Thursday, August 11, 2005

slurpee #3

*brrrrrrrrrrrr* *brrrrrrrrrrrrr*

Handphone Samsung dia vibrate. Langsung tersedar dari lena pagi dia itu. Perlahan di slide handphone T709 hitam itu.

Shira!

"E!"
"Yes hun?"
"I, am, so happy!"
"Me too!"
"Waw really? "
"totally! so whatsup?"
"i'm doing okaaayyy. E, tell meeee. y are u so happy E?"
"U tell me 1st!"
"whyyyy?"
"cause I askd whatsup just now?"
"2 long 2 type."
"so u r THAT lazy huh."
"well of course, it's holiday! so tell me E!"
"i'm very happy that u msgd me"
"awwww. hey u really want to noe wht happnd?"
"of course! :'("
"then.."

*********

Dia tersenyum. Pagi tu miskipun dia baru sedar dari mimpi, dia rasa sungguh segar. Di tambah dengan idea Shira. Dia, bertambah gembira.

Senyum, dia mula mendail nombor telefon kedua ibu bapanya.

slurpee & sunset #3

knock knock.
knock knock.

knock, knock knock knock knock, knock knock! Berirama pulak. Apa bala ni.

DUM DAM DUM!

Urghhhh, amende bunyi bising bising ni. Aku pantang betul tido aku kene kacau. Lagi lagi waktu cuti. Ape lagi ya Allah! Bagilah aku tido puas puas, cuti lah time orang tido! Dah nama cuti, meaning time untuk bersuka ria, berehat sampai bosan! Ini tidak, awal-awal bagi kerja sekolah bertimbun timbun. Tak siap ngamok, kena denda berdiri atas kerusi, duduk luar kelas bagai.

That said, kerja aku dah siap first day lagi. Heh.

So, ini yang buat aku tensyen. Pepagi buta, dah bunyi bising. Aku ambik bantal yang memang best dengan air liur basi aku ni, tangkup atas kepala. Fedap.

Fuh, lega.

*brrrrr* *brrrrr*
"I'm the son of rage and love- The Jesus of Suburbia, from the bible of, none of the ab---"
*click*

"Heeelllloooorrghhhh."
"Ha Irfan, takkan tidoq lagi? Bangun! Kerja tidoq ja."
"Hah papa? Er Irfan dah bangun lahh. "
"Papa call rumah bibik cakap Shira cakap Irfan tengah tidoq lagi."
"Manada, er tengah buat kerja tadi, homework."
"Cakap homework dah siap! Dah, pi turun, tolong bawah sama. Papa ada meeting ni. Tengah hari rambang pun tidoq lagi" Er, kantoi.
"Ya, ya.."

..7 pagi tengah hari apa? Sial.

Ish, kacau betul lah Shira ni. Awal pulak bangun. Memang sepoil habis hari ni. Pagi pagi dah kena sound, habis semua rejeki aku. Tsk.

Turun turun je aku pegi dapur, confirm cari breakfast. Bibik ni buat apa lah pagi ni. Dengan berboxer dengan jersey futsal sekolah aku turun. Ah Shira ada pun takpe, biar. She's part of the family pun anyway.

Nampak ada newspaper. Hoh, baguih. Ada susu, dengan scramble egg. Ada 5 pinggan, satu je yang tak di sentuh lagi. Hm, Shira, Papa, Aunty. Sapa lagi sorang? Bibik?

"Bibikkkkk? Bibik dah makan??"
"Oh dikkk, makan la dulu, ni bibik mau siram pokoknya dulu" Terdengar suara dari porch, lalu aku cari mana bibik.

Terpandang satu lembaga duduk atas seti kayu dekat ruang tamu.

Gulp. Takkan lah. Aku tergamam, terkesima.

Satu lembaga yang memerhatikan gelagat aku dari tadi, membatukan diri.
Nik Elainey?

"Ahhh- Elainey???" Separuh menjerit jugak aku. Mane datang la sial dia ni, tak dengar apa pun!
"Er hai.. Sorry kacau pagi-pagi macam ni"
"Eh eh tak lah, cuma it's out of nowhere kan.."
"Plus, pagi apa, dah pkul 7 dah kan?" Aku cuba be nice. Manada orang tegur tetamu macam aku, macam sergah dia ada lah!
"Eleh, bangun awal lah konon, tengok lah you pakai apa" Terdengar suara dari belakang aku, suara Shira. Lalu aku menganalisa diri aku.

Shit.

