tegas dalam lembut suara dia.

"Eh tak, lagipun dah pukul 5.30 dah.. "

"Kenapa, you nak pergi somewhere ke lepas ni?" Errrr.

"Tak.. lagipun malam ni papa ada meet--" Whops.

"..."

"..." Awwwwwkwaarrdd.

"Pak Su, tutup gate tu."

NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.

*****

"Ni, Pak Su." Pak Su? As in Pak Usu? Jadi jaga dekat rumah ni?

"Pak Su ni driver rumah ni. Kakak Jah ada dekat dapur. Diorang pasangan suami isteri. Kalau nak tau, Pak Su ni dulu askaarrr." Oh, that explains.

"Erm, Elain-"

"Ah I forgot! Alang-alang you're here I have something to tell you." Hah? Ape ni? Saspen sasspeeenn.

"Datang my house pukul 6.30 petang, Friday, 3rd of June."

"Oh.. Ada birthday party ke?"

"Tak, datang jela nanti.." Senyum. Lagi. ARRGHH. Seksa aku macam ni.

"Tapi, I'm afraid I'll have tution later.. so I don't know lah. Hm.. 1st hari apa eh?"

"Jumaat kot.. "

"Tapi Jumaat minggu depan nanti ada eksperimen sain--- " Kata-kata ku termati. Something wrong. Harini berapa haribulan?

"..Cik, harini la 3 haribulan Enam.. "

Aku dengan Elainey tergamam. Perlahan mengalihkan kepala ke arah Pak Su.

"Ehhhh Betullaaaaa!" Serentak terjerit kami berdua. Pak Su dah geleng-geleng kepala dah. Aku dah bantai gelak. Sumpah bodoh. Ikutkan hati nak je aku guling-guling atas karpet mahal yang aku tengah pijak ni.

"Oh btw I want to ask you something.."

"Yea of course, sbb tu lah you datang kan?"

"Ha'ah." Riak muka kami berubah. Kini serious.

"Macam ni, last weekend, after you pergi balik, somethi---KRIINGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!

Bunyi bingit tu mematikan ayat aku. Bingkas perempuan tu bangkit, dan mengekornya dibelakang, Pak Su, setia.

bullet through a flock of doves #6

"Irfan, fast! Pergi masuk dalam kitchen!" Tegas, suara Elainey
Hah? Apehal pulak ni?
"Just, go, I'll explain to you later," Bila dia senyum macam tu, aku tahu, dia serious. Dan bila seorang perempuan yang lemah lembut serious, aku tahu, benda tu, serious.
"Ikut sini," Pak Su lead the way. Aku menurut je, lagipun aku dekat rumah orang.

Tak berlari anak, cuma fast walk, kami melintasi tangga kayu yang besar ke tingkat dua, kemudian ke ruang tamu sebentar tadi, dan akhirnya tiba ke destinasi.

Dan dekat kerusi kayu meja makan aku duduk, bersandar. Pening kepala, penat mengayuh pun tak hilang lagi. Kadang-kadang aku mengangkat kepala mencari jam, dan bila biji mata aku terlihat Pak Su, serta merta aku tertunduk kembali.

Aku hilang dalam arus masa. Entah berapa lama aku duduk di situ.

TING!

Bunyi dari dapur bertentangan dengan kerusi yang aku sedang duduk ni, bersebelahan dengan Pak Su. Bunyi tu langsung dihiraukan oleh dia, dan aku tak berniat langsung nak mengetahui punca sebenar bunyi tadi, walaupun hati aku macam kena siat-siat, tapi aku tahu;
curiosity kills the cat. Lagi lagi dengan seorang ex-army yang sedang memerhatikan aku.

"Ya Allah apa korang ni, tak dengar ke?" Ternampak seorang wanita gempal dalam usia 40 an menghampiri dapur, aku hanya membatukan diri.

"Awak ni, kalau dah bunyi beghape banyak kali saya dah bagitau, inform me!" Dia membebel sambil si drebar yang berdiri bagai soldadu tertunduk, mencari ayat.

"Tak, saya cuma-" Masih tertunduk. Hilang langsung intimidasi dia.
"Cuma apa? Hish dia ni.. Adik, adik tolong pass glove dekat atas meja tu?"

Aku mengambil glove bunga yang pudar atas meja tu, sambil masih membisukan diri.

Takut.

"Elainey ni pegi mana pulak.." Wanita yang aku assume sebagai Kak Jah tu mula menarik isi perut dapur tadi. Serta-merta hidung aku menangkap bau, ehm, wangi!

"Hehe, wangi kan?" Kak Jah senyum tengok aku yang tengah enjoy bau tu. Baru aku nak membuka kunci mulut ni aku terdengar suara,

"Eh Kak Jah! Nasib baik Kak Jah buatkan cupcakes ni.." Aku menoleh, ternampak si tuan suara lembut tu, Elainey melangkah laju.