"Err, er, bibik nanti ye saya makan, nak mandi kejap k bibik!!"
"Ye lah adik, nanti sudah habis makan bagitau ye"

Laju je aku meluru ke atas.

BAPAK SEGAN LA SIAL!!!



slurpee & sunset #4

"Weh Shira!"
"Ape?"
"Asal minah tu ade kat ruang tamu?"
"Oh, dia cuti. So I ask her to sleep here. I'm bored, I have no friend."
"What? Dekat sekolah tu bukan main ramai lagi member?"
"Friend, bukan kenalan. Moron." Sambil berlalu pergi.

Shit mang. Apahal ni? Let me recap what happened recently. 1st day of cuti, Jumaat tu, aku balik sekolah, rehat, siapkan semua, SEMUA kerja sekolah.

On Saturday night, went for dinner with papa, only to know that I (will) have another sibling and a new mom.

On Sunday morning, Elainey came at my house.

This, is, TOO FREAKING FAST. I can't believe the pace of this shits. Wait, why would she invite Elaine come at my house? It's MY HOUSE. Not hers! God, I can't believe that I felt agitated because of this. Why I'm behaving like this. Relaks Irfan. Chill. Take a deeeeeeeep breath.

Huhhhhhhhhhh.

"Ni, what are you doing, weirdo?"
"WHAT THE F!@#$@%!" Melatah aku, woit! Sialan! Aku baru lepas relaks.
"Nevermind, E, this is our room. It's a bit small compare to your house, but it's comfy. Letak lah beg tu"
"Eh kenapa cakap macam tu Shira! Tak baik lah. I'd prefer a smaller room anytime. My room is too big. I felt uncomfortable."

Gile. Bilik besar pun jadi masalah. Macam macam. Nampak dia beralih ke arah aku dan senyum. Aku pun, senyum la balik. Of course lah. Senyum-senyum macam orang bodoh, siyes. Bila Shira masuk, dia bisik dekat telinga aku,

"I'm sorry, menyemak dekat sini, I'll be going home this evening if this bother you"
"No no no nonononononononno no, noooo. It's fine, I'm fine, we're okayyy."
"And sorry, Shira memang macam tu, jangan ambil hati eh?"
"Tak lah, er Elaine,"
"E!" Shira panggil dari dalam.
"Yeah?"
"I'm sorry, we'll talk later mkay? Glad you're okay.." Bisik dia, sambil tersenyum. Bila berpaling, rambut lurus, panjang dia ikut sekali. Waw, gila terurus. Shit, if this goes on..

Oh, aku nak mandi tadi. LOL. Sial, terlupa lak.

*brrrrrr* *brrrrrrrr*
Mesej masuk. Huh sapa pulak. Jangan cakap Shira.. entah entah.. Elaine?

"Woi cibai!"
Sial. Dari Halim rupanya. SEPOIL. Isk.
"Asal cibai? Salam tak reti?"
"Ah kau jangan nak start ceramah lak."
"Aku lak ceramah? Hah nak apa babi?"
"Jom bola!"
"Peh, apehal tetibe ajak aku ni?"

Aku admit, aku tak reti sangat pun main bola. Aku tak leh dribble, seriyes ly. Aku perlukan ruang yang sangat luas, untuk control bola, dan distribute bola tu. Attribute yang selalu orang benci. Ya, cara permainan aku adalah antara Xabi Alonso, Carrick, Hargreaves, Nuri Sahin, Pirlo. Aku suka main kat tengah. Tapi selalu kena duduk tepi, right back atau left back, sebab aku boleh track back, atau deliver bola masuk kotak penalti.

Tapi, sekarang orang lebih hargai cara permainan ala Henry, atau Ronaldinho. Aku ni takde skill macam diorang. Harap vision aku je. Sebab tu aku peluang aku amat limited. Tapi takpe, member ajak main, nafsu aku untuk bola sentiasa ada. Takkan padam.

"Haikal suruh ajak, dia cakap bila lagi nak main reramai?"
"Hah yelah yelah. Kacau cuti aku jelah sial!"
"Ala rileks la brader, panjang lagi cuti la babi. "
"Yelah yelahhh. Nasib homework aku dah siap"
"Hah? Siap??"
"Ha'ah. Asal?"
"Kau.. Kena sampuk ape?"
"Woi aku siap salah, tak siap pun salah, cibai gile"
"Pegh macam skem lah ngkau skang!"
"Babi, apesal aku skem lak? Siap kerja boleh aku rehat sampai habis cuti, bukan ikut hasutan setan macam kau!"
"Babi aku lak kena setan! Kau je setan merah sejati!
"Dari kau, Asengal!"
"Ah kau ingat invisible tak lama dulu? Hahah! "
"Tunggu ah, lepas ni turn ktorang lak!"
"Dah dah, meh turun padang, now or neber! Ktorang kat padang dah ni"
*click*

"Bibikkkk saya keluar sekejap ehhhh! Nak main bola!"
"Hah ye ke? Adik mau siapkan airnya?"
"Takpe takpe, dah lambat. Saya nak cepat" Aku pakai sentap je baju Manchester United aku, season 2003 lepas. Walaupun besau, tapi takpe. Aku suka baju ni. Laju je aku ambik kasut bola Tiempo putih aku. Gile sexcited aku!
"Irfan, where are you going?" Ah, Shira.
"Halim ajak main bola ni ha. Okay pegi dulu!" Aku kayuh basikal selaju lajunye. Gile lah. Aku, kalau bola memang takleh missed.

"Irfan pegi mane Shira?"
"Oh, he went for football. Boys."
"Eh, best ke bola tu?"
"Hm I don't know. Sama macam tennis I guess."
"Should be lah kan? "
"Yelah, reaction dia macam I ajak you for a tennis match E."
"Oh really? Jom, tengok?"
"Hah?"

Lepas sepak mula bermula je, aksi bermula. Aku start. Heheh. Bangga jap. Ada lawan budak Kg Sungai Bakau. Diorang ni, budak kampung. Power power belake. Shit. Aku main right back. Ah risau. Asal mamat no 7 ni pecut je, aku kene kejar. Dia pecut, memang naya lah aku, unless kalau jarak jauh.

Aih, mamat ni dapat bola lagi. 1 on 1 dengan aku. Kiri? Kanan? Kanan! Shit, dia flick ke kiri pulak. Kena tipu! Bam! Nasib ada Zul, defender tengah yang aku sayangi. Selalu kaver aku. Heh.

"Fan, betul2 lah!"
"Sorry sorry" Kan kene sound! Sial. Halim ni memang celaka. Mengajak ni sbab nak bagi aku nampak teruk ek apa la sial. Dia, tinggi. Boleh lah. Main striker. Tapi sebab rokok, dia cepat pancit. Shahrul terlepas bola, no 6 pass dekat no 7, lawan aku. Sekali lagi, dia ke kiri, kanan.

"Masuk je!" Ada suara dari belakang. Aku, makin sure. Kali ni, aku sure.

Zraaaap! Aku slide tackle, memang aim kaki dia. Jahat, memang ni lah tugas defender. Jahat. Prap! Dapat bola. Dia tergolek atas aku. Kaki aku still dekat bola. Lalu aku bangun, lari bawak bola. Nice, rileks, rileks, cari orang. Nampak Halim angkat tangan. Boleh ke aku early cross ni. Sure, boleh. Rileks. Bagi curve sikit, senang mamat tu nak tanduk.

Pom! Bola tu melencong sikit. Ikut trajektori yang aku nak. Dari separuh padang, aku berjaya direct bola tu ke arah aku nak, Halim. Di dadanya bola tu, control, aku tersenyum. Confirm.

GOALLLL! Satu tumbukan udara oleh aku. Semua teammate aku lari arah Halim. Nice, volley yang cukup cambest. Aku tersengih sorang sorang. Half time, aku kena subbed. Sedih, tapi aku dah brape kali halang mamat India tu. Tinggi lampai, macam galah. Siyes! 4 kali dia try, 4 kali jugak lah dia hilang bola tu. Waktu aku dah makin ada confident, aku teringat member aku lain.

Diorang nak main gak. Aku pun volunteer, guna isyarat tangan, aku mintak tukar orang.

Padang tu, sebelah kiri dipenuhi dengan deretan rumah. Sebelah belakang tu bukit, sambung ke arah kanan padang. Jadi, tempat ni macam stadium natural. Tapi tak banyak orang kat sini, walaupun kat tepi jalan. Susah masuk padang. Takpe, aku nak keluar lagi pun.

Aku pelan pelan panjat bukit tu. Penat seyh. Kaki ni sakit lagi, kena pijak dengan kaki mamat #7 tadi. Nasib aku mintak sub. Lalu aku duduk. Sambil tengok view, dengan match tu.

"You really should thank E"
"Hah?" Aku pusing belakang. Shira? Elaine?
"Yeah, out of the blue dia jerit. Malu gile tau tak?" Oh, Elaine ke tadi. Waw.
"Thanks, sangat." Dia senyum je.