"Itu lah cik, nasib baik cik dah beritahu awal-awal dekat saya, nasib saya tak terlupa cik.." Lembut nadanya, tetapi tak boleh menghalang kekuatan suara tu dari menggemakan dapur tersebut. Aku kembali mengunci mulut.

"Irfan, come help me, kita bawak pegi ruang tamu okay?"
"Baik.." Perlahan aku menjawab. Respon pertama aku sejak 10 minit aku kira.

"Happy birthday to you~ Happy birthday to you~" Oh, birthday rupanya.. Sambil aku mengekor cik Elainey ke ruang tamu, kaki aku masih perlahan melangkah, aku cuba membuka mulut, turut serta meraikan entah siapa punya harijadi ni.

"Happy birthday to Shahira McKenzie~ Happy birthday to you~!" Aku terkesima kejap. Syira?

Dan bila aku memasuki ruang tamu tu, aku ternampak Syira, duduk, raut muka dia berubah.

Kaki aku berhenti melangkah. Dia langsung berdiri.

bullet through a flock of doves #7

Belum sempat aku bukak mulut, aku nampak dia dah berpaling, serta-merta aku dapat agak apa dia akan buat.

Dia akan lari. Dia akan bukak langkah dan berlari ke arah pintu besar tu.

And so she did. Kali ni aku berani membuka langkah, mengejar. Elainey yang masih terpinga-pinga tu berdiri, tegak. Ekor mata aku melihat sekilas muka Elainey, tangan aku masih membawa dulang berisi cupcakes, kaki aku mula melangkah luas, hati aku mula membara, panas.

Marah, mungkin.

Dan kali ni aku bertuah, sebab aku tau aku dapat membaca apa dia akan buat, jadi aku sempat ke pintu besar tu terlebih dahulu, dan berpusing ke arah dia yang semakin perlahan menghampiri destinasi. Let see, mana aku nak start dulu eh? Kenapa, apa jadi, kenapa dia macam ni, apa jadi haritu. Mana satu? Aku lihat dia masih tertunduk. Dia berhenti melangkah, masih tertunduk. Lama kami begitu, Elainey masih melihat ke arah kami, aku masih melihat dia yang, masih tertunduk.

Aku, senyum.

"Awwww Syira menangis la Elaineeyyy!" Elainey mendongak ke arah kami, aku masih melihat ke arah Syira.
"Eh why why whyy"
"I don't know maybe dia terharu sangat kot, I guess the surprise really turns out well kan Elainey?"
"Hehe yeke?"

Syira mendongak, air mata masih bertakung di kelopak mata, aku tersengih. Macam kerang busuk.

"Awww you terharu ke I datang jauh gila semata-mata nak celebrate your birthday?" Dia masih begitu, mulut terkunci. Terkesima? Takpe, aku ada ubat untuk orang yang terkesima.

"Tengok tu sampai this one loud chatterbox pun boleh terdiam, power betul impact surprise ni Elainey!" Sambil tangan aku mencubit pipi kanan dia, lalu seraya mata kanan dia tertutup, menahan sakit.

"Eh hold on jap jap jap" Elainey mendekati lalu,

SNAP!

Terang betul kilauan cahaya tu, hampir aku terjatuhkan kek cawan-kek cawan ni. Dah la sebelah tangan pulak tu aku pegang! At least bagi lah warning dulu ke, 1,2,3 cheese ke.. ini pakai sebat je keluar flash.

Nasib aku power.

"Elaineyyy how could you do this to meeeee" Syira struggle nak lepaskan diri dari cubitan maut tangan aku. Aku masih biarkan melekat dekat situ. Biar puas hati aku, biar padan muka kau.
"Irfan let meee gooooo--" Aku lepas, lalu dia terjatuh- terduduk.

SNAP!

Kahkahkahkahkahkah! Aku bantai gelak puas-puas. Nice timing, Elainey!

"You evil! Kejam!" Dia masih terduduk, melihat kami - aku dan Elainey, masih terkekek kekek gelakkan dia.
"Eh evil pulak, tadi suruh let go.." Elainey mencelah. Aku dah nak bantai gelak dah. Dah dah sakit perut aku.

"Jom, we go to the living room?" Elainey mengambil cupcakes dari tangan kanan aku lalu terus ke arah ruang tamu.

Aku menghulurkan tangan kanan aku,

Tak semena-mena, Syira melompat ke arah aku, memeluk aku.

Thanks, fan.. Perlahan aku dengar bisikan dia. Aku menoleh ke arah Elainey, dia masih berjalan ke arah meja kopi di ruang tamu itu.