Dan aku duduk, diorang join. Penat lah. Tapi sejuk. Rasa angin tiup, lega. Pagi tu, aku plan nak rileks, bermalas-malasan. Tapi macam-macam dugaan, aku dekat sini. Rasa gembira pulak. Memang, tuhan tahu apa yang terbaik. Aku kalih, tengok dua orang, tetamu rumah aku. Shira masih dengan mp3 dia, aku lihat Elaine, senyum. Perlahan, aku senyum.

slurpee & sunset #5

Macam biasa, setiap malam Ahad, aku akan layan Rick Dees weekly top 40, rancangan Hitz FM setiap malam Ahad. Mesti aku tak miss. Aku tau, it's a bit mainstream, I admit, I'm more into mainstream guy back then, tapi itu tak bermaksud aku dengar teen stuff. In fact, aku benci lagu teenager-er sampai sekarang. Sebab tu sampai sekarang aku takleh accept pop artis. Well most of them. LOL tapi tu,

Tak penting pun.

Malam tu macam biasa, aku baring, dengan ada satu lampu atas meja kecil kat hujung bilik, dengan radio Sanyo hifi yang dah rosak, aku repair sendiri, sebab benda tu ada dalam stor.

Sebut pasal stor, macam mana aku jumpa radio tu, aku selalu lepak dalam stor. Aku tak berkeupayaan nak buat ranch house macam dalam TV2 late night movie yang aku anggap cool (even now) di mana diorang ada hide out sendiri, secret base, a la Mt. Rainer yang menyimpan UFOs, atau area 51, atau gua batman. Secret hideout, you know. So aku lepak sorang-sorang dalam stor gelap tu, pastu pasang torchlight sampai habis battery, tekan-tekan laptop mainan, and perkemaskan 'base' aku. Di situ ada radio.

And radio tu tak guna dah. So aku repair, apa yang rosakknya bagi aku, kepala plug dia. So dari 2-pin plug, aku tuka 3 pin terus. Hasil kerja aku darjah 6, right after cuti sekolah start.

It turns out yang rosaknya aerial dia je. Ceh. Rasa bodoh sengal je.

So sambil tunggu aku lelap, aku mendengar countdown radio, satu demi satu, dengan iklan2 radio aku dah hafal cue dia. "Rick dees and the weekly top fortaaaaaayyyyy-- yeah!" It as lame as it can be, but it's catchy enough to make me remember it till now.

Dan malam tu. aku perasan angin tiup sepoi-sepoi gitu. Dengan bintang berselerakkan, aku tak tau pukul berapa jam waktu tu. Yang aku tau, bulan tak ada. Jadi macam biasa, aku akan;

Keluar tingkap, panjat bumbung. Lepak atas tu sampai penat.

Tapi untuk ke bumbung yang aku nak, iaitu bumbung dekat bahagian belakang, aku kena panjat ikut tingkap sebelah tepi, sebab tingkap sebelah belakang tak boleh bukak, grill dia fixed. Yang belah tepi macam pintu, boleh bukak. Just in case. Tapi, there's a trick here. Bumbung tepi ni tak sambung dengan bumbung belakang.

Meaning; aku perlu pusing all the way, ikut depan, ke tepi, lalu ke belakang.

Aku dah biasa buat, dan selalunya, Papa akan tidur mati, penat kerja. Advantage aku. Haha. So anyway, aku biasalah, jalan terjengket jengket, dengan meminimumkan bunyi atap genting rumah aku. Sampai lah ke belakang rumah. Dan baring. Ada sedikit gerimis, but it's fine, bulan malam tu, cerah gila. Pelik gila aku, tadi tak nampak bulan. Takpe, menambah seri bintang malam tu. 

Dengan tingkap terbukak, aku terdengar lagu yang cukup sinonim zaman tu, zaman jahiliah aku, zaman muda aku; The Reason.

"I'm not a perfect person~ As many things I wish I didn't do"
"But I continue learning~ I never meant to do those things to you~"

Aku ingat-ingat lupa haha. Tapi macam tu lah, bet korang pernah dengar. So sambil aku baring (yep, aku baring atas genting kotor tu!) aku melihat, awan berarak, dengan limpahan cahaya bulan tepat ke muka aku, aku rasa selesa sangat.

"Hey."

Aku tergamam. Shit, apa ni? Sapa panggil aku, tengah tengah malam? Menoleh, aku lihat satu kepala terjojol keluar. Mengharapkan bulan, kena lindung dengan bumbung kepala tu, aduh, ngeri siak.

Telan liur aku, mengigil bibir mengucap ayat apa-apa sahaja yang aku ingat,

"Bbbbb-bis-mmikallah-- h-h-h-huma ahya-- wa ammut"

"Hey, tu doa tidur lah" Senyum sahaja.
"Oh, Elainey! Cehhhhhh" Lega. Ingat lembaga apa tadi, entah penanggal ke tadi. Mampos aku!
"What, are you doing?"
"Uh, um my wallet. It slipped from the window just now so I ..."
"Wait" Lalu dia ke dalam. Shit, jangan cakap nanti dia dapatkan papa! Kali ni, memang confirm aku lagi rela dengan penanggal tadi.
Kreeeeeeeek. Pintu tingkap dibukak. Kaki di hulur keluar, aku dah blank.
"Eh japjapjapjapjaaappppp"
"Takpe lah, lagi ramai cari lagi senang," Dia senyum lagi. Ah sudahhhhh. Kalau lagi sorang tu senang skeptikal, yang ni senang sangat percaya. Sigh.
"Mana, what colour? "
"Er, actually.. ---- Don't laugh"
"Hm?" Semacam dia menanti jawapan aku, smiling.
"Er, tak, takde pun.. No, bukan nak peeping or what not, was just for fun" Cuak aku, kang dia ingat aku nak ngitai apa pulak, ajal!
"Ohh, bulan ke?"
"No, it's actually the stars and the wind.." Aku senyum, tengok dia senyum. Faham?
"Yeah, I was tempted too, actually. For a long time jugak lah. But when I started to giving up, I heard footsteps, so I peeked, apa lah kan, takkan kucing" Oh kucing, aku patut guna alasan ni, lagi munasabah!
"I was surprised when I saw you! Seeing how enjoyable you lying there, I wanted to join you too." Gila kantoi aku tipu dia. Hemhh,

That's when I know that, she... figured me out. Somehow, I just get that feeling.

"Takpe ke, with the pyjamas..?" Aku tanya, sambil dia duduk, sandar dekat sebelah aku.
"Oh, takpe, I really, really, wanted to do things like this lagi pun.." Aku diam. A-w-k-w-a-a-a-a-a-a-r-d.
"Y'know, it happen since the day you came at my house. I just wanted to do things like this, this, random things, but I lacked courage, lagipun I'm a girl. Seeing you, how you're so brave, being a boy, panjat pokok tu, and, and, somehow I have this kinda courage to do that, to do what I wanted." Panjang lebar. Aku, tak mampu bagi reaksi. Langsung.
"And since then, I always looking forward meeting you, and having this opportunity to come here, I said yes without hesitation, eventhough kita pernah meet once je Irfan" Lagi terdiam aku. Rasa, gembira? Rasa, dihargai.

Aku tersengih, macam kerang busuk. Aku tengok dia, senyum. Lalu aku senyum. Dan di bawah limpahan cahaya bulan tu, senyuman paling menawan aku pernah lihat dalam hidup aku.

slurpee & sunset #6

Sekejap je aku dah lupa keadaan sekeliling aku. Dengan senang aku khayal ke mane ntah, even aku sendiri tak tau apa aku khayalkan. Bulat besar je bulan tu. Putih, cerah. Macam spotlight, menyinari aku waktu gelap, tapi tak pernah menyakitkan mata. Aku sentiasa tahu ada bulan, walau malam tu penuh dengan awan gelap, bulan memang ada. Dan waktu waktu macam ni lah aku menghargai bulan tu sepenuhnya, sepenuh perhatian yang dia tak putus berikan kepada aku.

Metafora yang aku pegang sampai hari ini.

Aku mendongak, memerhatikan bulan, dan sekeliling bulan tu. Awan berarak, perlahan, kekadang menutupi bulan, lalu berlalu, kemudian menyusul awan lain, mungkin lagi besar, ada yang lebih lut cahaya, kemudian berganti lagi, semua menandakan bumi berputar pada paksinya, semua ni buat aku asyik; cara aku habiskan malam malam aku.

"Irfan, you okay?"
"Huh? Aa-aa- Okay je. Apesal?"
"Takde lah, tersengeh je tengok bulan tu, kenapa?" Sambil tersenyum mengajukan soalan ice breaking. Dah lama gila dah diam seribu bahasa, kot.
"I'm .. Amazed.. ?"
"Kan? Terang sangat, yet lembut.."
Macam kau.. is what I want to say, but hell, gila aku takkan cakap. Potong #@$@^ pun aku takkan cakap!
"Kenapa?" Sambil senget sebelah kepala, senyum.

Ya Allah ya tuhan ku. Kenapa kau seksa hamba mu dengan nikmat sebegini rupa. Kalau ni berterusan, aku mati sbb ni pun tade hal punye lah. Rasa nak nanges je. Gile comel. Macam tak caya dia ada kat sebelah aku, bersembang, pulak dia yang cari topik nak cakap! Ergh aku tau aku gila sucks handling perempuan, tapi aku.. aku.. argh!

"Tak, tak de ape ape" Aku mengalih pandangan aku dekat angkasa balik. Gabra.

Diam lagi.

"Ohya Elainey-" Aku bukak tingkap bilik aku lagi luas. Dah la ketat pintu tingkap aku tu. Tak pernah sejak aku ingat aku duduk rumah ni aku taruk minyak dekat engsel tingkap tu, memang tak la, buat apa?

"Nak?" Aku menghulur mug merah yang aku pegang tu.
"Waw, what is this?" Katanya sambil mengambil mug tu lalu menghirup.
"Eh ja--" Tak sempat aku nak bagitau. Lantak kau lah
"Auch! Hothothothot!" Sambil menjelirkan lidah dia, lalu mengipas-ngipas lidah dia. Serentak terlepas genggaman tangan dia dekat mug tu. Mampos!

GRAB! Sempat aku tangkap guna dua-dua tangan aku. Nasib aku well aware apa akan jadi, kalau tak, bunyi kaca pecah tu akan buat jiran-jiran aku rasa curiga, manetau derang ingat aku ni pencuri ke, perompak ke, mau kene tangkap, naya je.

"Aww.." Panas. "Awak, okay?" Takut melecur lidah dia, mampos aku nak jawab dengan Shira. Paling tak pun kena baham dengan singa tu. Huh.

"Sorry.. I'm okay, tadi tak panas pun.." Sambil pusing kepala ke depan. Huh? Apa ni?
"Er, your tongue.. okay ke?"
"Eh okay je. Takde rase ape punnnn" Aih, nampak sangat kau tengah lingkarkan lidah kau dalam mulut kau tu.
"Yang you cakap hot tadi apa dia.."
"Eh manade lahh. Tade pun. Tade tade." Sambil geleng-geleng kepala.

Ah.. aku rasa nak nangis je. Kalau sekarang ni ada perompak tikam belakang badan aku, aku takkan rasa sakit pun.. Ah.. Kenapa dia comel? Atau dia berlakon je? Kenapa dia berlaku comel? Kenapa perempuan cantik kena berlaku comel? Kenapa aku rasa terseksa sangat ni? Sesungguhnya.. aku hanya lelaki yang lemah..

"Tapi.. teh ni sedap," Sambil menarik mug tu dari genggaman tangan aku. Lalu menghirup kembali, kali ni perlahan-lahan.

slurpee & sunset #7

Gdung gdung gdung gdung!

...

Dam dam dam dam!

...

Kriek. Pintu bilik air terbukak, lalu pintu bilik aku terbukak. Bunyi macam tapak kaki makin dekat, lalu bam! Terasa katil aku bergoyang kuat. Aduh kacau je. Bala apa ni?

"Irfan, wake up, wake up"
"Hmhgnghhfhfh" Kacau! ARRRHHHH
"Open your eyes dammit"

Perlahan aku membuka mata, membulat mata aku tengok mata dia bertentangan dengan mata aku, tak sampai 1 meter pun. Aku, tergamam.

Dalam situasi ni, aku ke patut jerit? Apesal aku kena jerit? Apesal Shira atas aku? Apa kes dia ni? Kenapa dia kena gerak aku? Kenapa bukan Elainey? Kenapa dia panjat katil aku? Kenapa dia masuk bilik aku? Kenapa dia bangun awal sangat? Kenapa aku belum bangun lagi waktu dia dah bangun? Kenapa dia atas katil aku? Kenapa dia atas badan aku? Kenapa dia betul-betul atas aku? Kenapa muka dia betul betul depan aku? Kenapa dia wangi? Shit apa aku fikir ni.

Dia diam, aku diam. Mata kitorang tak gerak gerak pun. #awkwardmoment betul lah. Eh jap aku ke kena react? Mestilah, kalau ada orang literally atas kita, kita kena react.. tak? Apa reaction aku? Aku sampai harini takleh accept apa reaction aku lepastu.

MAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

Tapi separa jerit je. Aku tengah mamai kot! Manaboleh kejut orang macam tu! Gile. Dia pulak berguling ke sebelah aku, tergelak gelak. Isk minah ni. Aku pang jugak kang. Apa pun tak dapat.

"Waw sejuk la your room Irfan," Lalu selamba yaya je tarik selimut aku. What? Masuk bilik aku, buat kecoh, complain, pastu nak tarik selimut aku? NO WAY. Lalu aku tarik balik.

"Sejukk laaa. Bagi la sikettt" Dia tolak aku guna kaki dia, supaya aku ketepi. Memang watefak betul. Pagi pagi bikin kecoh.

"Hey you buat apa dengan E ha semalam?" Oh shit. Ini yang aku paling susah ni. Apa je yang dia dah tau? Elainey dah bgtau dekat dia ke smlm?

"Oh.. did you too *chuu*" Sambil memuncungkan bibir dia.
"Woi! Manade la. Tak buat apa-apa pun lahhh." Ha ni confirm tak tau. Tapi selamba badak je tuduh aku bukan2, isk lah minah ni. Menguji ketahanan akal fikiran waras aku betul!

"Eleh yelah tu, baru sehari dah pandai ehhh you nii.. I underestimate you lah dude.." Di tenyeh-tenyeh nye hidung aku dengan jari dia. Wah wah wah, ni dah melampau minah ni. Underestimate pun, beragak la, ni skali dengan jari dia tekan tekan hidung aku, memang tak la weh! Aku genggam tangan dia, dan dia tengok aku. Aku tengok dia.

Dalam-dalam.

Lama gila. Pastu dia gelak. "Sakit la Irfan. You nak I jerit sakit kuat kuat ke, bagi satu rumah ni dengar, pastu--"
"Weyh weyh" Seraya aku melepaskan genggaman aku. "No don't do that"
"Then you better answer me properly"
"Yelah kalau you ask me properly I'll answer you properly lah. Ni tak, you pecah masuk bilik I, and you panjat katil I, and then you tanya soalan tak masuk akal, memang tak lah I nak jawab betul betul.." Lemme explain. Bilik aku ada dua pintu. Satu ke luar lah kan. Satu lagi ke bilik air. So kalau pintu bilik aku, aku kunci, senang je orang masuk ikut pintu bilik air tu.

"So you nak I jerit?"
"NO."
"Okay then answer me."
".yelah."
"You taruk ubat apa dalam air dia semalam?"
"Hah?" Alamak dia tau ke semalam? Er, kenapa dengan Elainey harini?
"I woke up pagi tadi, tengok dia tersengeh je tido. Gile suspicious. Selalu macam sleeping beauty, harini lain sikit. You buat apa dengan dia huhh?
"Eh mane la I nak tau! Kalau I pecah masuk bilik tu, you're the one who should notice kan? You yang jaga dia, and besides she sleep next to you, manaboleh you tak perasan apa pun?"
"Yea but"
"Atau you nak cakap you tido like a wooden log huh Shira?"
"Eh manade lah!"
"So?"
"Yelah, nasib you baik harini." Lalu dicampaknya bantal aku dekat muka aku. Ada-ada jelah dia ni!
"Sebab.. E tak pernah rapat macam ni dengan orang lain.."
Hah?
"First time I met her, she's acting like a princess, you know, elegant, beautiful, bla bla bla, sopan santun lah, apa lah.. And she never opened up dengan orang lain. Even banyak gila guys yang hot nak dengan E. Semua dia reject nicely. I don't even know what's on her mind. You know, dia dengan I je. Dengan everyone else, I mean, everyyyoonnee else, dia act biasa, macam takde apa. Macam tak rasa apa. Tapi, when she's here.. " Dia matikan ayat tu macam tu je.

Aku terdiam. Selama ni aku ingat dia ni peramah dengan semua orang, dia macam ni dengan semua orang. Aku rasa pelik jugak.

Pagi ni memang pelik. Dengan perangai Elainey malam tadi, kalau betul lah apa yang Shira cakap. Dengan perangai Shira pagi tadi, cara dia kejut aku.. Kelam kabut sudah hidup aku sekarang. Ah, satu satu masalah datang. Entah apa pulak yang akan jadi dekat aku kemudian hari.

Macam tsunami.

slurpee & sunset #8

Pagi semalam buat aku fikir baik punya, fikir dalam dalam, pasal apa yang tengah terjadi dalam hidup aku. Fikir, punya fikir, punya fikir, aku noticed something.

Pelik gila, bagi aku. dah 4 hari dah bebudak ni ada kat rumah aku. aku perasan, something wrong dengan diorang. erm, tak lah 'WRONG' as in salah, tapi lebih kepada, em, pelik. weird. first of all, mesti lah si Elainey. nama dia.. nik. biasa eh perempuan nama nik? kalau biasa takpe lah. aku je kot yang tak selalu dengar. Selalu parents bagi nama fancy-fancy, kalau tak tipikal melayu. Atikah ke, Sarah ke.. Agaknya dia mixed jugak kot? Macam Shira.

Okay tu first. Secondly, style dia. pelik. siyes tak tipu. pelik.

selalu, bebudak perempuan, budak sekolah, perempuan muda- ok ok, remaja perempuan akan prefer untuk pakai tudung. and honestly, aku sukeeee sangat tgk perempuan pakai tudung. tapi takpe lah, aku tanak diskriminasi. biaq pi kat dia la nak pakai ke tak. bagi aku hati budi lah, ayat cliche.

Elainey pilih untuk tidak membela rambut panjang. I like. Haha. Aku suka tengok rambut dia yang panjang mengurai, sampai ke bawah bahu. Lawa je dia sisir. Tak pernah aku nampak berserabut.

Adakiannya satu petang yang damai tu, aku tengah lepak dalam bilik aku atas katil, baca novel Agatha Christie, bila aku teringat majalah Utopia bulan tu aku tak baca lagi. puas lah aku mencari bawah katil, dalam lemari, dalam laci, bawah meja, dalam bag.. tak jumpa. baru teringat, si Shira pinjam, tak pulang-pulang lagi. lalu dengan bersopan santun budi perketi aku panggil lah minah tu,

annnnd as I expected;

"ntah. pegi la check dalam bilik." sambil kunyah Chachos dengan tengok channel V. aku dah panas hati dah. dah pinjam tu buat la baik sikit dengan tuan punya! pergi lah ambik bagi kat aku balik, ni buat dekkk je. siot.

selamba aku bukak pintu, rilek, rilek. tak guna bertekak dengan minah tu.. ikutkan hati, mau je aku mengaum macam singa.

tapi bila aku bukak pintu, aku ternampak Elainey atas kerusi, tengah baca buku atas meja dalam bilik tu. Dengan cermin mata dia, dengan rambut bersanggul, dengan blouse biru dia, dengan tingkap bilik tu ditembusi cahaya, dengan langsir meliuk-liuk menari di tiup angin.. aku tergamam, lagi.

lama tu baru dia sedar aku dekat daun pintu tu, "Eh, Shira dekat bawah la," sambil tersenyum.

...

CAIR AKU BEB. CAIR. Aku rasa macam nak lari keluar rumah, pegi dekat tengah jalan, melutut sambil dengan background guruh sabung-menyabung aku menjerit, KENAPAAA?????!!!

"Oh, er, ah, tau, tau" gila, tengok! Dah kelam kabut.

"Tau ape?" Sambil kepala dilentokkan sikit, dia tersenyum. URGH AKU MATI SEKARANG PUN TAKPE.

Apesal ah, bila aku nampak dia je, seluruh pemandangan jadi macam tu??! Dramatik gila nak mampus! Urgh. Tapi betul, kecantikkan dia, makin menyerlah bila dia berlatar belakangkan benda yang mendamaikan macam tu. Pergh gitu pun boleh eh. Kenapa dia bersanggul? "Gila makcik punya fesyen!" Is at first what i thought when i saw her first time buat hairstyle macam tu. sayang, rambut lawa, panjang mengurai, tapi ikat sanggul. rambut terkeluar tu biasa lah, aku ingat nak bahan je minah tu, tapi bila aku terpaku lama kat situ, aku.. fikir dia jadi lagi hot. shit. aura dia sangat.. mengagumkan.

Oh, dan fesyen dia pun, pelik-pelik. pakai blouse dengan short bawah lutut kaler light brown. Blouse tu pulak bunga banyak-banyak.

Takpun dia pakai baju kurung biasa, polka dot. kaler putih berdotkan purple. er. pink kot. entah. Baju lain? Jarang gila nampak! Semua lebih kurang fesyen ni je. T-shirt ke ape ke jarang gila nampak. Kalau ada pun aku tak ingat bila.

Oh ya, sebut pasal Shira, aku ada rasa something wrong. Macam.. dia ada sembunyi benda.

Ah, fikir bebanyak pun tak guna. Bukan selalu rumah ni meriah. Dan actually, I'm starting to enjoy this, a lot.